Hai semua..
Rasanya dah lama tak buat content untuk entry baru kat blog ni kan. Ha, susah
sikit sekarang suami kite tu asyik nak main game je. Jadi kita korbankan lah
masa dengan laptop ni sekejap. Tak delah sekejap sangat. Rasa dah beberapa
bulan kan tak update. Okey! Dah la membebel lama-lama.. nak sambung cerita
pasal ttc aku dari entry yang sebelum ni.. journey 8.
Aku ni merupakan
salah seorang PCOS Fighter. Jadi, memang agak susahlah untuk aku nak pregnant
dengan ‘mudah’. Pengalaman aku pregnant sebelum ni memang mengajar aku ‘something’
yang kalau aku nak pregnant memang kena usaha lebih sikit. Kalau ada yang ikuti
kisah ttc aku yang sebelum-sebelum ni, mesti akan tahu betapa strugglenya aku
ni untuk pregnant. Aku kena diet dulu. Kena hold dulu banyak makanan kegemaran
aku. Maybe time aku pregnant yang kali pertama tu sebabnya kita puasa kan
sebulan bulan puasa tu. Jadi mudahlah aku untuk kawal pemakanan dan sebab tu
jugak lah kot aku ‘tersangkut’ double line tu. Alhamdulillah.. tapi bila keguguran
tu, benda yang paling sedih bila kau dah usaha jaga tapi tetap nak gugur jugak.
Tu lah yang buat aku rasa sedih sangat-sangat.
Okey back
to the topics, lepas je bulan Jun 2020.. then aku dah tak ambil provera tu
sebabnya call pihak O&G HUSM pon dia cakap dia tak ambil dah untuk nak buat
IUI. So, kena tunggu sehingga diberitahu oleh pihak hospital sendiri. Lagipon,
pihak hospital ada que list untuk iui. Jadi, incase pon dah boleh terima pesakit
untuk rawatan iui ini , mereka akan lebih utamakan que yang before aku
mendaftar tu la. Jadi aku redha ja.
Sebab utama
yang menghalang dari rawatan iui ini diteruskan pihak hospital sebab masa ni
kes covid19 masih meningkat diseluruh negara. Yela, baru je start covid19 ni
dalam bulan 3 mcm tu. Jadi masa ni negara dalam tempoh pemulihan kalau tak
silap.. but end up, ramai warga asing pakat masuk masa awal bulan Julai
menyebabkan covid19 ni naik semula secara mendadak.. kluster yang masih aku
ingat masa tu yang mencetuskan controversi ‘ kluster sivagangga’ yang
menyebabkan ahli keluarga aku jugak terkena tempias dan mengalami penderaan
emosi oleh netizen di kampung ku terhadap ahli keluargaku. Kesannya amat
mendalam, apabila adik beradik aku buat bisnes makanan pon dikatakan ada covid19
didalamnya. Padahal keluarga aku bebas covid19 masa tu dan mujurlah aku sempat balik
ziarah kubur mak abah dan pergi rumah mak mertua dan keluarga kat kedah masa bulan
Jun tu.. alhamdulillah sempat jugak. Terima kasih Ya Allah sebab dah melindungi
kami sekeluarga.
Eh, dah
masuk cerita bab covid19 plak dah… hehehe.. okey, masa bulan Ogos, aku ada lah dok
buat IF (Intermidiate Fasting).. tapi memang tak tahan sangat-sangat. Then aku
banyak cheat day je. Lepas tu, aku dah start fed up sebab dok check pregnancy
test tak de apa-apa pon.. bukan sekali tau.. hampir tiap kali lepas period..
kali ni yang aku perasan period aku macam dah okey sikit. . Maybe sebab treatment iui tu kot. aku, tak delah
okey sangat. Tapi okey lah cara aku. Maksudnya macam ni, biasanya aku kalau
makan ubat tak kisah lah provera ke pil perancang ke baru lah ada period untuk
bulan tu. Tapi sekarang aku tak makan ubat pon boleh period walaupun 2 bulan
sekali baru period. Sebab sebelum ni (since aku kahwin) , kalau aku period pon
dalam 4 bulan sekali, 3 bulan sekali ataupun paling lama 6 bulan sekali. Giler tak..
giler kan.. sebab tu lah kes aku ni dirujuk under infertiliti dan bawah pcos. Dah
memang tu pon simptom dia.
One day ni
dalam bulan 9 atau hujung bulan 8 macam tu, aku ada jumpa dengan ex colleague
aku. Guess what??? She’s pregnant. Dia pon kahwin dah setahun lebih baru lah mengandung
tu. Katanya dia ada makan madu turkey wawa tu. Dia makan sebulan terus lekat
pregnant. Aku masa tu pitih tak kepuk. Jadi aku beli madu biasa yang Syuib ( jenis
strip) tu.. hari-hari aku makan satu. Biasa saja aku rasa. tak de apa-apa perubahan pon, maybe sebab aku tak ikut betul-betul petua kawan aku tu kan..
lepas tu apa yang aku buat?? nanti aku cerita next entry, takkan lah semua nak cerita dalam satu entry kan orang baca pon letih kan.. tunggu next entry ye.. papai.. :)
No comments:
Post a Comment