Wednesday, 30 November 2016

5 perkara penting dalam memilih pasangan hidup.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
🎵🎵 🎤 Carilah pasangan hidup betul-betul..
Bahagia bersemi..
Rumah tangga akan harmoni.. 🎤🎵🎵
Checklist :
1. Sekufu ke?

Kufu atau kafa'ah adalah suatu darjat atau kemuliaan yang jika tiada pada calon pemuda kemuliaan tersebut, maka jatuh darjat si isteri.. Maksudnya kalau tak sekufu, boleh hilang rasa kehormatan atau kemuliaan antara pasangan tersebut.

Kufu ini dinilai dari segi agamanya.. Sekiranya agama kedua pasangan ini sama, jadi keduanya mudah memahami antara satu sama lain.. Berbanding berlainan agama. Kalau kita pilih seseorang yang jaga agama, jadi mudahlah untuk kita berkongsi kelebihan berpahala dalam rumah tangga kerana masing-masing faham tentang tanggungjawab masing-masing. Benda ni paling penting sekali, sebab apa? Takkan kita sebagai isteri nak mengajar suami tentang agama.. Mungkin ada yang boleh.. Tapi seperti yang kita tau lelaki ni ada ego nya.. Susah untuk kita membentuk mereka melainkan dengan rela hati mereka sendiri.. Kadang-kadang sampai nak kejut solat pon payah. Jadi kita kena juga main peranan..macam mana lah kita nak kawin berlainan agama.. Fikirkanlah..

Keduanya, kufu juga dinilai dari segi keturunannya sama ada dia dari keturunan raja atau keturunan rasul atau keturunan biasa ..

Ketiganya, kufu itu dinilai dengan iffah atau sikap seseorang yang menjaga diri daripada maksiat.. Hal ini bagi menjaga keturunan dan diri daripada penyakit. Kalau tak kisah si dia dah ada hiv, tapi tetap nak kahwin jugak tak mengapa lah.. Tapi ingatlah risiko amat tinggi terhadap diri dan anak kita. Tapi tak salah kalau nak bagi peluang kedua untuk si dia.. Mana tau Allah tunjukkan keajaiban. Who knows...

Keempat, kufu dinilai dalam pekerjaan kerana kerjaya menjadi titik keharmonian rumahtangga.. Sekiranya tidak sehaluan boleh menimbulkan perselisihan faham tentang kerja dan gaji masing-masing. Ada setengah laki , depa jenis kisah kalau kahwin dengan wanita yang lebih berpangkat berbanding mereka.. Jadi elakkan dari berlaku perkara tak diingini selepas berkahwin.. Tapi kalau hati tak kisah dan dah suka, kahwin je la..

Kelima, kufu dilihat dalam status seseorang sama ada dia seorang yang merdeka atau hamba sahaya.. Untuk point ni banyak dilihat masa zaman dulu-dulu, sekarang dah tak de dah hamba hasil tawanan perang ni..


2. Keluarga redha ke?

Imam al-syafii berkata, " Apabila seorang ayah menikahkan anak perempuannya secara paksa maka di syaratkan hendaklah ia menikahkannya dengan lelaki yang sekufu. namun apabila anaknya redha dijodohkan dengan lelaki yang tidak sekufu maka pernikahannya sah."

Maksudnya.. Ciri-ciri pemilihan calon kat atas tak semestinya kena ikut 100% cuma , kalau ada tu bonus, kalau tak dak tapi kedua-dua pasangan redha tak menjadi masalah la.. So, jangan lah risau sangat ye.. Janji ampa kahwin ye.. Halalkan hati yang kau curi.. Ceh.. Hahaha..
3. Ada potensi cerai ke tak lepas kahwin?
Ha.. Ni la pentingnya sekufu ke tak, sebenarnya syarat yang diberi untuk pilih pasangan ni bukanlah terlalu ketat tapi sebagai tanda aras supaya kita tak memilih orang yang salah untuk berkahwin.. Orang tua-tua cakap kawan biar beribu, kahwin biar satu.. Biar lah potensi cerai tu kurang atau sifar.. Benda paling penting toleransi dan saling memahami.. Jangan susah hati, lepas kahwin kita akan kenal lebih mendalam siapa sebenarnya pasangan kita.. Cuba terima baik buruk pasangan kita..
4. Majlis kahwin tu bersederhana atau berlebihan?
Pada pendapat saya, better kita kahwin tu bersederhana sebab dapat elakkan diri kita membazir dan berhutang.. Majlis perkahwinan saya sendiri pon banyak benda saya buat sendiri saja terutama majlis nikah saya. Alhamdulillah semua dah selesai dengan baik.. Saya pon dah nak masuk setahun berkahwin bulan depan. Masih setahun jagung.. Rezeki anak pon belum sampai..in shaa Allah harap-harap tahun depan bertiga lah kami.. Aamiin..
5. Kejujuran tentang hutang piutang sebelum berkahwin?

Benda paling penting sebelum berkahwin, kena berkongsi apa sahaja hutang yang kita telah lakukan terutamanya tentang hutang pembelajaran ke hutang perkahwinan ke hutang perumahan atau kenderaan supaya kita tidak bergaduh dengan pasangan kita di kemudian hari.


Harap tips ni sedikit sebanyak dapat bantu semua bakal pengantin.. Buat lah pilihan yang tepat supaya kita tak menyesal di kemudian hari.. Bincang dengan ibu bapa dan perkenalkan pasangan impian kita kepada ibubapa kita.. Tanya pendapat mereka dan buatlah solat hajat serta doakan yang terbaik untuk diri kita. Barulah kita buat pilihan yang terbaik.

Kita adalah siapa diri kita.. Jangan risau ye..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: