Friday, 18 May 2018

Pakaian ke pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pemakaian ke pejabat atau tempat pekerjaan yang formal.. Memerlukan kita bergaya bersederhana tanpa berlebihan..

Antara tips yang boleh diberikan bagi yang baru memulakan hari dalam alam pekerjaan :-

1. Maksimum rona warna adalah 3 warna yang lembut atau sedikit gelap..dan bukannya warna yang menonjol.

2. Pilihan warna yang sesuai  adalah seperti rona hitam, coklat, kelabu, biru tua ataupun krim. Warna-warna pastel juga merupakan warna yang sesuai.. Misalnya merah jambu atau biru muda.. Yang pastinya, hindari warna putih polos.

3. Tidak memilih  pakaian yang mengikut bentuk badan.. Boleh juga mengenakan baju dengan skirt labuh atau memakai pakaian tradisional seperti baju kurung sekiranya tidak mahu memakai pakaian seperti kemeja bersama blazer dan seluar slek.

4. Mengelakkan dari memilih pakaian yang bermotif atau bercorak keterlaluan.
5. Pilihlah pakaian yang polos bersama rona tegas bagi menampakkan diri seseorang lebih profesional.

6. Sebenarnya, blazer tidak sesuai digayakan bersama baju kurung kerana baju kurung sudah menampakkan impak profesional pada diri seseorang. Malah baju kurung juga lebih sesuai untuk dipakai ketika menghadiri sesi temuduga.. Nampak manis gitu.

7. Pemilihan aksesori yang tepat dan kasut yang bersesuaian menjamin keyakinan diri dan tampak lebih sempurna. Kasut yang sesuai adalah berjenis 'pump shoes' .

8. Pemakaian stokin amat penting bagi menampakkan kekemasan diri seseorang. Warna stokin yang sesuai seperti warna kulit atau warna hitam atau gelap.

9. Yang penting sekali, keyakinan diri dan buatlah pemilihan sendiri supaya nampak lebih segar dan bersemangat untuk bekerja..
Selamat menempuh alam pekerjaan dari hakak yang dah lama menceburi bidang kerja ni..

Yang paling, ajar diri untuk cepat belajar sesuatu perkara dan cuba sesuaikan diri dalam alam pekerjaan..

Salam sayang dari si mawar merah jambu. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: