Friday 29 December 2023

Jom daftar sebagai Pengikrar Derma Organ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 




Hari ni aku nak mengajak semua readers blog ni untuk kita sama-sama menunaikan fardhu kifayah kita dengan membantu orang-orang yang memerlukan.. bukan sahaja kita bagi sedekah, zakat atau hadiah kepada orang lain secara wang tunai ataupun secara bantuan fizikal lain.. tetapi kita juga boleh sedekah kan atau dermakan organ kita semasa kita hidup atau setelah kita meninggal dunia nanti.

pendermaan organ ni merupakan proses pendermaan organ atau tisu daripada badan kita untuk tujuan pemindahan kepada orang yang memerlukan atau dipanggil transplantasi kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tertentu. hal ini bagi memastikan orang yang menerima transplantasi ini mampu meneruskan kehidupan dengan lebih baik..






Antara organ atau tisu badan yang kita boleh dermakan ialah..
  • kulit
  • kornea mata 
  • paru-paru
  • jantung
  • hati
  • tulang
  • buah pinggang

untuk maklumat lanjut boleh layari laman web kkm mengenai Derma Organ..












macam mana nak buat?

dengan cara kita menjadi pengikrar derma organ dan memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat dengan kita tentang ikrar derma organ kita.. in shaaAllah selebihnya Allah yang akan bantu kita. 







Jom ikrar derma organ melalui mysejahtera apps


Ikut langkah-langkah dibawah ni ye :-







siap!!!











Jom sama-sama daftar ye.. :)


Terima kasih semua sudi blogwalking kat sini.. jangan lupa untuk jadi pengikrar derma organ ye..

semoga Allah merahmati dan memberkati setiap usaha kita didunia dan diakhirat serta beroleh pahala dan syurga Allah,..aamiin ya rabbal ala min..

jumpa lagi di next entry ye.. 

papai..

assalamualaikum dan jumpa lagi semua.. :)



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~



No comments: