Sunday 7 October 2012

~~~ A mother's power ~~~

If I teach a child to read at school, I'm called a Teacher.
If I teach my child to read Qur'aan and his sunnah Du'aaz at home, then I'm just a mother.

If I plan lessons for a class, I'm called a Curriculum Coordinator.
If educate my child home, then I'm just a mother.

If I sit and talk to children an hour each, a week, addressing their needs, I'm a Speech Therapist.
If I engage and help my child with sabr every minute of every day, instill proper aadaab n akhlaaq, then I'm just a mother.

If I look after a patient in the hospital, I'm called a Nurse.
If I nurse my child when they're ill, awake all night: none able to replace my reassuring presence, then I'm just a mother.

If I manage my boss's office, I'm called a Secretary
If I organise my children's lives and my home, a place for everything and everything in its place, then I'm just a mother.

If I prepare a meal in a restaurant, I'm called a Chef.
If I cook nutritious meals daily, made with love, remembered forever, then I'm just a mother.

If I work late worrying about a deal for clients, how to make them as much money as I can, I'm a Career Woman.
If I stay up worrying and planning my children's deeni future, the deeni future of our world, then I'm just a mother.

If I went out with colleagues and peers for dinner, comparing notes on the industry, I'd be Networking.
If I went out picnicking with a local mother & her toddlers, comparing notes on parenting, I'd just be a mother.

If I sing on a stage, I'm an Artist. If I sing a nasheed or azkaar every night, the only voice that they want, the only voice that will do, then I'm just a mother.

But we often tend to forget and realise that being a mother n bringing up our children with the correct tarbiyat is the hardest profession of all.

May Allah make it easy for all the mumz-to-be n all those who are already mummyz, and grant/make our children Daees/Duaat

“If a beautiful woman is a jewel...a pious woman is a TREASURE.” 


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday 15 September 2012

~~~ DiArY HaTiKu ~~~

~~ klu tak suka jgn baca ye...sya tak tahu nak lepaskn kat mana lagi..dlm solat sya dah lepaskan tapi hati sya masih tak tenang ~~

Ya Allah...
ku tahu ku bukan yang terbaik untuk dirinya.
namun..aku berusaha untuk jadi yang lebih baik daripada sekarang,..
aku tahu dirinya berasa terkilan kerana tidak dapat memiliki seorang wanita yang jauh lebih sempurna daripadaku..aku mengerti akan desakan hatinya..tetapi apakan daya, kerana hanya ini yang ku ada..aku tak mampu berikan apa jua keistimewaan untuknya..jauh sekali aku berharap yang lebih baik drp dirinya kerna ku mengerti aku tiada apa yang istimewa..aku telah musnahkan harapannya..maafkan aku..aku tak sengaja..
benar! aku sering berasa yang aku langsung tidak layak untuknya malahan untuk mana-mana lelaki..hatiku kerap kali menangis bila dia menyatakan betapa dia menghitung hari untuk membuktikan betapa cintanya dia terhadapku..kerana katanya dia tidak mahu mengungkapkan sekarang..dia ingin merasai kebahagian ungkapan cinta itu dilafazkan setelah ijab kabul..aku hanya mampu menahan sebak dan keterharuanku terhadap dirinya..aku menangis kerana aku rasakan diriku tidak layak untuk dirinya..Astaghfirullah hal azim..aku menangis lagi di saat engkau menitipkan doa-doa hampir setiap malam dengan harapan doa kita dimakbulkan...aku fhm klu kita berusaha dan berdoa untuk hubungan kita tidak mustahil kita akan bersama...namun..maafkan aku kerana aku tak mampu menjadi wanita yang terbaik untukmu seperti wanita yang lain...engkau selalu menyatakan bahawa engkau merasakan kehadiranku adalah drp tulang rusuk kirimu..tapi aku minta maaf kalau aku katakan yang aku selalu mendoakan engkau mendapat seorang wanita yang lebih sempurna..lebih baik..lebih berketrampilan..lebih bijak.. lebih matang dan mampu menjadi ketua bidadari buatmu..bertepatan dengan janji Allah..lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik...sya amat yakin dengan jnji Allah...sya cuma mahukan yang terbaik untuk awk... tolong jangan pilih sya..sya tak layak untuk awk..awk terlalu baik bagi saya..tak pe..awk jgn risaukan sya..biarlah sya hidup dalam kenangan kita..sya tak nak awk kecewa dlm hidup awk..maafkan sya kerana terlanjur mencintai awk..sya tahu sya tak layak untuk awk..maafkan saya..
carilah wanita yang lebih baik drp sya..sya merayu dgn awk...
sya tak nak awk menyesal..maafkan saya..

****************************************************************************


Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa digenggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati... 

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman... 

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung... 
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/in_team/setanggi_syurga.html ]
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh
Untuk bernaung... 
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga yang hakiki
Dan abadi... 

Dendam tak marak dan menyala
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam... 

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan... 

Kata janjiMu... 
Seharum setanggi syurga...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday 11 August 2012

~~~ HaRgAi JaSa kErETaMu ~~~

Cam mana kita nak pastikan kereta kita dapat dijaga dengan baik...sebagai bukti kita amat menghargai kereta kita dalam setiap situasi..

  1. letak kereta di tempat yang tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari dan hujan kerana ia akan merosakkan kereta anda..jadi anda perlulah memastikan kedudukan garaj dirumah anda berada pada posisi yang terbaik yang terlindung drp cahaya matahari secara terus-menerus.
  2. sapukan cairan pembersih cat, tayar dan dashboard yang memiliki pelindung untuk menahan panas.
  3. segera mengelap badan kereta anda apabila terkena hujan @ embun pagi hari untuk mengelakkan timbulnya kulat dan karat pada kereta anda
  4. ketika mencuci kereta anda, pastikan anda menggunakan 'syampoo" yang khusus untuk kereta..
  5. hindari penggunaan detergent. jangan biarkan buih2 sabun terlalu lama menempel di badan kereta kerana akan menimbulkan warna yang tidak sekata.
  6. ketika mencuci kereta..elakkan penggunaan kain lap dari bahan yang berpori besar dan kasar kerana ia boleh menyimpan kotoran @pasir di pori-porinya sehingga menggores cat kereta..
  7. jaga kebersihan kereta drp kotoran-kotoran degil misalnya najis burung, debu, minyak petrol dan lain2...
  8. lindungi kereta dengan bahan anti karat
  9. jangan mengilatkan badan kereta hampir setiap hari...lakukan bila perlu sahaja..
  10. pilih bahan cat yang mengandungi lapisan pelindung cat sekali gus dengan anti karat..



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday 31 July 2012

~~~ TaMaT lATiHaN PLKN ~~~

Ana tamat latihan PLKN pada 14 hari bulan yang lalu...erm..rasa sedih pon da bila dah mula tinggalkan tempat tu walaupun tempat tu penuh dengan suka dan duka..tapi ana tetap menerima tempat itu seadaanya..pelbagai pengalaman yang ana perolehi sepanjang ana berada di PLKN SRI KANDI, TELUK NIPAH, KOTA KUALA MUDA..yang dekat sangat dengan Pantai Merdeka...memang best giler tempat dy...erm..susah lah nak cakap kat sini betapa bersyukurnya ana dapat kat tempat sebegitu..at least..tak de la tension sgtkn..mula2 menjejakkan kaki kat kem tu..ana dah tau dah sama ada kem tu best ke tak...erm..mmg best giler,..ana tak nafikan sumo tu..erm..jurulatih pon baik2...sporting sgt...rindu plak kat cikgu2...erm...tak pa lah..kalau ada jodoh..jumpa lagi kan...dalam kem PLKN ni..cuma ada 10 org je pelajar LEPASAN STPM yang dikira sebagai Sukarelawan la nak masuk PLKN...tapi sebenarnya kmi tak pernah mohon pon..seriously..tak pon..mmg la sebelum ni ana ada wat solat hajat untuk dtg ke PLKN ni..tak pon ana akan buat solat dhuha..mintak dipermudahkan urusan..alhamdulillah..ana dah dapat jawapannya..Allah mmg maha adil dan maha mengetahui...ana begitu teruja sangat2 bila dpt ke kem ni..ana wat sujud syukur kat dlm bilik..mmg rasa bahagia sgt..bila ana kat kem PLKN ni..pelbagai dugaan yang ana perolehi..tapi alhamdulillah..ana dpt atasi dengan baik...sayang ALLAH...terima kasih Allah...
oklah...berbalik pulak..kepada cerita time nak balik umah ni kan..malam tu kami da la buat majlis penutup dan jalinan kasih..tapi ana pelik la..ana tak dpt pon nak mngalirkan air mata pada malam tu...mungkin sebab ana dah bnyak nangis kot sebelum tu...erm...memang sgt sedih malam tu..yela..esokkan sumo pakat nak blik umah dah..ofcoz la msing2 meluahkan rasa hatikan...tak kurang jugak dengan beberapa pasang merpati cuba berterbangan mencipta sejarah pada malam itu..kononnya malam terakhir kan..serious ana tak jeles langsung la...hehehhe...

keesokannya..(time nak balik)..
ana still menjadi diri ana yang masih berperangai kebudak-budakan...sehingga dianggap akan sukar dilupakan walaupun kami dah tak bersama..ana hanya membalas kata2 itu dengan senyuman..kerana ana bimbang jika terlebih cakap..nnty ana pulak yang menangis teruk...so..lebih bek ana diamkan sja,,,memang best la..tak tau la..lepas ni akan jumpa diorang ke tak lagi..memang akan rindu diorang la lepas ni..hehhe...

TiMa kAsIh SuMO SbB SuDi jAdI SaHaBaT bAiK aNa di PLKN dULu...SaYaNg SuMo...

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday 30 April 2012

~ hapy belated befday to me ~


Eh2??? besday ana ke kelmarin??? macam tak caye je...dah masuk 20 tahun dah...rasa macam tua giler kan..pejam celik...pejam celik...dah 20 tahun ada hidup di bumi yg nyata ni...dah 20 tahun jugak ana bernafas melalui hidung dgn adanya bantuan oksigen...jangan la pejam tak celik2...ana ni bukan apa...ana malu la nak jumpa Allah...erm...amalan ana tak seberapa je pon...nak dibandingkan dengan org lain...erm...mulai saat ini...detik ini..ketika ini...ana jnji pada diri ana...untuk lebih istiqamah dalam melakukan ibadah fardhu ain ke atas diri ana...sebelum ni pon buat jugak...tapi tak tentu masa...kali ini nak buat lebih teratur sikit la...
macam org kata...
~ JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM ~


oklah...habis cite ttg hajat ana..ana nak tunjukkan kek befday yg ana buat untuk diri ana....



kek yang tak lawa...dan tak berapa sedap....
so sad...

terima kasih kat tiqah sbb tlong ajar wat aising...

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday 10 April 2012

~ KKEBOHONGANMU SUDAH TERBONGKAR ~

lamanya tak menaip..rasa kejang dah tangan ni nak taip....
erm...anyway..semalam da baca satu artikel sangat menyentuh hati,,,,
tajuknyer mcm menarik....

KEBOHONGANMU SUDAH TERBONGKAR...

Seorang ibu dlm hidupnya membuat kebohongan. 1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kpd anaknya dan berkata, "Cepatlah makan, ibu tdk lapar." 2. Wkt makan, ia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tdk suka daging, makanlah, nak.." 3. Tengah mlm ketika dia sdg menjaga anaknya yg sakit, ia berkata, "Rehatlah nak,ibu temankan, ibu msh blm ngantuk.." 4. Setelah anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang untuk ibu. Ia berkata, "Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih ada simpanan." 5. Apabila anaknya sdh berjaya, hidup senang, menjemput ibunya utk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata, "Rumah tua kita sangat selesa, ibu tidak biasa tggl di rumah besar" Saat menjelang tua, ibu sakit keras, anaknya akan menangis, ttp ibu msh boleh tersenyum sambil berkata, "Jangan menangis, ibu tidak apa apa." Ini adalah kebohongan terakhir yg dibuat ibu.
namun...kita sebagai anak tidak pernah merasa akan kebohongan tersebut...kerana betapa tulusnya hati seorang ibu yg berjaya menyembunyikan kesengsaraan diri walaupun sehingga ke nafas yang terakhir...
jadi sya menyeru kepada semua...
sayangi lah dan hormati lah ibubapa selayaknya...

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday 3 March 2012

Derma Darah





Eh??? Nape mesti takut ni???? Derma darah kan satu kerja yang mulia…

Persoalan yang terukir di minda bakal penderma :

  • Bolehke  aku       ni  nak  derma  darah???
  • Takut la nak derma darah... takut jarum…
  • Derma darah ni sakit ke tak?
  • aku nak derma tapi tak cukup berat lagi la…
  • Org kata lepas derma darah badan jadi gemok...betoi ke?? Tak nak lah…

Mungkin ada yang pelik.. Mengapa tetibe saja aku nak berbicara dari hati ke hati tentang darah ni????
Jawapannya mudah saja….
Aku nak menyemarakkan KEMPEN DERMA DARAH !! Menurut Pengarah Pusat Darah Negara yang aku petik dari sebuah artikel dalam akhbar BERITA HARIAN… tema HARI DERMA DARAH SEDUNIA bagi tahun 2012 ni ialah EVERY BLOOD DONOR IS A HERO (Setiap   Penderma Darah adalah Wira)…

Jangan lah risau….semua org boleh menderma….
 Yang penting, mesti lah berumur dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun..
Berat mestilah melebihi 45 kg…
(so...sesiapa yang masih tidak lagi  mencapai berat 45kg ke atas macam aku...kita kenalah berusaha keras untuk pastikan badan cukup makan dan tidak terlebih makan...hehehe…)

Bagi yang telah mencapai atau melebihi berat yang ditetapkan menganggap mereka telah mampu melaksanakan fardhu kifayah ni..erm...tetapi masih ada yang perlu dikenalpasti..

Sihatkah tubuh badan anda????
Sihat yang dimaksudkan ialah sihat dari segi fizikal dan mental..

  • Tidak demam semasa ingin menderma
  • Tidur tidak kurang daripada 5 jam
  • Tidak menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah
  • Tidak mendapat rawatan gigi dalam tempoh 24 jam
  • Tidak mendapat vaksinasi dalam tempoh 3 minggu sebelum derma darah
  • Perlulah menindik telinga, Bertatoo @ akupuntur dalam masa setahun sebelum menderma darah
  • Tidak mengalami penyakit jantung
  • Tidak mengalami penyakit diabetes
  • Tidak mengalami penyakit sawan
  • Tidak mengalami penyakit asma
  • Tidak mengalami penyakit tibi
  • Tidak mengalami sebarang penyakit berjangkit


Sesiapa yang ingin menderma juga tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan dan minuman beralkohol dalam jangka masa terdekat sebelum menderma darah (24 jam sebelum derma darah)…

Untuk makluman lanjut… sila layari laman web Derma Darah

Wednesday 22 February 2012

~ seronoknye ~ ~ seronoknye ~


Nak tahu apa yang seronok sangat ni???
Erm….ofcoz la ana seronok cube bayangkan kalau apa yang kita hajati bakal menjadi realiti dalam hidup kita mestilah seronok bukan ..

Nak tahu apa yang ana hajati???
Erm… dah lama dah ana teringin nak bawak keta secara legal…

Sekarang ni ana dah dapat lesen keta ,…
So… dah tiba masanya untuk ana membawa keta tanpa ragu-ragu….
Best kan….

Tapi ana tak dapat lagi lesen…. Tak lama lagi dapat la…. Lambat lah sikit kan… tak pa la,… sabar la je kan ….. Bukannnya penting sgt pon..
Erm….ari tu kak ada la bergurau dengan ana...katanya nak pergi ambil akak kat airport nanti bawak la keta mak….
Terkejut beruk ana ni!!!

Bukan pe… percubaan pertama dah kena bawak ke Pulau Pinang dah… wow...memang mencabar ke benor… tapi suara mak sayup2 je dengar kat belakang… erm..xpayah la… adik ang tu bukan cekap lagi pon… dah la kat penang jalan suka jam...t dy tak reti bawak plak….biar la dy cekap dulu...t baru la bgi dy bawak jauh2… begitulah kata mak…

Nampaknye mak masih meragui kebolehan anaknye ini… tak pa lah.. Mungkiin betul jugak cakap mak tu kan…

Apa2 pon ana enjoy sgt sebab dah dapat lesen….
Terima Kasih , Ya Allah….

Sunday 12 February 2012

~ mengutip ilmu ~








Ana mengikuti  ceramah tadi…..

PENCERAMAH : USTAZ MOHD KAZIM BIN ELIAS AL-HAFIZ
TAJUK : BERTEMAKAN MAULIDUR RASUL
TEMPAT : MASJID AL-WAJDI, BUKIT SELAMBAU
MASA : 9.00 PM - 11.30 PM
TARIKH : 11 FEBRUARI 2012


Apa yang ana dapat???
Erm...secara ringkasnya…
Ana diperdengarkan kembali mengenai kisah @ riwayat Nabi Muhammad s.a.w…
Walaupun dah lama ana tahu mengenai semua tu...tapi xsalahkan kalau kita selalu refresh apa yang kita ingat…
Mana la nak tahu kalau2 ada jugak yang kita tak tahu..so..bolehla kita update kan..

Tapi ada kisah yang diceritakan oleh ustaz tadi yang nampaknya ana ni tak pernah tahu..@ ustazah dah pernah bagitahu tapi ana je yang tak ingat @ tak dengar..

Nak tahu ape??

Tadi ustaz cakap...masa Nabi Muhammad dilahirkan..Siti Khadijah telah bersama-sama dengan keluarga Baginda untuk menyambut kelahiran Baginda..ketika itu..Siti Khadijah dalam lingkungan umur 18 tahun ke atas... mmg tersurat dari azali, Siti Khadijah bakal dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Maha Suci Allah...sangat teliti perancangan-Nya…

Itu sahaja yang ana tak biasa dengar...yang lain-lain antara yang diceritakan ustaz tadi..Alhamdulillah...hampir kesemuanya ana tahu dan faham…

Perit sungguh perjuangan Rasulullah s.a.w sehinggakan sebelum malaikat  mengambil nyawa Baginda… Baginda masih mengingati akan nasib umat-umatnya yang akan datang (kita la…)…

Jadi...marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w


SELAWAT NABI (SAW)

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ

    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

         
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ         

يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ

         
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

         
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا

فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ

         
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ

         
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ

أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ

         
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

         
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد

يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ

         
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد

يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

         
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد

يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ

         
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد

وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ

         
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى

مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ

         
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا

بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ

         
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد

عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ

         
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد

صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِير



Tuesday 10 January 2012

...masak ooo masak....


Sekarang ana nak tunjukkan apa yang ana telah masak untuk beberapa hari lepas...sory la lmbat upload picture..hehehe..
tapi sebelum tu....
 ana nak minta maaf...gambar tak clear sikit... biasalah gambar yang tangkap dari handset kan....hehehe...

Picture 1
1 Jan 2012
~ tomyam ku sayang ~




Picture 2
2 Jan 2012
~ ayam den lapeh ~

...time perap ayam...


...ayam yang telah diperap dimasukkan ke dalam oven...




Picture 3
3 Jan 2012
~ sup ayam bizarre ~



Picture 4
4 Jan 2012
~ sayur goreng comei ~


Ana masak something yang simple dan easy to cook...huhuhu…
Orang baru belajar masak….
So...buat cara macam baru belajar la kan…
Erm…. Ana tak dapat nak teruskan aktiviti memasak ni sebab…. Ana pergi latihan memandu…
So,… payah sikit la nak habiskan modul dengan mak...hehehe…
Nasib baik la mak faham…
Mak kata...tak pa...kita belajar sikit-sikit dulu...hehehe,…
Abah kata ana dah boleh bukak kedai makan….hehehe…
Macam-macam je abah tu...nanti kalau ana bukak kedai makan kat bukit selambau…
Boleh bankrap orang yang dah lama meniaga bukak kedai makan kat situ...hehehe…
Harap-harap ilmu memasak ini akan ana ingat sampai dah meninggal pon…
Amin,...




Monday 2 January 2012

~ Memasak!!!!!!!!! ~

seronok giler masak.....
mmg tak sangka ana boleh msak....
huhuhu...

tapi tak sempat nak uploud picture..t la upload yer..
.biar bnyak2 ckit makanan..baru la seronok nak upload...
ana cume nak cite perasaan ana je..

rasanya lepas ni kena selalu la masak...hehehe...
banyak ilmu yang dapat dari mak...
rasa macam rapat sgt dengan mak..
sebelum ni..tak la rapat sgt..
bukannya ada kat rumah sgt..
asyik dok hostel je...
tujuh tahun dok hostel boring jugak..
sekarang baru nak belajar masak..

dulu....
lepas SPM...

Ana tak belajar masak tapi pergi belajar menjahit…
Sempat jugak jahitkan dua pasang baju…
baju kurung dgn baju punjabi…
Baju kebaya tak sempat nak siapkan…
Bcoz...
Dah nak mula belajar utk STPM dah…
Sedih sgt…
Bila nak mula belajar balik…
Tok guru Ana sakit…

Cikgu...moga sembuh cepat ye… amin,… :)

So...skrg…
Tak leh la nak belajar menjahit…
Then...ganti dgn memasak!!!
Hehehee…
Nak tahu Ana masak pe???
Nantilah ana beritahu ye…
lepas dah upload  picture tu..hehehe..

Kawan2 nak tahu tak…
Ana rasa memasak ini dapat menghilangkan tension…
Dapat merapatkan hubungan dengan orang tersayang..
Dapat melatih kesabaran…
Dapat memberikan kepuasan kepada diri akan kebolehan sendiri…

Yang paling penting…
Memasak perlukan keikhlasan…
  • Bacalah doa-doa pilihan ketika masak seperti dibawah..

  1. Doa semasa masuk ke dapur..

"Ya Allah…
Berikanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk untuk kami dalam urusan kami…"


  1. Doa semasa membasuh beras..

"Segaja puji bagi Allah yang telah memberikan makan dan kebaikan sesudahnya…"

  1. Doa semasa mengacau lauk sama ada mengikut arah dari kanan ke kiri atau pusingan lapan

"Tidak ada apa yang dapat menyatakan hari itu melainkan Allah…"

  1. Doa ketika memotong sayur, buah atau ikan…

"Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir sahaja mereka tidak melaksanakan perintah itu.."

  1. Doa ketika menyenduk nasi atau lauk..

"Ya Allah...berkatilah bagi kami di dalamnya dan tambahkan kami dengannya…"

  • P/S: untuk menyedapkan makanan...selawat 3 kali dan istighfar 3 kali…

  1. Doa semasa melihat makanan sampai

"Ya Allah...berkatilah pada kami rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan selamatkanlah kami dari azab api neraka…"


Amalkanlah doa-doa pilihan ini... insyaAllah...rezeki yang kita perolehi akan beroleh keberkatan...barulah terhindar dari sebarang penyakit...

Sunday 1 January 2012

Alamak!!! BaJeT dAh LaRi...CaM Ne nI???

Ha..kawan-kawan mesti pernah alami situasi ni kan??
Bukan nak cakap la..sebagai seorang pelajar dan sekaligus sebagai seorang anak...sudah tentulah kita akan berasa terbeban dengan ketiadaan wang dalam poket ketika ingin berbelanja…

Pernahkah anda terjadi keadaan sebegini???
tibe-tibe je duit kita tak cukup ketika membeli sejumlah besar barangan di sesebuah kedai @ pasaraya,..
Bagi yang pernah alami seperti saya mungkin akan menganggap perkara ini perkara biasa…
Tapi awas bagi yang belum pernah mengalaminya!!
Malu kot che oiii…
Huhuhu…

Disebabkan saya pernah mengalaminya sendiri…
Jadi…
Saya nak kongsi sedikit macam mana kita nak elak perkara cam ni berlaku…

Tapi sebelum tu..
Saya nak cite sikit kalau kita berada dalam situasi di atas..hehehe...kita nak kena wat pe ek???

Okla…
First ly...korang wat tak tau je..bila duit tak dak...sentiasa mempamerkan senyuman sambil kate…"berapa ringgit ni kak???" walaupun dia dah beritahu..buat2 la tnya...bagi hilang gugup...huhuhu…
Lepas dia jawab...korang asingkan barang yang korang nak beli dengan barang yang tak nak kita beli...biar dia kira dulu barang tu…
Then...korang gitau je kat dia yang korang dah tak mau barang tu,..habis cite..
Hahaha..
Just kidding..

Erm..
Oklah..
Saya nak cite cam ne nak mulakan hari berbelanja anda,…

  • Bagi pelajar @ sape yang still bergantung dengan parents….

  1. Lepas dapat duit setiap hari bila pergi sekolah atau tolong mak ngan ayah korang...simpan 20% drp duit tu pada setiap hari...selebihnya bolehlah guna time kat sekolah atau nak wat benda pa-pa pon..
  1. Then… kira la duit dulu...bila dah bnyak...bru la merancang ye...
  1. Lepas dah simpan dan kira...tibe plak hari ada jualan murah...wah,,tunggu pe lagi...tapi wat list dulu...senaraikan brg yg paling penting dulu...kemudian barang yg kurang penting...last sekali..brg yg kita minat..(kalau ada duit lebih)...erm...pastikan senarai sekali dgn harga barg tersebut supaya bajet tak lari...kalau tak tahu harga...agak2 je la….

Kebiasaannya akan berlaku kos lepas dalam pembelian sesuatu brg..sbb kehendak manusia ni tak terhad..tapi..barang yg selalu terhad….jadi tak kisah la kalau terjadi kos lepas (brg kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang lebih baik)...sebab tulah pentingnya perancangan awal ni...
-P/S: kalau nak lebih teliti...pergi la survey harga kat semua kedai…

  1. Erm...lepas membuat senarai barang...barulah tengok balik...dengan duit yang kita ada...kalau terlebih...potong senarai bagi yang kurang penting...misalnya..pembelian barang bukan keperluan...utamakan barang mesti dahulu…

P/S: bagi yang menganggarkan jumlah harga pada senarai barang..bawalah duit lebih ketika ingin membeli-belah..bukan apa takut harga barang dah naik...jadi duit pon naik lah,,..hehehe...

  1. Lepas dah cukup duit dengan senarai barang yang dirancang..barulah boleh pergi shopping...boleh bayar dengan senang hati..tanpa ragu-ragu..

*PERINGATAN:
-kepada yang tidak berkemampuan @ tidak mempunyai wang….jangan risau...ambillah peluang melawat tempat membeli-belah...ape orang kata wat Window Shopping...tak pe..korang jangan rasa rendah diri..time ni la korang boleh survey harga dan barang-barang berjenama..bila dah ada duit..terus je beli…
Try la tips ni kawan-kawan..
Moga dapat membantu anda serba-sedikit mengenai cara untuk mengelakkan bajet lari ketika membeli-belah…
Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri...