Monday 11 March 2024

Ramadhan tiba.. 🥰🥰

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ahlan ya ramadhan...




Semoga di bulan penuh berkah ini, segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Ada 3 doa yang diamalkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib (كرم الله وجهه) menjelang Ramadan :

Ya Allah, berikanlah kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit. Aameen.

Ya Allah, berikan kepadaku kelapangan daripada kesibukan. Aameen.

Ya Allah, berikanlah bagiku cukup dengan sedikitnya tidur. Aameen.

Ramadan adalah waktu untuk bersyukur atas semua karunia yang Allah SWT berikan kepada kita.

Belajar untuk memohon maaf atas segala kesilapan diri dari orang lain dan belajar jugak untuk maafkan kesalahan orang lain terhadap kita ...

Untuk dewasa perlukan pengorbanan dan kematangan.. belajar lah untuk jadi lebih dewasa .. kerana kedewasaanlah yang membuatkan kita mampu untuk menghadapi segala ujian dan cabaran..

Belajarlah buat sesuatu untuk mengejar pahala dan syurga Allah.. buat meraih perhatian dan pandangan dari manusia..

Kita yang menentukan siapa diri kita... Kalau kita tak berubah siapa lagi akan bantu diri kita..

Jadi, ambillah peluang dan kesempatan bulan ramadhan yg bakal tiba dalam tempoh 24 jam lagi ni untuk kita baiki diri dan jadi lebih baik.. 

3 golongan yg didoakan celaka oleh Malaikat Jibril A.S dan diaminkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w iaitu....


Semoga kita masuk dalam bulan ramadhan untuk mencari keimanan dan keluar dari bulan ramadhan dengan penuh penghayatan dan keinsafan.. aamiin ya rabbal ala min..

Semoga bukan kita lah yg menjadi antara orang yang celaka itu.. mintak dijauhkan oleh Allah s.w.t..

Semoga bulan penuh berkah ini membawa kebahagiaan, keselamatan, dan kemakmuran bagi kita semua.



Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah.

Terima kasih semua kerana sudi blogwalking kat sini..

Semoga Allah menerima semua amal kita dan menganjarkan pahala kepada kita.. aamiin..

Jumpa lagi di next entry..

Papai..

Love u olllzzz..


No comments: