Hai semua pembaca blog aku yang aku sayangi.. okay, kali ni aku nak ceritakan mengenai pengalaman aku kena covid time pregnant ni.. aku cerita balik ni tumpang dok ingat lagi apa yang jadi.. hehehe.. saja nak kongsi dengan semua orang terutamanya bagi mereka yang sedang mengandung pada ketika ini..
Kepada semua ibu yang sedang hamil, tolonglah jaga diri anda sebaik mungkin sebab kita ni ada membawa satu lagi nyawa dalam rahim kita.. jadi penting untuk kita berjaga-jaga setiap masa tambah-tambah dengan pandemik covid19 sekarang ni.. sebab virus ni kita tak nampak dengan mata kasar..
saranan aku, pakai lah pelitup muka dengan sempurna.. bila keluar ke tempat awam, pastikan kita sentiasa memakai hand sanitizer setiap kali keluar terutamanya melakukan transaksi pembayaran di kaunter-kaunter pasar raya.. jaga penjarakan sosial yang telah ditetapkan.. tidak bercakap dengan jarak dekat dengan orang lain..
okey, bab tu mestilah korang tau kan.. tapi kadang-kadang dah tahu pon ada orang buat tak tahu ja dengan sop time covid ni.. ramai yang merasakan covid ni palsu.. nak tau palsu ke tak... korang kena rasa sendiri macam mana rasanya kena covid ni.. nasib baik mungkin hanya terkena stage 1.. kalau nasib tak baik boleh kena yang teruk terus stage 5.. jangan cakap besar dan jangan cabar kuasa Allah.. better kita mencegah daripada merawat.. once u dah kena, penyembuhnya mcm susah la..
Berbalik kepada cerita aku.. masa aku dalam fasa terakhir trimester pertama dalam bulan 2 macam tu.. aku kena covid stage 2.. masa kena tu aku demam saja .. tinggi jugak bacaan dalam 39.7.. tapi tak de batuk atau selesema.. malam tu aku buat keje macam biasa sebagai seorang isteri... sediakan makan malam.. kemas rumah sikit-sikit.. siap saja makan tu.. aku makan awal sikit malam tu.. dalam pkul 8 malam macam tu.. lepas tu, naik atas bilik.. mandi apa semua.. lepas tu dah start badan jadi lembik sangat-sangat.. macam nak pitam macam tu.. naik je atas katil terus tertido.. aku terjaga masa suami masuk dalam bilik pukul 12 malam macam tu.. dia pegang badan aku.. katanya badan aku panas.. aku memang tak rasa macam demam pon.. cuma rasa tak larat yang teramat sangat.. sampai asyik menangis ja..sbb terlalu penat.. suami tanya, nak pergi hospital tak..aku masa tu tak rasa macam aku ni larat nak jalan.. jadi aku decide nak berehat dulu kat rumah..
tapi start dari pukul 3 pagi tu, aku dah mula rasa boleh angkat badan untuk bergerak.. terus ajak suami ke hospital..jadi kami ke hospital macam biasa lepas dah siap-siap tu.. (masa ni tak tahu lagi kena covid).. dah pergi bahagian kecemasan husm .. dengan suhu yang tinggi .. lepas tu depa detect nadi aku kuat degup.. di tanya macam-macam soalan bab covid.. tapi memang masa tu aku tak de plak kontek dengan siapa-siapa yang positif covid ni.. sebab nya aku ni pergi kerja, balik kerja,. tu je yang aku tahu.. jadi memang tak de jumpa sapa-sapa yang positif pon... tak tahu lah kalau-kalau dapat dari customer aku kan. then, demam aku kuat jugak.. sampai mengeletar duduk dalam zon kuning tu.. lepas tu doktor bagi aku panadol untuk kebahkan demam aku tu.. makan dua biji panadol lepas tu tak sempat nak tidur.. nurse mai cek ECG kat badan aku..untuk nak monitor jantung aku.. sebab kuatkan nadi masa bacaan kat bahagian saringan kecemasan tu.
ECG |
Lebih kurang macam gambar atas tu la.. tapi bukan mesin macam tu. lepas tu, doktor mai pantau lagi.. ada rasa berdebar ka macam mana.. aku cakap tak pon biasa ja.. ha.. memang waktu tu rasa biasa ja.. tak tahu kenapa nadi tinggi.. lepas tu doktor tanya aku ada sakit mana-mana lagi tak.. kebetulan masa tu memang ada sakit kat bahagian rahim sikit. doktor pon bawak aku ke tempat scan ultrasound. Dia buat 3 benda.. pap smear.. ultrasound scan dengan transvaginal scan tu.. semua sample diambil. Alhamdulillah tak de apa-apa.. cuma doktor suspek aku ni kena kencing kotor ja.
Disebabkan demam aku masa tu tak kebah lagi, jadi doktor pindahkan aku ke wad biasa.. under wad gynae.. masa lawatan pakar yang pertama kat wad.. dia ambik bacaan suhu aku.. dia kata aku still demam lagi even dah turun sikit suhu daripada mula-mula sampai husm sebelum tu. Then dia pon tanya aku, kat emergency ward tu ada buat swab test tak? aku cakap la tak de plak.. lepas tu, doktor pakar tu dok bebel kat staf dia yang aku ni sepatutnya kena buat swab dah kat bawah tadi.. dia pun arahkan staf dia buat swab test kat aku yang RTK-antigen tu.. tak sampai 2 jam.. doktor tadi mai kat aku, dia bagitahu, " Puan, puan dan suami jangan pergi mana-mana tau, puan positif.. kita kena pindahkan puan ke wad covid sementara."
Masa tu, rasa gelap dunia aku.. aku menangis semampunya..mujur suami aku ada menenangkan aku masa tu. Dalam air mata berjurai-jurai tu tiba-tiba rasa nak terkencing pulak. then suami pon bagitau nurse pasal aku nak toilet tu. tapi nurse tak bagi ke mana-mana.. last-last nurse bagi pampers dewasa.. untuk pertama kali nya aku pakai pampers dan suamilah orang yang tolong pakaikan dan tanggalkan.. terima kasih suami sudi jaga masa sakit.. i love u syg..
Masa nak pindah ke wad covid tu, nurse dah tutup semua kipas kat laluan ward tu....dan ada dua orang staf yang handle bahagian mop lantai dan sorang lagi staf untuk sembur sanitizer kat lantai masa aku dan suami jalan nak ke wad covid sementara tu. sebabnya rtk-antigen tu kan macam rapid result jadi kena tunggu next 3 days untuk buat PCR punya. masa depa bawak naik atas tu, aku dah nangis dah.. rasa macam h*** jugak la... ni just perasaan aku ja masa tu.. yela, sedih tahu tak, tiap kali jalan, org akan sanitized lantai yang baru kita jalan tu.. sedih sangat-sangat.. mybe masa tu aku terlalu emo.. hahaha..
Masa sampai kat wad covid sementara tu.. aku dok sorang-sorang dalam bilik tu.. suami aku kena balik.. sebab keesokannya dia kena buat swab test dulu untuk tahu result dia.. tinggal lah aku sorang-sorang kat situ. sedih sangat.. hari-hari nangis. doktor akan datang melawat.. tengok nadi dan ajarkan untuk exercise bangun duduk.. sebab kes nadi aku laju tu kan.. Alhamdulillah lepas tu, doktor check tengok nadi dah okey dah.. suami aku punya result pon negatif tapi dia kena kuarantin kat rumah lagi..masa kat wad sementara ni, disebabkan terlalu takut dan insaf atas semua dosa yang lepas.. memang aku banyak habiskan masa dengan mengaji al-quran, dengar ceramah dan mintak maaf dari semua orang.. sebabnya ya lah.. bagi aku .. kesakitan yang Allah bagi ni mestilah Allah nak uji tahap keimanan dalam diri kitakan.. memang dah lama tinggalkan al-quran.. bila kena ujian macam ni, terasa kerdil sangat.. barulah nak buka al-quran.. maafkan aku ya Allah.. aku ni teruk sangat.. :'(
Selepas berlalu 3 hari yang penuh mendebarkan, aku pon kena swab test lagi sekali..PCR pulak.. keesokkannya baru keluar result. aku pon terus duduk kat wad sementara tu lagi.. alhamdulillah nurse dan doktor sentiasa pantau dengan keadaaan kita.. rasa bersyukur sangat. aku diberikan kesempatan oleh Allah untuk baca al-quran dan dekatkan diri aku dengan ilmu agama asbab kena covid ni.. kalau tak kena covid ni, rasanya tak de kesedaran lagi.. :'(
masa aku dengan husband aku lebih banyak dengan video call.. rasa macam zaman bercinta dulu-dulu.. hehehe..rasa macam disayangi... hehehe... ceewahh....
Hari yang ditunggu-tunggu pon tiba, keputusan aku time tu,,,... jeng jeng jeng... positif..!
Aku pon dipindahkan lagi ke wad covid sebenar.. hahaha.. sedih wey.. masa aku masuk wad covid tu.. ada dalam 4 orang ja.. 3 lelaki dan aku sorang pompuan.. 3 lelaki tu sorang doktor dan 2 orang nurse @ ppk mcm tu la.. xpasti sangat.. dengar ni pon dari nurse yang jaga wad covid tu ja.. lepas tu esok tu masuk lagi sorang baby dengan mak dia ... kesian anak dia.. baby umur dalam 6 ke 9 bulan macam tu.. sesak nafas.. asyik nak mengempeng je.. yela , dah tak sihat kan,.. memang macam tu..
Aku jalani hidup di wad covid selama 10 hari.. selama aku duduk di wad covid tu, aku dipantau dari segi kesihatan seperti biasa.. dan diberikan ubat kumur mulut dan ubat antibiotik ( yang ni sebab aku ada kencing kotor tu kan) yang ni doktor bagi makan ubat selama seminggu.. lepas tu, aku keluar dari wad.. esok tu, suami aku pula swab test,.. dia pulak positif... dia pulak kena masuk wad covid tu.. bergantian la kami.. sedih sangat.. baru je balik jumpa suami.. tup-tup suami kena masuk wad pulak.. sedih tu Allah je tahu..
suami duduk wad selama 5 hari kalau tak silap.. aku masa tu punyalah sedih sampai aku tak boleh langsung duduk dalam rumah.. tengok laptop ja menangis.. kes suami aku ni rajin main game dalam pc.. jadi bila tengok lappy pon boleh nangis rindu kat tuan dia.. tengok kusyen tempat suami duduk pon boleh nangis.. cerita dia sebab lepas je kahwin memang kami jarang berenggang.. memang banyak masa habiskan berdua.. masa awal kahwin ja terpisah kejap.. pjj tak sampai dua minggu.. hahaha.. yang tu sebab dia keja kat penang.. kesian dia ulang alik.. jadi, mak mertua aku ada nasihat kan aku jangan sedih lama-lama kesian baby.. mak kata buat la apa-apa yang boleh lupa rasa sedih.. aku rasa pembawakan budak sama kot.. sebab dulu tak de la nak menangis sampai macam ni bila aku kena tinggal suami nak buat on call... hehehe..
Jadi, selepas sehari yang aku balik dari kuarantin husm tu.. esok tu, aku cuba ambil semangat balik.. try untuk tak bersedih.. aku pon takut jadi apa-apa kat baby.. memandangkan dulu aku pernah keguguran.. aku pon menjahit tilam , comforter dan selimut untuk anak aku... alhamdulillah habis je kuarantin kat umah tu aku mampu siapkan kesemuanya.. alhamdulillah.. masa hari terakhir aku kat umah tu, alhamdulillah suami dah boleh balik untuk kuarantin dekat rumah saja sebab aku kan positif jugak,.. jadi doktor bagi kebenaran untuk kami duduk serumah.. alhamdulillah lega sangat rasa.. kalau tak asyik nangis ja.. tengok katil kosong pon nangis.. hahaha.. symptom mak-mak kot.. hahaha..
lepas seminggu habis kuarantin kat rumah dan dah start keja pa semua.. aku kena terus kan balik appointment dengan klinik kesihatan macam biasa.. untuk pantau baby dan aku.. masa jumpa doktor , doktor scan lagi sekali untuk tengok perkembangan baby.. takut ada effect apa-apa kat baby.. sebenarnya lambat lagi scan.. tapi disebabkan atas kes macam ni.. doktor scan jugak.. takut apa-apa jadi.. alhamdulillah baby aktif dan sihat.. jantung baby pon dah makin kuat dah.. alhamdulillah..
setakat ni saja pengalaman aku kena covid time pregnant.. diharapkan semua para ibu lebih berhati-hati dan menjaga diri dengan baik semasa musim covid ni.. semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan gambaran untuk para ibu survive sekiranya terjadi perkara seperti ini terhadap diri masing-masing.. :)
No comments:
Post a Comment