Wednesday 30 December 2020

Best Marriage Advice - Nasihat untuk pengantin baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni adalah digembar-gemburkan kes seorang wanita yang juga merupakan youtuber bab masakan ni dah bergaduh dengan suaminya atas masalah peribadi. Before this, mereka berdua kelihatan mesra dan bahagia dalam youtube channel mereka. Bagi aku normal lah bergaduh tu, ala macam korang tak pernah bergaduh.. masa bercinta pon kerap je kan bergaduh.. berkahwin apa tah lagi weh.. dah korang hidup sebantal dan sebumbung dengan dia.. mestilah ada kekurangan yang korang nampak depan mata.. masa bercinta memanglah kebanyakkan nya indah belaka sebab dia duduk jauh kan dengan kita .. jumpa pon sekali sekala ja.. jangan kelentong la.. aku pon pernah jugak bercinta selama 10 tahun sebelum berkahwin.. bergaduh tu adat la.. cuma kita tu kena lah bijak handle masalah keluarga.. kalau tak.. tak delah kes cerai kat malaysia ni..

Ermmm...Dalam usia perkahwinan yang baru 3 lebih ni.. sebenarnya pengalaman itu jelas belum ada.. kadang kita sendiri pon dalam proses R&D bab hati dan perasaan dengan suami kita..yela.. masih dalam proses belajar kenal hati budi masing-masing kan.. kadang kita rasa kita je betul, orang lain salah.. kadang orang lain rasa dia je betul, kita pulak yang salah. Dalam perkahwinan ni serius talk la.. memang kena ada give and take.. kalau tak de give and take ni, alamatnya hanyut lah perkahwinan.. paling sedih bila korang dah ada anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian mak ayah.. korang tak rasa kesian ke kat anak korang kalau korang nak berpisah.. think twice ye sayang.. perkahwinan ni bukannya macam kita main kawin-kawin masa zaman kanak-kanak..yang ni lagi meluas konsep dia..

Dalam perkahwinan, benda penting kena buat, kenal suami kita.. suami kita ni jenis macam mana.. rasanya kalau bab ni dua bulan pertama lepas kahwin dah start boleh nampak dah tembelang si suami tu.. panas baran ke tak.. jenis pendiam ke.. jenis gamers ke... jenis riders ke.. kaki lepak malam ke.. kaki pukul ke..

bila kita dah tahu jenis suami kita macam mana.. contohnya, suami kita kaki pukul.. contoh...
- try buat perubahan diri jangan biar diri kena marah dan usahakan buat apa yang suami nak selagi mengikut syariat islam.. (xberjudi,xminum arak, xgadai badan, xtinggal solat) .. kalau suami suruh buat salah satu dari semua ni.. nasihat aku, tinggalkan je la suami macam ni sementara belum ada anak.. percaya cakap aku, aku nampak ramai dah yang dok tahan dengan suami panas baran, last2 cerai macam tu ja.. anak-anak pon suami dah mengambil tahu.. jadi please sebelum ada anak, ambillah langkah yang betul.. sebab tulah, orang tua cakap.. kahwin ni biar sekali ja seumur hidup.. jadi pilih lah betul-betul..supaya tak menyesal dikemudian hati.

kalau suami kita jenis pendiam dan kurang bergaul,
- try bagi galakan untuk dia terus bercakap.. contohnya.. rajin-rajin bertanya suami apa yang dia rasa.. seriusly laki yang macam ni dia suka memendam rasa.. rajin-rajin juga tanya pasal hal tempat kerja.. bila kita kerap berinteraksi.. lama-lama dia pun mudah mesra dengan kita dan orang sekeliling nya..

#abaikan_grammar_gue
#info_yang_penting




Dalam perkahwinan komitmen masing-masing memang amat diperlukan... cinta itu memang la penting dalam setiap perhubungan.. tapi kena lah tau tentang tanggungjawab masing-masing.. peranan masing-masing dalam rumah tangga..




kalau sekali pun kita busy, angkat la telefon.. jawab lah dengan penuh mesra macam yang kita buat masa zaman bercinta dulu.. ada orang , cakap sikit je dengan isteri terus letak telefon.. kadang-kadang isteri pon nak bergayut juga macam dulu-dulu.. acece...




spend time together.. memang penting tau.. tambah-tambah bagi yang long distance relationship.. ye aku pernah rasa macam mana peritnya bila berjauhan walaupun aku rasa tu sekejap je.. dalam sebulan macam tu.. at least balik la 2 bulan sekali ke.. kalau tak mampu sangat 4 bulan sekali.. ni pon lama sangat bagi aku.. kalau dekat.. contoh perlis dengan perak ke.. balik la seminggu sekali atau 2 minggu sekali.. penting tau luangkan masa bersama-sama.. supaya pasangan kita tahu yang kita masih wujud.. hahaha.. barulah si dia tak cari yang lain.. hehehe..





please.. cari orang yang boleh awak percayai sahaja untuk bercerita masalah awak.. jangan sebarangan cerita kat orang .. sebab boleh jadi kita mengaibkan suami kita sendiri dan bagi dosa kat diri kita.. kalau kita percaya kat mak kita,, cerita kat dia.. kadang-kadang kita terlalu terseksa, tapi kita tak tahu nak luah kat siapa kalau suami tak memahami.. kalau boleh stay dalam komuniti yang positif thinking.. jangan cari yang jenis toxic ye.. supaya tak termakan diri sendiri..




kadang-kadang bila kita terlalu stress.. kita tak tahu nak luah siapa-siapa kan.. jadi cari sesuatu yang boleh hiburkan hati,.. contohnya, kalau jenis suka tengok maharaja lawak.. boleh la tgk.. running man ke apa ke.. jangan lah sampai kita marah benda lain tapi lepas kat pasangan kita.. tu jangan lah kita buat ye.. kesian pasangan kita tu.. sepatutnya kita yang mendengar segala rintihan pasangan kita, ni tak terbalik.. kita pulak yang lepaskan kemarahan kat pasangan kita.. jangan la macam tu ye..



Masa gaduh, please jangan cari siapa salah atau siapa betul.. kalau rasa pihak suami tak nak mengalah, please ambil langkah untuk mengalah walaupun kita rasa kita betul.. sebabnya benda yang kecil kalau kita tak selesai kan segera memang boleh jadi besar.. takkan kita nak berpisah dengan suami gara-gara bermula dari pergaduhan kecil.. masalah simple-simple kalau boleh jangan simpan dalam hati sebagai contoh.. benda berkaitan dengan barangan rumah ke, selalu buang sampai merata-rata ke, masalah kentut ke masalah duit ke.. kalau boleh ambil masa untuk bincang dan nasihat elok-elok.. laki ni kalau kita nasihat lembut-lembut, mereka mudah untuk dengar.. kalau kita membebel, satu pon mereka tak dapat apa yang kita cakap.. end up, jadi balik benda yang sama.. 



Pernah dengar tak ayat, " It's okay not to be okay!"
biasalah, dalam rumah tangga ni ada pasang surut, kadang-kadang ada sesetengah orang bila kat tempat kerja bad mood, mulalah sampai ke rumah nak badmood. kita ni sebagai pasangan pon kena main peranan jugak kalau tengok pasangan kita dok sedih ja.. cuba ambil inisiatif untuk tanya masalah pasangan dan cuba bagi suggestion yang membina bukan yang menyalahkan.. kadang-kadang pasangan kita hanya nak kita faham apa yang jadi tanpa perlu kata apa-apa.. maksudnya, dengar dan bagi pelukan ke ciuman ke.. tak pe dah.. itu pon dah cukup..



Yang ni faham-faham la ye.. kadang-kadang ada orang bercerai atas sebab masalah dalam bilik tidur saja. yang ni cari sendiri lah maksud nya. yang penting, jangan ego baik suami atau isteri! lagi satu, masalah bilik tidur jangan diceritakan kepada orang lain kecuali doctor yang merawat kita sendiri atau mak ayah kita yang dirasakan untuk meminta nasihat. hal dalam bilik ni adalah rahsia dan merupakan aib suami isteri. Jadi, Aib ni kita kena lah jaga..



kalau yang macam atas ni, kena jumpa kaunseling atau doktor yang bertauliah. suami isteri kena jumpa.. kadang-kadang suami sendiri ada masalah peribadi. jadi kena buatlah medical check up.. bincang sama-sama dan terangkan secara baik. in shaaAllah selesai.

Kadang-kadang dalam rumahtangga ni salah seorang akan terasa seolah-olah 'dia' yang banyak berkorban dalam rumahtangga tak kiralah dari segi wang ringgit atau apa-apa sahaja. tapi percayalah kalau kita buat atas dasar tanggungjawab dan kita buat untuk membawa keluarga kita ke syurga. In shaa Allah , Allah akan bagi pahala atas setiap titisan peluh yang dikeluarkan. sebenarnya, kadang kita tak sedar masing-masing ada tanggungjawab masing-masing yang bukan hanya untuk diri sendiri saja tapi untuk keluarga tercinta.

Benda yang paling pantang sekali dalam rumahtangga.. Jangan lah bandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain.. Lelaki lain.. ataupun bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. kadang mereka dah usaha bagi yang terbaik untuk kita tapi kita yang tak nampak. takkan hanya disebabkan satu kesalahan kita nak blame everything on them kan. kesianlah macam tu.. kalau kita nak 'something' dari pasangan kita just direct bagitau atau boleh tag dekat mana-mana info kat facebook tu. tak pon kalau suami jenis yang tak suka ditag tu boleh je screenshot pastu hantar kat whatsapp dia. macam tu. kita hanya mampu doakan dia berubah saja. 

Lagi satu, dalam rumah tangga kita tak boleh berbohong atau menyimpan rahsia dari pasangan kita. penting untuk kita bagitahu berapa akaun bank kita ada, berapa insuran yang kita ada, barang-barang peribadi secara zahir atau tidak zahir.. supaya bila salah seorang meninggal dunia, mereka akan lebih alert dengan harta benda kita. boleh lah elakkan sebarang perkara yang tidak diingini terjadi. namun bergantung pula pada situasi, incase kita nampak pasangan kita tu dah macam orang penagih ke apa ke maksudnya yang tak boleh diharapkanlah. janganlah semua benda nak diceritakan padanya. ada benda yang patut kita bagitau, kita bagitahu sebab kita perlu fikir masa akan datang dan sebarang kemungkinan yang akan jadi.

Tapi kalau masalah yang berkaitan tempat kerja atau apa saja masalah, better kita luahkan kat pasangan kita. sebab kalau kita memendam rasa dan menyimpan rahsia dari pasangan kita, kita yang tak tenang. kadang-kadang bila kita cerita kat pasangan tu, mereka lebih banyak idea bernas dari kita. 
Tak percaya?? Try la..

Percaya atau tak,  bila kita terlalu berahsia dengan pasangan, pasangan akan hilang rasa intimacy tu.. rasa macam dah tak rapat macam mula-mula bercinta dulu.. ha.. gitu.. lebih kurang macam tu lah. Jadi, bila dah jadi macam ni, mulalah nak hilang kepercayaan. betul tak.. kita rasa macam kita ni dah tak penting dalam hidup pasangan kita. end up apa jadi"?? depression!!


Sebab tu lah, kita kena bagi sepenuh kepercayaan kepada pasangan kita. kepercayaan ini kunci rumahtangga yang kekal utuh sampai syurga. 
Jangan pulak kita musnahkan kepercayaan pasangan kita kat kita!
tu cari nahas namanya!!
Janganlah cuba menguji pasangan kita dengan kaitkan insan ketiga dalam diam kerana tak semua orang suka bila bertiga berempat atau berlima dengan orang yang bukan darah daging.. 
poligami bukanlah langkah bijak untuk memeriahkan rumahtangga!

Rumahtangga mana yang tak pernah bergaduh bagai nak rak.. kalau tak pernah bergaduh tu, mesti ada 'something wrong somewhere' sebab perkahwinan yang sihat dimana didalamnya ada suka, duka dan bahagia menjadi penyedap rasa. cuma, cara untuk kita tangani masalah itu berbeza. 

Tapi ada satu cara yang paling berkesan, bila pasangan kita marah, kita kena cool down. bila bergaduh salah seorang mesti kena mintak maaf dahulu.. bila pasangan kita bercerita atau ingin berkongsi apa-apa, kita letak handphone dari tangan kita ke meja.. tengok muka dia dan dengar luahan hati dia. zaman sekarang suami isteri banyak mengadap handphone sehingga mengabaikan anak-anak dan isteri ataupun sebaliknya. ada juga yang memberikan anak mereka handphone sebagai penenang amok seawal usia anak 3 bulan. semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara negatif.. aamiin..

Jom tgk, macam mana Saidina Umar Al-Khattab layan isterinya..

Sumber dari website : 
https://republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/14/07/25/n993h3-kisah-umar-dimarahi-istri

Syahdan, diceritakan seorang laki-laki datang kepada Umar bin Khattab RA. Ia hendak mengadukan istrinya karena marah-marah kepadanya. Lelaki tersebut jengkel dan ingin mengadukan kelakuan istrinya kepada Amirul Mukminin.

Setiap kali datang ke rumah Amirul Mukminin, ia tidak pernah bertemu dengannya. Umar bin Khattab RA selalu telah pergi sebelum ia datang. Suatu ketika, laki-laki itu kemudian datang lagi ke rumah Umar bin Khattab RA. Sampai di depan rumah, ia tidak langsung mengetuk pintu. Umar justru berdiri di depan.

Lelaki itu pun tertegun sejenak. Secara tak sengaja, ia mendengar sang khalifah sedang dimarahi istrinya. Sang istri terdengar membesar-besarkan masalah yang remeh. Nada suara perempuan itu meninggi. Sang Amirul Mukminin cenderung pasif menghadapi kemarahan istrinya.

Lelaki itu kemudian berkata dalam hati, “Jika seorang Amirul Mukminin saja seperti itu, bagaimana denganku?” Ia kemudian berbalik hendak pergi. Umar bin Khattab keluar rumah dan melihat tamunya hendak pergi. Ia pun bertanya, “Apa keperluanmu?”

Laki-laki itu kemudian berbalik dan berkata, “Wahai, Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadukan perangai buruk istriku dan sikapnya kepadaku. Tapi, aku mendengar hal yang sama pada istrimu,” kata lelaki itu.

Umar bin Khattab RA kemudian tersenyum. Dia pun mengisahkan kepada lelaki itu mengapa Umar yang keras begitu sabar menghadapi istrinya. “Wahai, saudaraku, aku tetap sabar menghadapi perbuatannya karena itu memang kewajibanku.” 

Alih-alih menghardik istrinya, Umar malah menceritakan betapa besar jasa istrinya dalam kehidupannya di dunia. “Bagaimana aku bisa marah kepada istriku karena dialah yang mencuci bajuku, dialah yang memasak roti dan makananku, ia juga yang mengasuh anak-anakku, padahal semua itu bukanlah kewajibannya,” jawabnya.

Umar bin Khattab RA kemudian menasihati lelaki itu untuk bersikap sabar kepada istrinya karena istrinyalah yang membuat dia tenteram di sampingnya. “Karena istriku, aku merasa tenteram (untuk tidak berbuat dosa). Maka, aku harus mampu menahan diri terhadap perangainya.”

“Wahai, Amirul Mukminin, istriku juga demikian,” kata lelaki itu. Amirul Mukminin pun menjawab, “Maka, hendaknya engkau mampu menahan diri karena yakinlah hal tersebut hanya sebentar saja,” kata Amirul Mukminin.



Kunci utama kebahagiaan rumahtangga ni adalah kesabaran. bila kita sabar, semua akan jadi mudah. in shaaAllah. kita kena yakin dengan Allah dan letakkan segalanya atas pengetahuan Allah. Allah menjadikan sesuatu itu bersebab dan dan ada hikmah kenapa kita berkahwin dengan pasangan kita sekarang. Jangan menganggap perkahwinan adalah bebanan kerana perkahwinan lah yang melengkapkan iman bagi seorang manusia.



Perkahwinan di dunia ini merupakan ujian Allah untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w yang apabila kita melepasi segala ujiannya kita diganjarkan dengan pahala dan dimasukkan ke syurga. Jambatan ke syurga sebenarnya ada dalam perkahwinan itu sendiri.. isteri buat baik dengan suami dapat pahala.. suami buat baik pada ibu bapa dan isteri dapat pahala.





terima kasih kepada semua reader.. maaf entry kali ini agak panjang,.. namun diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua bakal pengantin terutamanya..

jumpa lagi di next entry ye..



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (9)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua.. Rasanya dah lama tak buat content untuk entry baru kat blog ni kan. Ha, susah sikit sekarang suami kite tu asyik nak main game je. Jadi kita korbankan lah masa dengan laptop ni sekejap. Tak delah sekejap sangat. Rasa dah beberapa bulan kan tak update. Okey! Dah la membebel lama-lama.. nak sambung cerita pasal ttc aku dari entry yang sebelum ni.. journey 8. 

Aku ni merupakan salah seorang PCOS Fighter. Jadi, memang agak susahlah untuk aku nak pregnant dengan ‘mudah’. Pengalaman aku pregnant sebelum ni memang mengajar aku ‘something’ yang kalau aku nak pregnant memang kena usaha lebih sikit. Kalau ada yang ikuti kisah ttc aku yang sebelum-sebelum ni, mesti akan tahu betapa strugglenya aku ni untuk pregnant. Aku kena diet dulu. Kena hold dulu banyak makanan kegemaran aku. Maybe time aku pregnant yang kali pertama tu sebabnya kita puasa kan sebulan bulan puasa tu. Jadi mudahlah aku untuk kawal pemakanan dan sebab tu jugak lah kot aku ‘tersangkut’ double line tu. Alhamdulillah.. tapi bila keguguran tu, benda yang paling sedih bila kau dah usaha jaga tapi tetap nak gugur jugak. Tu lah yang buat aku rasa sedih sangat-sangat.

Okey back to the topics, lepas je bulan Jun 2020.. then aku dah tak ambil provera tu sebabnya call pihak O&G HUSM pon dia cakap dia tak ambil dah untuk nak buat IUI. So, kena tunggu sehingga diberitahu oleh pihak hospital sendiri. Lagipon, pihak hospital ada que list untuk iui. Jadi, incase pon dah boleh terima pesakit untuk rawatan iui ini , mereka akan lebih utamakan que yang before aku mendaftar tu la. Jadi aku redha ja.

Sebab utama yang menghalang dari rawatan iui ini diteruskan pihak hospital sebab masa ni kes covid19 masih meningkat diseluruh negara. Yela, baru je start covid19 ni dalam bulan 3 mcm tu. Jadi masa ni negara dalam tempoh pemulihan kalau tak silap.. but end up, ramai warga asing pakat masuk masa awal bulan Julai menyebabkan covid19 ni naik semula secara mendadak.. kluster yang masih aku ingat masa tu yang mencetuskan controversi ‘ kluster sivagangga’ yang menyebabkan ahli keluarga aku jugak terkena tempias dan mengalami penderaan emosi oleh netizen di kampung ku terhadap ahli keluargaku. Kesannya amat mendalam, apabila adik beradik aku buat bisnes makanan pon dikatakan ada covid19 didalamnya. Padahal keluarga aku bebas covid19 masa tu dan mujurlah aku sempat balik ziarah kubur mak abah dan pergi rumah mak mertua dan keluarga kat kedah masa bulan Jun tu.. alhamdulillah sempat jugak. Terima kasih Ya Allah sebab dah melindungi kami sekeluarga.

Eh, dah masuk cerita bab covid19 plak dah… hehehe.. okey, masa bulan Ogos, aku ada lah dok buat IF (Intermidiate Fasting).. tapi memang tak tahan sangat-sangat. Then aku banyak cheat day je. Lepas tu, aku dah start fed up sebab dok check pregnancy test tak de apa-apa pon.. bukan sekali tau.. hampir tiap kali lepas period.. kali ni yang aku perasan period aku macam dah okey sikit. . Maybe sebab treatment iui tu kot.  aku, tak delah okey sangat. Tapi okey lah cara aku. Maksudnya macam ni, biasanya aku kalau makan ubat tak kisah lah provera ke pil perancang ke baru lah ada period untuk bulan tu. Tapi sekarang aku tak makan ubat pon boleh period walaupun 2 bulan sekali baru period. Sebab sebelum ni (since aku kahwin) , kalau aku period pon dalam 4 bulan sekali, 3 bulan sekali ataupun paling lama 6 bulan sekali. Giler tak.. giler kan.. sebab tu lah kes aku ni dirujuk under infertiliti dan bawah pcos. Dah memang tu pon simptom dia.

One day ni dalam bulan 9 atau hujung bulan 8 macam tu, aku ada jumpa dengan ex colleague aku. Guess what??? She’s pregnant. Dia pon kahwin dah setahun lebih baru lah mengandung tu. Katanya dia ada makan madu turkey wawa tu. Dia makan sebulan terus lekat pregnant. Aku masa tu pitih tak kepuk. Jadi aku beli madu biasa yang Syuib ( jenis strip) tu.. hari-hari aku makan satu. Biasa saja aku rasa.  tak de apa-apa perubahan pon, maybe sebab aku tak ikut betul-betul petua kawan aku tu kan..

lepas tu apa yang aku buat?? nanti aku cerita next entry, takkan lah semua nak cerita dalam satu entry kan orang baca pon letih kan.. tunggu next entry ye.. papai..   :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 23 July 2020

Suamiku Banjarian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni balik kampung, memang rasa heaven sangat.. mana tak nya mak mertua yang masuk sekepala dengan aku ni.. sebenarnya rindu sangat masakan mak.. mak mertua tu aku dah anggap macam mak kandung sendiri dah.. senang sangat kalau nak bercerita apa-apa dengan mak mertua.. walaupun mak sendiri dah tak dak.. terubat jugak rindu bila mak mertua layan kita macam anak sendiri.. cakap je.. mak teringin nak makan itu.. teringin nak makan ini.. mak pasti akan buatkan.. Allahu perangai mak mertua tak ubah macam mak sendiri.. semoga Allah murahkan rezeki mak dan abah mertua.. aamiin..

masa hari kedua balik kampung, ada lah suara kan hasrat nak makan wadai kepeng kuah durian dengan mak.. mak kata mak pon teringin jugak.. tapi tak de geng nak bulat2 ataupun orang kedah panggil gelintey tepung tu... rupanya sehati sejiwa kami dua ni.. hehehe.. esok nya tu sebelum balik ke kelantan.. aku pon tolong-tolong mak gelintey doh tu.. hehehe.. renyah wey.. berpeluh-peluh ketiak aku.. hahaha.. over kan.. hahaha.. tak la.. mak kata nak buat dy memang renyah sikit, kena gelintey kecik-kecik...comey-comey.. baru bila makan rasa sedap.. tak muak.. ha.. memang best la masa ni.. bonding time mertua dengan menantu.. sambil-sambil buat.. sambil-sambil dengar mak mertua aku berceloteh kan.. hehehe..

ha, dah siap dah gelentey..





kuah dia tak sempat tangkap gambar yang dalam periuk sebab sikit duk kemas barang nak balik kelantan..



teringat dulu masa kahwin dulu, mak dengan adik beradik mak pakat buat wadai kepeng malam sebelum kenduri sebelah lelaki.. maksudnya sebelum majlis bertandang tu,.. pakat ramai-ramai buat wadai kepeng.. terima kasih semua adik beradik mak yang sudi turun padang.. semoga Allah merahmati hidup kalian semua...aamiin..


Dah siap gelintey untuk kenduri kahwin esoknya





Tima kasih semua atas usaha dan keringat... Jasamu dikenang..
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 9 July 2020

Sambut Anniversary kat Restoran Al Khatiri, Kubang Kerian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hat ni cerita tahun lepas ni... Tak pernah update lagi.. So, update pi la buat kenang kenangan.. Hehehehe..

Tahun lepas sambut Anniversary kat Restoran Al khatiri, kubang kerian ni..

Alhamdulillah layanan memang terbaik.. Makanan sedap.. Harga semua rm199.. Boleh pilih pakej makanan apa semua..  Bila buat sendiri candle light dinner ni penat wey.. Aku dah kena sekali.. Lpas ni kalau nak buat candle light dinner aku prefer booking je la.. Penat wey.. Habis duit sama jugak.. Atleast yang restoran ni kita duduk dan makan je.. Hahaha.. Cuma kalau buat sendiri ni makan tu boleh makan 2 3 kali la sebab makanan banyak.. Kita tempah sendiri.. Ni klu candle light dinner kat hotel ke restoran ke faham2 je la banyak mana portion makanan dia kan.. Hahaha.. Untuk aku yang dah biasa makan 2 3 pinggan ni memang tak kenyang la.. Tapi kalau nak sweet2 plus bajet pon lebih boleh je tempah hotel ke restoran ke.. Atas selera masing2.. Bagi aku berbaloi lagi buat sendiri cuma renyah sikit la orang kedah cakap.. Sebab banyak bab kena pikir.. Hahaha.. 😂 😂 😂







Makanan kami tempah nasi arab mandy..

 Gambar nasi lupa tangkap gambar.. Hehehe.. Nasi dia banyak jugak portion dia.. Ayam dia pon sedap.. Lembut.. Kalau yang teringin boleh je makan walk in kat kedai dia ni.. Sedap wey nasi arab dia.. 


Aiskrim ni dalam pakej... Sedap.. Lebih kurang aiskrim fruit cocktail la.. 


Kek ni dia bagi banana crepe cake.. Kek dia sedap.. Sayangnya dia bagi satu slice je.. Klu dy bagi 2 slice ke 6 slice ke baru la puas hati sikit... 

Overall makanan dia sedap, tempat bersih.. Cuma tu la.. Harga je la kot.. Makanan bagi portion macam untuk sorang makan je.. Hahaha.. 😂 😂 😂 😂 



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Buah zuriat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku dah ttc hampir 3 tahun lebih dah.. memang rasanya macam baru lagi kan.. entah lah, macam-macam yang aku rasa.. sedih.. kecewa ni jangan cakap lah.. rasa macam dah parah dah...

boleh ikut ttc journey aku ni,...

Alhamdulillah kali ni mak mertua aku pon bantu aku juga.. mak dengan mak tih ada bagi buah zuriat,..

Buah zuriat ni agak keras lah... kalau rasa tak kuat, mintak tolong suami yang buatkan.. buah ni dari mekah mak kata.. ketuk sampai nampak isi dalam dia yang putih tu..

Ni bentuk buah zuriat

Mak mertua bagi 3 biji.. Bila mak mertua bagi macam ni... Menunjukkan mak mertua pon dok doa kami dapat anak segera.. Mak pon nak tolong aku bagi mengandung.. Terima kasih mak abah... Sikap mak abah tak ubah macam mak abah siti sendiri.. Cakap je nak makan apa.. Mak abah mertua layankan macam anak sendiri.. Ya Allah, Kau ampunilah doa kedua ibu bapa mertuaku dan bahagiakanlah mereka di dunia dan di syurga.. Aamiin.. 😭 😭

Tanya kawan aku yang pernah dapat buah zuriat ni.. Dia kata dia pernah dapat dari mak saudara dia pon bagi 3 biji ja.. Maybe syarat dia kot kena bagi dalam nom ganjil.. Ke kebetulan je.. Ermm.. Xtau lah... 


Ni selepas diketuk

Suami ketuk dengan lesung batu atas papan pemotong plastik.. Habis papan pemotong berlubang.. Hahaha.. 😂 😂 😂 😂 Nampak tak betapa kerasnya buah ni.. Lepas dah ketuk yang luar.. Dia ada lagi selapuk sabut kat dalam.. Yang dalam tu pon kena ketuk jugak.. Sampai nampak isi dia warna putih..

Ni gambar isi dia
Bekas sabut tepi2 dy tu better kikis dulu sebelum ketuk.. Sebab nya bila dah relai macam gambar ni serius susah nak kikis dah.. Ada org dia buang.. Tinggal yang putih saja.. Dah try buat dah xboleh wey.. Keras sangat kulit sabut dia tu.. So, lepas kikis tu.. Basuh elok2.. Selawat apa.. Lepas tu masukkan dalam periuk.. Aku guna air mineral dua botol.. Aku masakkan atas api.. Sampai kluar warna macam warna teh.. Pastu.. Isikan dalam botol balik.. Simpan dalam peti ais.. Dan minum 2 kali sehari untuk suami dan isteri..

Ni dah minum 2 hari.. Ada lagi sebotol.. So klu 1.5liter air tu untuk 2 hari la..untuk suami isteri.. Kira 4 cawan lebih la satu botol

Kawan aku cakap nak mudah.. Bubuh air dalam water kettle yang elektrik tu.. Ikut jenis kettle banyak mana air.. Lepas tu tunggu dia mendidih terus.. Angkat jela minum.. 

Ikut lah cara masing2.. Yang penting kita ikhtiar dulu.. Tawakal kemudian.. 

Boleh rebus ulang2 sampai warna tu jernih.. Boleh buang dah la buah ni.. Guna buah zuriat baru pulak.. Ulang proses yang sama.. Rasa dia macam teh kelat tak de gula.. Biasa lah.. Benda nak buat ubat kan.. Kita try je la walaupun tak lalu.. Mana tau kot2 menjadi.. 

Aku pon sekarang dah redha... Ada rezeki anak, ada.. Tak de rezeki nak buat macam mana, mungkin rezeki kat benda lain.. 

Korang tolong doakan kami suami isteri ye.. Suami kata dia nak anak ramai yang soleh dan solehah yang dapat bantu kami suami isteri masuk ke syurga Allah.. In shaa Allah.. .. Semoga Allah makbulkan doa suamiku.. Aamiin.. 



 lepas tu, kikis sabut luar dia tu..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Anniversary day

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Pimpinlah daku ke syurga Allah








Walaupun terlepas dah seminggu lebih, tetap jugak nak ucap Happy Anniversary, my lovely husband... Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kita dah 3 tahun lebih bersama melayari bahtera cinta. Banyak suka dan duka yang telah kita lalui bersama.. dah banyak benda kita dah boleh adapt bersama walaupun banyak benda yang tak tahu lagi pasal diri masing-masing. Daripada dulu masa bertunang asyik bergaduh je sebab cemburu.. sekarang bila dah kahwin ni dah jarang dah nak marah-marah suami.. sebab dok pikir banyak lagi kebaikan yang suami dah buat berbanding kesalahan yang suami buat walaupun sebesar zarah..

sayang, orang marah bukan sebab tak sayang tapi sebab terlebih sayang lah sayang tegur abang ni.. In shaa Allah orang akan pelan-pelan untuk belajar mengenali diri abang.. maaflah kalau selama orang jadi isteri abang, banyak kesalahan yang sayang lakukan.. harap abang maafkan dan halalkan segala makan minum pakai orang yang abang dah invest selama ni.. semua hasil titik peluh abang tu sayang amat hargai.. walaupun abang jarang tegur salah sayang, tapi sayang tahu abang tak nak sayang terguris hati kan.. biasalah perempuan mudah merajuk..

abang, mintak maaf jugak sebab belum boleh bagi zuriat lagi.. please jangan jadikan anak sebagai penyebab abang nak kahwin lain ke apa ke... sayang tak rela.. abang tahu kan betapa sayang bersungguh-sungguh usaha untuk dapat anak.. sayang sanggup buat apa saja demi zuriat abang.. cuma Allah belum bagi rezeki tu lagi untuk kita mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku ni abang.. kadang-kadang sayang dah fed up dah nak jadi kuat.. tangisan ni dah jadi rakan karib dah.. tak de siapa yang faham..

sambutan ulangtahun kali ni paling best sebab boleh balik kampung dan ziarah kubur mak abah.,,, terima kasih abang sudi bawa ke kubur mak abah.. rindu kat arwah tak terkata.. Allah je tahu rasanya kehilangan orang tersayang.. Ya Allah , kau lapangkan lah kubur kedua ibubapaku, terangilah kubur mereka dan jauhilah kubur mereka dari binatang liar.. Ya Allah, kau masukkanlah kedua ibu bapa ku ke dalam syurga tanpa hisab..Aamiin.. Al-fatihah..aamiin..

mak mertua pon banyak membantu, sayang faham, mak dengan abah mestilah nak tengok zuriat abang sebelum tutup mata.. tapi apakan daya.. Allah yang berkehendakkan atas sesuatu yang berlaku.. sayang redha..

semoga ada rezeki untuk kita kali ni.. Ya Allah , kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah , yang bijaksana dan membantu agamamu di dunia dan akhirat kelak.. janganlah kau biarkan kami sunyi tanpa zuriat kami sebelum kami meninggal dunia ya Allah...Aamiin..

tak nak cakap panjang, cuma nak ucap, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke -3, Abang..
Sayang abang sepenuh hati sayang kerana Allah taala..

Semoga perkahwinan ini berkekalan sampai ke syurga Allah even bila kita dah meninggal sayang nak jadi bidadari abang.. jangan pilih orang lain ye.. sayang abang sangat..

Tahun ni tak sambut sangat pon sebab balik kampung.. Tapi tu pon hadiah anniversary jugak untuk aku. Dapat balik tengok family tercinta..



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Birthday celebration and anniversary in advance

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Simpan sini buat kenangan..

Selamat hari lahir suami..
11.06.2020

Happy anniversary in advance my love..

30.06.2017 tarikh ni sebenarnya ada bnyak sebab kenapa ayang pilih utk akad nikah kita.. Biarlah sampai mati menjadi rahsia.

Semoga Allah berikan abg kebahagiaan, kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah di dunia dan di syurga.. Aamiin..

Abg, mintak maaf kalau ada kurang apa2 sepanjang kita kahwin.. Maafkan ayang xmampu jadi isteri seperfect yg abg nak.. Abg tahu kan ayang cuba dan tgh usaha utk jdi yg terbaik utk abg..

Jangan pernah jadikan anak sebagai alasan utk kita berpisah ya ..
Semoga Allah tetapkan hati abg utk ayang sampai syurga..Aamiin..

Tq kat akak baskin robbins Aeon mall kota bharu yg sanggup custom made kek ni selama sejam.. Servis mmg terbaik + kek tu memang sedap gila kot.. Aiskrim dia memang padu beb.. Aku tanya kat baskin robbins KB mall tu.. Tapi dia mcm xnak layan aku... Seolah2 mcm aku ni xde duit sgt nak beli.. Mmg low la bg aku servis depa.. Yg Aeon Mall ni mmg terbaik la.. Daripada aku call smpai aku pergi kedai.. Mmg layan terbaik punya.. Rasa mcm nak bg tips je kat akak yg tlg buat kek tu.. Sebab dy baik sgt.. Semoga Allah murahkan hidup dy.. Aamiin..

Beli kek ni dapat murah jugak.. Discount rm5.. Harga kek dalam rm125.. Jadi kena bayar rm120 je la.. Ok lah kan.. Kek pon sedap.. Aiskrim kot.. Hehehe..










Tq jugak kat Restoran Sue Tomyam yg sudi delivery makanan walaupun cari rumah tak jumpa.. Sedap sgt mkanan dy.. Pelepas rindu dah 3 bulan xmkn su tomyam.. Semoga Allah murahkan rezeki restoran su tomyam tu.. Aamiin..






Tq jugak kat kwn hubby sebab sudi tlg utk merealisasikan surprise ni.. Maaf sebab menyusahkan ye.. Semoga Allah murahkan rezeki yg menolong tu.. Aamiin..

#iloveyoutilljannah
#suamikusyurgaku

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Happy Anniversary The Chicken Rice Shop

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Happy Anniversary The Chicken Rice Shop..

Sempena Anniversary diorang ada buat promosi untuk nasi ayam tu..



Sebelum ni pernah makan dah.. memang sedap nasi diorang.. memang banyak kali dah try makan kat sini..

Paling best sebab nasi diorang ni lembut dan sedap lebih kurang macam nasi kfc la jugak. nasi kfc pon kalau makan tu..errmmm.. memang tak jemu la.. aku suka sangat yang set curry lava bowl dengan set kari atuk tu.. dia punya kari pergghh.. sedap wey.. rindu sangat.. sekarang tak de dah.. staf dia kata dia limited time only.. so sad.. hihihi..

Okay, berbalik kepada kedai nasi ayam ni.. ha, memang sedap wey.. ayam roasted dy sedap.. tapi tu la, masa kami pergi ni ayam roasted dia dah habis.. sob sob sob..

Untuk promotion ni, kami dapat 3 mangkuk nasi, 3 mangkuk sup, ayam steam dengan ayam kicap 3/4, sayur tai pak choy, air 3 gelas.. okay la kan.. makan dua orang memang puas sangat.




Makanan dia sedap-sedap.. lepas tu kami ada tambah side menu.. chicken dumpling.. mula-mula pesan yang prawn wanton.. tapi dah habis dah yang tu.. sebab kami pergi pon dah lewat sangat dah.. lagi sejam nak tutup kedai,.. hahaha.. dok meralit.. tak tahu makan mana.. last-last decide makan kat sini je sebab nampak banner promotion yang sebesar alam tu.. hahahaha..

Don't worry makanan kat sini sedap-sedap.. cuma kalau jenis yang tak minat dumpling berkuah tu.. jangan try ambik..takut tak lalu makan.. ada ja dumpling yang biasa.. isi dumpling tu dah sedap..

selamat mencuba.. :)



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday 20 June 2020

Kecantikan dapat membina keberanian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua.. Kita mungkin tak rasa keberanian ni sebenarnya lahir dari diri kita sendiri bukan atas pengaruh orang lain.. Bukan atas paksaan terhadap diri kita..

 Aku sendiri pon ada masalah dengan keberanian ni.. Aku dilahirkan dalam keadaan elok apa asalnya.. Oleh kerana aku mengalami demam panas yang lama dengan kuning badan yang tinggi.. Menyebabkan aku jadi tarik @sawan tangis.. Mata aku lari dari kedudukan sebenarnya pada mata di sebelah kiri.. Ada orang panggil sebagai juling.. Sekarang ni aku dah tak malu untuk mengakuinya.. Sebab aku dah redha apa yang Allah dah berikan pada aku..

Aku pon tak tahu kenapa mata aku jadi macam tu.. Mybe disebabkan aku asyik menangis sebab sakit atau apa tu tak pasti.. Ni mak aku cakap la.. Klu Orang sekarang akan cakap baby high demand jugak la... Aku menangis hampir setiap hari mak cakap sampai umur setahun lebih.. Disebabkan tu, mak aku masih lagi tak de keyakinan untuk ada anak ke4 sampai la umur aku dah 6 tahun, barulah mak tanya aku.. Nak adik tak.. Hahaha.. Kesian mak aku.. Mesti trauma sebab aku.. Maafkan anak mu ini.. Tak mintak jadi sedemikian..

Masa kecil mak aku selalu tanya mata belah kiri boleh nampak tak.. Aku cakap boleh lagi sebab ingat tak nak pakai spek.. Mak sebenarnya ajak buat spek lama dah.. Tapi aku yang tak nak.. Aku boleh nampak belah kanan je sebenarnya.. Kira selama aku hidup ni aku tanya guna belah kanan ja.. Mujurlah belah kanan tak pernah mengeluh untuk berkhidmat kat tuan dia.. Hehehehe.. Tq Allah.. Aku check baru-baru ni.. Power belah kiri dalam 4**, belah kanan 2**.. Then kedai spek tu nasihatkan aku untuk pakai power yang sama untuk kedua-dua belah mata iaitu power 2** tu.. So, smpai sekarang follow yang tu je.. Alhamdulillah okey..

Aku lost confidence start dari sekolah rendah lagi.. Sebab kawan-kawan selalu ejek aku ni juling.. Menangis dengan diri aku dah jadi macam kawan akrab dah.. Hari-hari menangis.. Please wey.. Yang mana ada kawan-kawan yang exactly jadi macam aku ni.. Please don't let them down.. I can feel them.. Rasa down sangat sampai nak pergi sekolah pon malas..

Masuk je sekolah menengah, even masa tu tak ramai yang perangai kebudak-budakkan.. Tapi ada jugak still yang mentality lemah terhadap orang macam aku ni.. Satu hari, asrama kami baru je tukar tukang masak dewan asrama.. Then pagi tu, aku pergi la ambik makanan macam biasa.. Then abang dewan makan tu tegur.. " kenapa hang ambik makanan tapi mata hang tengok kat atas sebelah lagi tu?" Aku kata dalam hati aku, jangan sampai keturunan hang semua jadi macam aku.. Geram wey.. Malu pon ada.. Kawan-kawan pakat dok beratur ambik makanan masa tu.. lepas aku ambik makanan tu, aku tak leh nak jamah makanan wey.. Aku tak makan pon tak lalu.. Nak pergi sekolah pon tak de mood.. Menangis aku.. Mujur ada sahabat baik aku tolong pujukkan.. Aku tak mintak pon wey jadi macam ni.. 😔 😢

Ada suatu hari tu, aku kat kelas pendidikan islam.. Meja aku agak di depan kira bertentangan dengan ustaz yang mengajar lah kiranya.. Masa tu ustaz suruh baca ayat Al Quran dalam textbooks tu.. Lepas aku habis baca ustaz tanya aku benda yang sama jugak.. Kenapa aku baca mata tengok kot atas sebelah lagi? Aku terus keluar dari kelas.. Berlari ke toilet.. Dan menangis kat sana.. Dalam hati aku, aku tak sengaja mendoakan ustaz tu akan dapat anak macam aku.. Masa tu ustaz tu tak kahwin lagi.. Lepas setahun tu, ustaz tu kahwin.. Anak pertama dia aku perasan jadi macam aku.. Maybe sebab doa orang yang teraniaya kan.. Aku tak sengaja doa macam tu masa tu sebab aku terlalu marah dan sedih sangat.. Hampa takkan rasa wey apa yang aku rasa.. Aku malu sangat masa tu.. Satu kelas dengar ustaz tu tanya wey.. Dah la masa tu crush aku (sekarang dah jadi husband aku dah) ada masa tu..  Malu wey..

Walaupun depa tak buli aku secara fizikal.. Tapi mentally aku memang mudah down wey.. Aku dibuli.. 😢

Ada banyak lagi pengalaman aku yang memalukan aku dan mendownkan aku.. 😢 Tapi biarlah aku tak nak ingat dah.. Cukup lah setakat tu.. Aku rasa macam nak bunuh diri. Marahkan Allah sebab pilih aku hidup... Nak pergi interview pon tak de confident langsung tau tak..

Apa-apa pon terima kasih kat husband aku sebab sudi bersama aku suka dan duka.. Aku ingat husband aku masa sekolah suka-suka je dengan aku.. Just nak cari orang untuk couple.. Tapi Alhamdulillah dia sanggup bersama aku sampai lah kami ke jinjang pelamin ni.. Dia sanggup pilih aku yang serba kekurangan ni.. Sebab tu aku jatuh cinta yang mendalam dengan suami aku ni.. Tak tahu kalau laki lain sanggup tak terima aku macam mana suami aku buat.. Terima kasih cinta.. Allah je yang dapat berikan apa yang abang nak.. Semoga cinta kita ni bersatu sampai syurga..

Then, Habis je sekolah aku mulakan hidup baru dengan menguatkan diri untuk berdepan dengan masyarakat luar.. Aku beli baju-baju baru dan cantik.. Aku dah start pakai mekap..

Hey, siapa cakap cantik tak penting???

Percaya atau tak dengan mencantikkan diri aku dengan mekap la mampu memberikan aku semangat baru.. Bukan maksudnya kena mekap lebih-lebih.. Takkk... Mekap ala kadar tak pe.. Janji nampak manis di mata.. Bila kita tengok cermin tu.. Kita akan yakinkan diri kita dengan cakap.. Cantik jugak aku ni.. Biarlah dimata orang lain tak cantik pon.. Tau tak, dengan bagi semangat macam ni la.. Aku mampu tersenyum dan berdiri pertahankan diri ku.. Hari-hari aku bagi kata semangat kat diri aku.. Susah tau untuk bina keyakinan ni.. Kadang-kadang aku down jugak.. Tapi aku cuba positif kan diri..

Nah aku bagi korang lagu ni...

Lagu selena gomez - who says..

Who says you're not star potential?
Who says you're not presidential?
Who says you can't be in movies?
Listen to me, listen to me
Who says you don't pass the test?
Who says you can't be the best?
Who said, who said?
Would you tell me who said that?
Yeah, who said?

Who says, who says you're not perfect? (yeah)
Who says you're not worth it? (yeah yeah)
Who says you're the only one that's hurtin'? (oh)
Trust me, that's the price of beauty (hey yeah, beauty)
Who says you're not pretty? (who said?)
Who says you're not beautiful? (I'm just beautiful me)
Who says?

So, sesiapa yang ada kecacatan luar atau dalaman.. Jangan lah down.. Kita kena cari sesuatu yang akan membanggakan diri kita sendiri atau sesuatu yang dapat menaikkan semangat kita.. Jangan terus tenggelam dalam perasaan down tu.. Aku jugak pernah rasa..

Kalau terus rasa down, cari sesuatu yang dapat membahagiakan kita, contohnya makan makanan kegemaran kita ke.. Macam aku suka makan kek atau aiskrim.. So, aku buat yang tu dulu.. Then baru bina balik keyakinan aku.. Tak pon, kena cari seseorang yang dipercayai dan boleh berkongsi masalah.. Luahkan jangan pendam.. Please don't keep any secret that will makes you down.. Kalau tak, yang tu yang akan makan diri kita sendiri..

So, please if something happens to you or something that let you down, buat lah macam aku cakap kat atas tu.. Sayangi diri anda.. Jangan sampai kita buat sesuatu yang melanggar syariat islam.. Nanti tak dapat apa-apa pon.. Ni je la untuk kali ni.. Aku cerita ni untuk kebaikan semua.. Tq sudi baca cerita aku.. Sayang semua.. 😍

Nah lagi satu lagu lagi..

Justin bieber - intention

When I create, you're my muse
The kind of smile that makes the news
Can't nobody throw shade on your name in these streets
Triple threat, you a boss, you a bae, you a beast
You make it easy to choose
You got a mean touch I can't refuse

Picture-perfect, you don't need no filter
Gorgeous, make 'em drop dead, you a killer
Shower you with all my attention
Yeah, these are my only intentions

Stay in the kitchen, cooking up, cut your own bread
Heart full of equity, you're an asset
Make sure that you don't need no mentions
Yeah, these are my only intentions

Already passed, you don't need no approval
Good everywhere, don't worry 'bout no refusal
Second to none, you got the upper hand now
Don't need a sponsor, no, you're the brand now

You're my rock, my Colorado
Got that ring, just like Toronto
Love you now, a little more tomorrow
That's how I feel
Act like you know that you are



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 19 June 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (8)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan dari entry sebelum-sebelum ni....

Lepas habis je buat HSG tu aku kena tunggu result doc. so, next appointment bulan 3 pulak.
Sebelum tunggu result tu, suami aku antar sample semen ke makmal untuk check sebelah suami aku jugak sebab doc cakap kena check dua-dua sebelum buat iui. result tu akan dapat masa appointment sekali dengan aku jugak nanti.

11 March 2020 - kami ke HUSM sekali lagi untuk dapatkan result HSG dengan Semen test hari tu.,, hari ni jumpa pakar O&G  terus sebab aku nak kena deal pasal iui treatment.. doc cakap semen suami aku ok.. normal.. rahim aku pon normal .. tak de blocking.. dan doc check ultrasound.. doc tunjuk rahim semua cantik.. xde cyst.. cuma ada pcos ja.. so, dia memang cadangkan  buat iui.. so, kami pon proceed ja.. memandangkan itu yang terbaik. doc cakap dia akan monitor period selama 4 bulan.. lepas tu, makan clomid dan teruskan untuk process iui. berdebar la pulak dengar. lepas tu, doc ada bagi suggestion ubat apa yang perlu diambil sebelum memulakan rawatan iui ni yang dijangka akan buat masa bulan Jun 2020 ni.. tarikhnya tak tetap lagi sebab nak tunggu period aku masa bulan 6 nnti.

ni antara suggestion yang doc bagi kat kami..




sebelum kami balik, doc suruh aku ambik darah untuk serum testosterone test... mybe sebab doc tengok result untuk level progesteron aku sedikit ja maksudnya bukan tahap normal la .... rendah lagi dari tu. =(

memang lah senangkan untuk doc bagitau suruh diet itu ini sebab hanya perlu nasihat je kan.. kita sebagai tuan punya badan ni lah yang susah nak maintain bab diet ni.. memang susah sangat.. aku pun faham, kalau berat badan dah okey, bmi pon dah cantik nanti period pon akan comey.. secara saintifiknya ada betulnya apa yang doc cakap tu sebab yela, benda berkaitan hormon kan mestilah kena maintain dalaman badan dulu..

Aku ni bukan tak cuba untuk kurus.. puasa berhari-hari sampai nak lembik badan.. sehari makan satu senduk je nasi.. memang siksaan.. nak makan lebih takut gemuk, nak tinggalkan nasi takut gastrik ke pitam ke.. aku admit memang aku jenis kuat makan, so aku tak boleh nak tinggalkan nasi secara drastik untuk buat diet atkin tu sebab aku tahu badan aku macam mana.. aku try jugak workout dengan set treadmil aku tu.. bertahan lah sehari dua.. bila badan dah letih, otak pon letih.. mudah jadi lemau time bekerja.. tu yang aku jadi risau tu.. mungkin sebab masa tu aku terlalu drastik sangat nak kurus sampai hari-hari workout. memang menyeksakan. turun pon tak banyak dalam 1- 2 kg je.. sedih tau..

orang lain cakap memang senang, kita nak buat tu yang susah.. best friend aku sendiri pon dok tanya aku macam mana nak kurus sebab dia kata boyfriend dia suruh dia kurus barulah nak masuk meminang.. aku tahu macam mana struggle nya aku untuk nak kurus dan macam mana sakitnya hati bila kau dah diet apa semua tapi berat tak pernah berkurang.. kau rasa???

aku kesian jugak dekat sahabat aku tu sampai hati boyfriend dia suruh dia diet sampai macam tu. kalau dia tahu diet ni tak semudah makan kacang mesti dia akan lebih prihatin... susah wey nak jaga hati orang yang kita dah sayang.. aku sampaikan tak tahu nak nasihat apa lagi kat sahabat aku... bagi aku lah, syarat untuk kurus kalau nak kahwin tu melampau sangat.. maybe ada kebaikan nya untuk sahabat aku tu dari segi kesihatan dan dalaman wanita dia tu.. tapi menjadikannya syarat untuk kahwin macam tak sesuai.. sebab lepas kahwin pon still boleh diet.. tapi kalau betul2 komited la.. kalau hangat-hangat tahi ayam macam aku ni..hahaha.. sendiri faham lah.. hahaha.. serious wey susahhhhhh... macam mana ek korang buat bagi kurus... ce cite pengalaman sikit.. meh bisik meh.. hahahaha...

11 May 2020 - masuk hari ni dah 2 bulan dah makan provera.. alhamdulillah.. makan je provera ada la period.. kalau tak memang susah nak ada period ni. tapi memang fungsi dia macam tu pon. bulan ni habis je makan provera tu.. actually ni papan terakhir yang doc bagi sebelum pergi repeat ubat kat husm. aku masih berharap kalau-kalau aku pregnant, so aku mintak izin suami aku untuk stop dulu ubat provera ni.. sebab aku nak cuba untuk pregnant cycle kali ni,.. memang ttc sungguh-sungguh bulan ni.. period baru je bulan mei ni aku terus start kira waktu subur .. memang aku study habis la untuk ttc kali ni.. kalau korang nak lebih info boleh tengok kat laman web doc yang bertauliah.. ni salah satunya...sekarang ni dah canggih, semua dihujung jari je,..

Nak tahu apa yang aku buat untuk check waktu subur dan prepare untuk hari ovulation untuk orang yang irregular period macam aku ni.. Jumpa next entry tau pasal ttc aku ni.. Tq sebab sudi baca ttc journey aku ni.. Sayang semua.. ☺ 😘


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~