Assalamualaikum
dan Salam sejahtera.
Topik saya kali ini agak hangat.
Agaknya
lah kan, Mengapa saya katakan jodoh itu misteri???
Pada
pendapat saya, jodoh ini telah ditetapkan sejak kita dalam kandungan ibu kita
lagi. Selepas kita ditiupkan roh ke dalam jasad kita, Allah mula merencana
setiap detik perjalanan kita sebaik sahaja kita lahir ke dunia ini. Pernahkah
anda sedar bahawa sebenarnya suami anda
sekarang ini merupakan seseorang yang Allah telah amanahkan untuk menjaga diri
anda sejak anda masih bayi? Jadi kenapa perlu terburu-buru dalam mencari cinta?
Jodoh itu sudah pasti ada.Cuma takdir untuk kita bertemu jodoh kita itu sama
ada di dunia mahupun di syurga nanti kerana Allah s.w.t telah menyebutkan
sepotong ayat dalam Al-Quran yang bermaksud tiada
seorang bujang pun di dalam syurga. Dengan kata lain, semua orang akan
berkahwin juga Cuma takdir bagi setiap orang itu yang berbeza.
Saya
cuba memetik kata-kata Ustazah Fatimah Syarha penulis novel terhebat dan saya
selitkan di dalam hujah saya seterusnya untuk membolehkan semua yang membaca
ruangan ini faham. Eewah… mcm berdebat plak..hahahah…rindu nak berdebat lagi…
Baiklah,
saya teruskan…apabila seseorang itu terburu-buru mencari cinta, dia akan
menjadikannya stress bila dia dah beroleh cinta itu. Kenapa dia stress? Sebab..
dia buntu sama ada nak terus buat maksiat dengan layan mesej yang tak
berfaedah, cakap benda-benda yang tak perlu dan bermanja-manja, di tambah
dengan selalu video call ataupun nak kahwin cepat. Bila dah terlampau terdesak
untuk berkahwin di usia yang muda di saat ibubapa masih mengharapkan kasih
sayang anak-anak (ibubapa tidak membenarkan kahwin awal) , jadi ramai yang
mengambil jalan pintas dengan Kahwin Lari @ menjeratkan diri ke dalam maksiat dan
akhirnya membolehkan mereka berkahwin. Sebenarnya perjalanan mereka masih
panjang lagi dan sepatutnya apabila mereka bersabar,mereka akan diganjarkan
dengan lelaki yang lebih baik daripada yang mereka inginkan sebelum itu. Memang
kita boleh ubah takdir tapi kita tidak boleh ubah jodoh. Cuba kita lihat
pernikahan mereka yang berkahwin dengan cara di atas tidak akan kekal lama,
kerana mereka yang memaksa takdir untuk menerima jodoh mereka, akhirnya mereka
bercerai dan mereka bertemu cinta baru. Mungkin cinta baru yang Allah kurniakan
itu sebenarnya jodoh yang telah Allah tetapkan sejak dari kandungan. Jadi
bersabarlah… sabar itu sebenarnya sangat indah.
Sebagai
contoh, kisah seorang sahabat saya yang telah meninggal dunia seminggu sebelum
tarikh pernikahannya. (saya pernah cerita sebelum entry ni) ,… mungkin jodohnya
Allah telah tetapkan di Syurga dan mungkin juga tunangannya itu merupakan jodoh
untuk insan lain. Ada seorang sahabat saya cakap dia kalau boleh nak kahwin
sebelum meninggal dunia. Katanya lagi, kalau kahwin kat dunia lagi bagus sebab
kita sudah mencukupkan separuh daripada iman kita. Cuma perlu berusaha lebih
untuk nak mencukupkan separuh lagi semasa alam rumah tangga. Alhamdulillah
suatu niat yang sangat bagus, insyaAllah nanty Allah akan makbulkan doa
kita..teruskan berdoa ye sahabat ku.
Then, saya terfikir
betul juga, niatkan senjata orang mukmin… jadi, kalau betul-betul anda inginkan
cinta anda…jangan lupa untuk terus berdoa dan berusaha untuk persiapkan diri
untuk menjadi isteri..teringat nasihat Ustazah Fatimah Syarha, baca buku
tentang perkahwinan sekurang-kurangnya 50 buah buku..untuk memantapkan ilmu..
belajar memasak dan lain-lain..
kalau lelaki untuk jadi
suami, siapkan kertas kerja untuk menunjukkan rancangan jangka panjang dan
rancangan jangka pendek…berusaha untuk merealisasikan plan tersebut..bila dah
berkeyakinan dan dah jumpa calon.. jumpa jiran-jirannya untuk bertanyakan
tentang si dia… bertaaruf dulu…dengan si dia dan family nya..
janganlah mulakan
perhubungan dengan bercinta sebelum kahwin..kelak hilang kemanisan
cinta…bercinta selepas kahwin itu lebih utama…
ingat ye… jodoh itu
sangat misteri….tapi takdir itu sudah pasti…
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
No comments:
Post a Comment