Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ni saya ingin mengulas tentang fenomena wanita bekerjaya masa kini..
ya , sememangnya kita sedia maklum, kemajuan dan pembangunan sangat mengajak agar wanita turut berganding bahu dengab lelaki keluar rumah.
Jika kita lihat Era tahun 2000 ini dilihat sebagai era teknologi yang menuntut golongan wanita muslim agar turut aktif dalam kerjaya sama ada (Ghazali, 2001) :
- Untuk menambahkan sumber pendapatan dari segi kewangan. Ini adalah disebabkan keperluan semasa yang semakin hari semakin tinggi harganya. Meskipun pemulihan ekonomi telah dilakukan dan ekonomi di negara kita semakin pulih, namun harga barangan dari sehari ke sehari semakin meningkat.Jadi, perbelanjaan rumah tidak cukup sekiranya hanya suami sahaja yang mencarinya apatah lagi dengan keperluan hidup dan kos sara diri masa kini yang semakin tinggi.
- Menuntut wanita muslim semakin aktif dan sibuk dalam politik , sosial dan sebagainya. Ini adalah disebabkan banyak masalah , berbangkit berkaitan dengan wanita yang perlu diselesaikan oleh wanita yang berkaliber dan mempunyai pandangan yang bernas serta pemikir wanita yang bijak.
- Menuntut wanita muslim untuk turut sama mempunyai sijil aatau kelulusan yang membolehkannya memegang jawatan tinggi dan gaji yang lebih lumayan dan mengalakkan kaum wanita untuk mempunyai ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam masyarakat. Hal ini kerana tanpa gaji yang lumayan agak sukar untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan suami kadangkala tidak mampu menampung kehidupan sekeluarga.
- Terpaksa mengeluarkan tenaga yang lebih berbanding lelaki. Misalnya setelah penat di tempat kerja , terpaksa pula berpenatan di dalam rumah tangga untuk mengguruskan anak-anak, melayani suami, memasak dan sebagainya.
- Menuntut wanita muslim mempunyai ilmu yang lebih tinggi memandangkan pendidikan atau sosial di zaman ini yang terlalu tinggi. Tanpa ilmu yang cukup akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat didikan agama dan mudah terjebak di dalam budaya kuning.
- kaum wanita diperlukan dalam bidang-bidang kritikal yang memang hanya layak disandang oleh kaum wanita dan bukanlah layak untuk kaum lelaki. Hal ini kerana jika kita lihat suasana dimana wanita muslimah diperiksa oleh kaum lelaki atau doktor lelaki, malah diantaranya ada yang bukan beragama islam yang sepatutnya dilakukan oleh kaum wanita terutama bahagian sakit puan. Ertinya bila tidak ada wanita yang tampil untuk mengisi jawatan tersebut,maka seluruh wanita ditempat itu berdosa. Jika ada seorang yang tampil, maka terlepaslah dosa wanita seluruh tempat itu.
Hal ini kerana masyarakat kini menganggap bahawa wang adalah segala-galanya. Fenomena ini menyebabkan sesebuah keluarga itu menuntut agar wanita dan anak-anak perempuan yang telah tamat belajar atau berhenti sekolah untuk keluar rumah mencari kerja. Sehinggakan ada yang menganggap wanita juga adalah seorang penganggur sekiranya tidak bekerja di luar rumah. Sedangkan menurut perspektif islam, wanita yang tidak bekerja itu tidak boleh dianggap sebagai pengganggur kerana sememangnya tugas utama wanita adalah menjaga persekitaran rumah tangga. Jika mereka tidak melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan rumahtangga, maka barulah mereka dianggap sebagai penganggur.
Rujukan : Ghazali, N. A. (2001). Wanita Muslim di Alaf Baru. Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.
No comments:
Post a Comment