Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai semua.. rasa seperti sudah lama tidak menulis tentang entry baru ni.. okey, hari ni aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat dari Dr. Nurhaya Lactation Centre melalui tajuk ' Kalau terpisah dengan bayi, apa perlu ibu buat?'
Aku tertarik sangat dengan tajuk ni sebab aku rasa lebih dekat dengan aku yang bakal melahirkan cahaya mata sulung aku ni. In shaa Allah aku bakal bersalin dalam bulan 8 ni dalam kurang lebih 2 bulan lagi.. alhamdulillah cahaya mata yang ditunggu-tunggu sekian lama.. dari perkahwinan kami 2017 sehingga lah sekarang 2021.. Alhamdulillah.. mintak doa semua supaya perjalanan aku melahirkan bayi nanti berjalan dengan lancar, mudah dan selamat serta secara normal.. trima ksih ye.
Berbalik kepada ilmu penyusuan yang aku dapat hari ni.. aku nak kongsikan sedikit dengan semua pembaca blog aku ni..
( Dari perkongsian Dr. Nurhaya secara langsung )
Menurut Dr. Nurhaya, sejurus selepas melahirkan anak, biasanya kita akan mengalami dua keadaan, dimana sama ada bayi yang tidak sihat atau ibu yang tidak sihat..
banyak faktor bayi tidak sihat - jaundice tinggi, bayi tertelan najis , jantung bayi lemah.. yang memerlukan rawatan di NICU atau pemantauan di nursery..
namun sebaliknya sekiranya bayi sihat tetapi ibu yang sakit, misalnya ibu mengalami pendarahan dan sebagainya..
jadi akan berlakunya perpisahan antara ibu dengan bayi mungkin beberapa hari atau mungkin beberapa minggu..
menurut Dr. Nurhaya, walaupun anak tidak berada disamping kita, kita perlu juga melakukan ransangan ke atas payudara untuk membolehkan susu badan keluar seawal hari pertama bayi dilahirkan.. seeloknya setelah beberapa jam melahirkan sekiranya badan ibu telah cergas dan bertenaga untuk melakukan proses pengepaman susu..
pada kali pertama, memang agak sukar sedikit kerana susu yang keluar adalah susu kolustrum yang agak pekat. jadi agak memerlukan kesabaran untuk mengeluarkannya..
langkah-langkah untuk memulakan ransangan ke atas payudara yang disarankan oleh Dr. Nurhaya adalah seperti berikut :-
1. keadaan sekeliling ( environment )
- mindset kena positif atau boleh dapatkan sokongan moral dari suami
- tutup curtain katil
- Duduk dengan selesa di atas katil
- (sesetengah hospital) ada ruang khas untuk menyusu boleh ke ruang tu untuk menyusu
- pastikan kawasan sekeliling lebih bersifat privacy
2. Persiapan barangan
- alat untuk tadahan susu ( picagari/ botol/ bekas)
- sapu tangan / kain kecil
- alat untuk tuaman payudara ( kain/ botol susu bayi/ warmer kit )
3. Perkara perlu buat untuk mulakan penyimpanan susu
- basuh tangan dengan sabun
- tuamkan bahagian payudara dengan alat tuaman panas
- tutup bahagian atas payudara dengan kain semasa menuam supaya haba tidak keluar
- tunggu sehingga kain atau alat tuaman tu mulai sejuk
- boleh start buat urutan payudara
- boleh start melakukan perahan tangan melalui kaedah marmet seperti dibawah..
cara perahan marmet |
Cara perahan marmet :-
1. menjarakkan jari sejauh 2 jari dari kawasan areola (kawasan puting)
2. letakkan jari di jam 12 dengan 6 atau di jam 3 dengan 9.. kiranya kena guna dua jari yang lain ja..
3. dah letak jari.. tekan masuk kedalam payudara.. ke arah dada..
4. ulang tekan sehingga susu keluar..
ulang urut dan perah payudara sampai lah berjaya..
semoga perkongsian aku ni membantu dapat membantu semua yang memerlukan ilmu ni.. in shaa Allah aku pon akan gunakan tektik ni nanti bila dah bersalin.. saja kongsikan kat sini untuk review balik bila duduk dalam wad nanti..
Ribuan terima kasih diucapkan kepada doktor pakar penyusuan kita iaitu Dr. Nurhaya Lactation Centre kerana sudi menyampaikan ilmu secara percuma tambah-tambah dalam musim pandemik c19 ni kita tak boleh nak pergi kelas antenatal.. Alhamdulillah.. rasa syukur sangat-sangat bila dapat ilmu ni..
Semoga aku dapat menyusukan anak aku secara langsung tanpa penggunaan susu formula sehinggalah umur anak ku 2 tahun.. aamiin..
kalau ada sesiapa yang ingin mengikuti kelas bersama Dr. Nurhaya, boleh ke page beliau di Facebook..
terima kasih ye kepada semua pembaca blog yang sentiasa setia menunggu post-post terbaru.. trima kasih sgt-sgt.. <3
No comments:
Post a Comment