Saturday 20 March 2021

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (10) - Yeah! we did it!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kesinambungan dari entry ttc sebelum ni, 

Journey 9

    Hari ni aku nak cerita serba sedikit pengalaman ttc aku beberapa bulan sebelum aku disahkan pregnant pada hujung tahun 2020. Alhamdulillah walaupun tahun 2020  dulu pernah digembar gemburkan dengan kereta yang boleh terbang ke sana ke mari dengan adanya teknologi canggih yang melangkaui akal masa tu. Tapi itulah kisah dongeng kanak-kanak ketika aku berada di tahun 6 , 2004 suatu ketika dulu. Namun, pengalaman yang dilalui oleh semua rakyat Malaysia amat berbeza tahun ni dengan adanya virus covid-19 yang menyerang hampir ke semua negara di dunia ni. Sungguh sesuatu yang perit untuk ditelan oleh rakyat Malaysia khasnya. 

    Mungkin ada hikmah mengapa berlakunya semua ni kepada seluruh manusia di atas muka bumi ni. Mungkin Allah nak kita semua muhasabah diri dengan apa yang berlaku dan kembali semula ke jalan Allah.. bersyukur lah kita kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini dimana covid-19 ni telah menyerang kita hampir setahun lebih lamanya.

Dengan adanya covid-19 ni, PKP, PKPB, PKPP dan sebagainya telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kes covid-19 ni menurun. Sengaja aku cerita kan di entry kali ni tentang covid-19 supaya menjadi ingatan kepada kita semua dan anak-anak cucu kita pada masa hadapan supaya mengingati bahawa kuasa Allah tu luas. Dan disebabkan covid-19 dan adanya program PKP dan sebagainya itu telah membolehkan rakyat Malaysia menambahkan jumlah ahli keluarga… hehehe… 

    serius wey.. yang ni nurse sendiri yang complain.. ramai yang bukak buku pink ni sejak pkp mac 2020 ari tu.. hahaha.. alhamdulillah.. rezeki dari Allah.. tidak kurangnya kami suami isteri tidak melepaskan peluang untuk berusaha untuk dapat rezeki Allah yang amat kami tunggu-tunggu tu.. hahaha.. jangan salah faham.. kami ni setiap tahun cuba, tapi nak buat macam mana belum ada rezeki. Biasalah, bila kita takde rezeki anak lagi ni memang mindset kena kuat even kita ni tak sekuat yang disangka.

     Sapa nak kan dikatakan sebagai mandul? Pernah wey.. ada sorang ni tegur aku, aku ni mandul ke dia tanya. Kau tahu apa perasaan aku masa tu? Fuh, rasa menitik air mata aku ni kat pipi aku. Jadi aku cuba pertahankan diri aku dengan beritahu yang aku ni  pernah je pregnant. Benda yang paling aku pegang selama ni, kalau ada rahim, mesti boleh ada baby. Aku percaya yang tu. Allah je tahu macam mana aku usaha untuk dapatkan anak. 

Berbagai cara aku dah try wey.. Cuma dalam banyak-banyak cara, aku tak try mengurut sebab dulu mak aku pernah pesan yang aku ni masih belum pernah melahirkan anak jadi jangan biasakan diri dengan mengurut sebelum dapat anak pertama. Ya, korang mesti marah aku kan? ‘Eh, mak saya suruh mengurut baru lekat’.. ha.. yang ni hak masing-masing tapi aku lebih percayakan kata-kata mak aku dari orang lain. Mak ni bila dia cakap ada aura dia yang tersendiri.. korang pon faham kan.. kata-kata mak ni doa. Jadi aku ikut je kata mak aku. 

Okey, banyak pulak merepek entry kali ni! Hahaha..

    Nak tahu ke apa yang saya buat lepas dari bulan 9, 2020 tu?

    Korang pon tahu kan dah macam macam aku try. Orang suggest itu, aku buat. Orang tu suggest ini, aku buat. Kira boleh tanya aku, apa ja aku tak try? Semua aku try wey. 

Disebabkan masa bulan 9 tu aku belum lagi dapat panggilan dari bahagian O&G HUSM berkenaan dengan iui yang aku nak buat tu. Korang boleh baca balik kat entry aku yang sebelum ni. https://solehahkahaku.blogspot.com/2020/05/pengalaman-ttc-aku-my-ttc-journey-7.html

    Sepatutnya aku buat iui bulan 7, 2020 tapi dah masa tu pkp. Jadi, aku dah call bahagian O&G tanya, katanya diorang tak ambil lagi untuk buat iui. aku pun masih tunggu sehingga bulan 9, 2020. Dalam masa aku dok tunggu tu, aku bagitau suami aku perancangan aku untuk kami usaha kan secara natural. Sebab mungkin kami ada peluang yang kami sendiri tak tahu. Jadi aku terangkan secara terperinci dekat suami aku even aku dah tau dia mesti dah belajar bab-bab menstruasi , ovulasi dan sebagainya kan. Tapi kali ni aku ambil masa bincang dengan suami aku, apa yang kena buat.. apa yang tak kena buat.. memang stail aku dari dulu lagi suka ajak suami aku bincang dari hati ke hati supaya mudah masing-masing faham keadaan semasa dan keadaan diri aku. 

       Lupa nak terangkan aku ni yang jadi masalah bab pregnancy dan period ni sebab aku ni ada pcos. Korang boleh search sendiri apa tu pcos.. Sebab sekarang ni aku lebih excited nak cerita pasal benda yang lebih menarik lepas ni.


TQ google


tq google

 Okey! Patah balik cerita aku pasal aku terangkan situasi aku kat suami aku tu kan. Aku bukan apa, aku nak dia faham apa sebenarnya yang kami lalui. Alhamdulillah, suami aku seorang yang memahami aku dan dia sanggup susah senang bersama aku. Aku bagitau suami aku ‘jadual ttc’ kami yang kami perlu lakukan. Serius aku memang straight kali ni. No excuses. Malah kalau suami aku berani ubah jadual tu pon aku dah start marah dia. Kesian suami. Maaf ye, orang buat untuk kita jugak. 

    Pasal jadual ni, first sekali yang korang kena buat adalah study dulu part penyakit korang tu.. macam aku ada pcos. So, aku cari info dan ilmu berkenaan dengan pcos. Apa yang aku boleh makan, apa yang aku kena elak makan, apa yang aku ni perlu buat dengan suami, exercise apa yang sesuai untuk orang pcos yang gemuk macam aku ni (perlu untuk aku mention gemuk ni sebab tak semua orang yang ada pcos tu semestinya gemuk, tidak! Ada orang yang kurus pon boleh ada pcos.) dan aku cuba buat ‘jadual ovulasi’ sendiri seperti yang disarankan oleh para doktor O&G. tapi, sebelum buat jadual ovulasi ni, wajib study dulu period korang. Kena lihat corak perubahan yang berlaku hampir tiap bulan  bagi aku better tengok dalam tempoh 6 bulan sebelum start ttc tu. Jadi korang akan tahu, period korang berapa hari, hari ke berapa boleh ‘berbadminton’ dengan suami, bila waktu ovulasi (yang ni wajib guna opk test kalau korang period tak stabil macam aku) dan bila waktu kena rehat sekejap sebelum period seterusnya. 

    Ha, kita ni yang nak ttc ni wajib buat research banyak sikit, nak anak kan? Kena lah usaha. Allah pun dah kata kalau nak sesuatu kena usaha, lepas tu berdoa, bila dah berdoa, baru lah bertawakal. Bukan hanya doa dan tawakal. Tadi aku ada sentuh bab period tak stabil kan, period tak stabil ni bermaksud seseorang yang purata period normal dia setiap bulan melebihi 28 hari. Macam aku, ada yang sampai 40 hari baru lah period semula tu pon kalau tak makan ubat. Kalau makan ubat, confirm lah stabil kan.

    Tapi start dari bulan 9 ni, aku dah start stop ubat period tu. Perlu diingatkan , period aku tak stabil ye.. okey, Dari bulan 9 tu, aku dah start makan madu setiap hari yang ni kawan aku yang ajar.., madu tu aku letak dalam cinnamon tea aku. Nanti aku buat entry pasal cinnamon tea aku tu. Aku pastikan aku minum setiap pagi tanpa gagal.

Kalau ada yang nak tau pasal resepi cinnamon tea aku ni.. boleh klik kat sini ye.. CINNAMON TEA FOR PCOS. 

 Sebelum tidur malam, aku amalkan sesudu cuku delima jenama fars yang dibancuh ke dalam setengah gelas air. (baca elok-elok tu). Jangan terus sudukan cuka ke dalam mulut. Ingat hanya sekali saja sehari minum. 

ni contoh cuka delima yang aku makan
(boleh je try jenama lain)


Dalam masa yang sama, aku dan suami buat ikut ‘jadual ttc’ dan ‘jadual opk’ aku tu sejak dari period last bulan 9 tu dan aku amalkan senaman 3 kali seminggu tu. Ingat tak dulu aku pernah cerita bab alatan senaman aku dulu tu. Ni dalam entry ni. https://solehahkahaku.blogspot.com/2020/06/rancangan-diet-aku.html

    Rupanya berguna jugak la treadmil ni. Hahaha.. terima kasih suami belikan. Love u. 💓

Dalam masa aku amalkan cinnamon tea dengan cuka delima ni, ada seorang sahabat baik suami tag nama aku dan suami aku kat facebook dalam satu ceramah pasal susu kambing dengan kurma ni yang dikategorikan sebagai makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.  Dalam ceramah ustaz tu, ustaz kata kena buat jus susu kambing ni. selepas tengok video ceramah tu, terus aku beli susu kambing asli dan kurma. aku buat sebiji macam ustaz tu sebut. sambil minum, sambil selawat dan niatkan supaya kami dapat anak seperti orang lain. aku paksa suami aku minum jugak.. ustaz tu cakap wajib buat sekali seumur hidup bagi orang-orang yang ikhtiar hamil macam kami. Alhamdulillah kami pon cuba,. tak harap banyak pon masa ni.. mintak Allah mudahkan segala urusan kami saja. terima kasih kepada Asmawi, sahabat suami yang sudi tag kami berdua.. terima kasih ustaz sebab dah turunkan ilmu yang penting ni.. nanti saya akan sharekan resepi susu kambing tu ye. 

    Pada awal bulan 10, aku dikejutkan dengan berita kawan aku dah start pregnant. Kawan usm. Then, aku tanya dia, apa yang dia makan dan dia buat untuk pregnant. Dia ada ceritakan tentang jus asam kunyit yang dia consume sebelum dia pregnant. Lepas tu aku try buat macam yang dia ajar kan tu. Alhamdulillah dalam pertengahan bulan 10, aku berjaya period tanpa ubat. Tanpa ubat wey! Suatu kejayaan bagi aku. Aku masih teruskan semua yang aku buat kat atas tu Cuma time period aku stop sebentar jus asam kunyit tu. Okey, nanti aku sharekan bab jus asam kunyit ni. Ni cara aku sendiri ye.

Edited : korang boleh baca new entry pasal jus asam kunyit ni kat sini.. JUS ASAM KUNYIT .

    Tak pon, korang boleh search kat youtube yang bonda rozita punya tu. Serius wey menjadi. Aku ada baca kalau dalam perubatan ayurveda, kunyit merupakan agen penting untuk sesiapa yang ada pcos macam aku ni. So, korang boleh try la ye.

lagi satu, aku ada try amik pregnacare,, yang ni aku makan selama sebulan lebih mcm tu.. tup2 pregnant.. then aku stop la mkn yg ni.. ada lagi 1 papan tak abis.. hehehe

tq google


    Penat pulak menaip.. hahaha.. korang pon penat kan membaca.. okey, kita break dulu kejap. Nanti aku sambung balik macam mana aku boleh pregnant tu.. hehehe.. alhamdulillah sekarang dah nak masuk 5 bulan dah. Alhamdulillah.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan siti suhani dari semasa pregnant, masa bersalin sehinggalah berpantang nanti. Aamiin.. tq korang tolong aminkan. Tunggu tau janji temu kita next entry. 😊


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~