Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sambungan dari entry sebelum ni.

Masa bulan 4, 29hb masa birthday aku , kami ada pergi honeymoon kat terengganu. 

Sebelum kami pergi honeymoon tu, kucing ciki aku tu dah sarat gila mengandung dan nak bersalin dah.. Aku cakap kat ciki.. " sayang jangan bersalin lagi tau.. tunggu ummi balik baru bersalin tau..".. Aku usap-usap perut dia.. aku kata.. " ummi nak pergi honeymoon ni.. nanti doakan ummi dapat baby mcm sayang ye.. ummi pon nak mengandung jugak.." sambil aku menitis kan air mata dengan air hidung.. hehehe.. sedih wey masa ni..lepas tu terus angkut barang masuk dalam keta.. 




thanks pulau duyong marina resort


Lepas je balik honeymoon tu memang mood aku down sangat-sangat. Rasa macam nak marah je semua benda.. Seminggu jugak jadi macam tu.. 06/05/2019 tu start puasa aku dah start tak bermaya sangat dah tapi aku boleh lagi tahan.  Seterusnya, aku tak boleh tidur dan aku bangun buat solat tahajud dengan solat hajat. Aku nangis-nangis minta dengan Allah supaya bagi kami anak yang soleh dan solehah.. masa sahur tu tengok-tengok ciki dah bersalin.. anak dy 5 ekor.. mati dua ekor.. tinggallah yang ada dengan aku sampai sekarang 3 ekor.. mak diorang ni xtahu dah pergi mana sekarang.. hari tu dia lari dari rumah..

19/05/2019 tu yang ni memang kritikal dah... Balik kerja tu memang tak bercakap sangat dengan suami aku. Rasa tak de mood.Banyak diam dan aku sendiri tak de mood nak masak macam selalunya. Tak tau la nak cakap macam mana.. lain maciam tau tak rasa dia. Tapi aku tak sedar lagi perubahan diri aku. Time tu suami aku kerja malam..

20/05/2019, so masa sahur tu aku sahur sorang-sorang la kiranya. Bangun nak sahur tu kepala aku berpusing-pusing macam duduk atas boat. Aku nak bangun tak boleh. Lepas tu terduduk balik.. aku tergerak hati nak check UPT. Macam tak percaya. I’m pregnant!!!  Yeah..ni yang aku tunggu-tunggu.. 

sampai 4 kali test, punya lah tak percaya

masa ni, aku tak bagitau lagi suami aku sebab ingat nak buat surprise. Aku tanya kak aku dulu sebab aku terkejut dan tak percaya. Aku terus pergi klinik 1 Malaysia yang ada depan rumah aku ni. Ketar-ketar tunjuk UPT tu dekat nurse tu sebab perasaan excited campur dengan terkejut. Dia tgk aku ketar pelik..

Nurse tu tanya, “ adik dah kahwin ka?”

“ ya dah kahwin.. tapi sya macam tak percaya sebab pregnant. Lama dah tunggu nak naik double line ni.”

Nurse tu gelak. Lpas tu dia cakap, “ adik, sini tak amik untuk yang baru nak bukak buku pink. Kena pergi klinik kesihatan dik. Sini kalau adik nak buat check up bolehla.”

“ ha, ok kak.. terima kasih kak.”

Aku terus ke klinik kesihatan kubang kerian. Sampai je sana untuk kes pesakit luar, nurse suruh buat test UPT. Lepas tu, dapat result memang positif. Nurse tanya nak buka buku pink terus ke. Aku ingat nak tunggu suami aku. So aku tak buat lagi hari tu.

21/5/2019 tu suami aku balik kerja pagi tu, aku tak bagitau lagi sebab tak sempat nak bagitau.. time tu aku pulak kerja petang. Dekat tempat kerja memang aku jaga betul la.. anak first la katakan.. jalan pon slow-slow ja.. tapi masa nak duduk tu rasa macam senak sikit bahagian bawah perut dan rasa sakit belakang pinggang ..Balik kerja malam tu, semangat bagitau suami..

“ hubby, org ada something nak bagitau ni.” Dengan mata bersinar-sinar.. hahaha...

“ ha, bagitau la ada apa.”

“ org pregnant!”

“ eh, yaka ni.. betul ke ni?”

Lepas tunjuk bukti kat suami aku tu.

ni result kat klinik kesihatan kubang kerian


“ alhamdulillah, terima kasih ayang.” Suami ku nampak happy sangat.

“ ada benda lagi nak bagitau, tapi org dok sakit kat belakang pinggang dengan bawah perut. Normal ka orang mengandung macam tu ka? Org risau la... sebab org ada kawan kena ectopic pregnancy. Dia kata dok sakit belakang pinggang juga.”

“ la yaka.. kita pergi jumpa doc la esok ye. Tapi esok hospital cuti umum. Kena pi bahagian kecemasan je la.”


“ ha okey.”

sambung lain kali pulak ye.. suami kite nak balik kerja dah ni. :p

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Popular posts from this blog

Cara nak guna pregnancy test clear blue (UPT)

Mataku coklat??

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon