Wednesday, 7 January 2015

Jom mengenal diri kita sebagai hamba Allah (ISLAM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pada kali ini saya akan menceritakan tentang diri kita sebagai manusia..

Manusia ini telah dicipta sebagai khalifah di muka bumi ini merangkap hamba Allah..

sifat-sifat orang muslimin :

  • mendirikan solat pada waktu malam dan akhir malam
  • memberikan sebahagian harta kepada orang miskin bagi memenuhi keperluan mereka
  • jihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta
  • mengikuti semua ajaran Rasulullah s.a.w
  • sentiasa memberi kemaafan
  • sabar


3 perkara penting yang ada dalam diri kita sebagai seorang muslim yang menganuti agama Islam.
- nikmat islam
- nikmat iman
- nikmat ihsan

Allah-green.svg


ISLAM

  • sebuah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk memimpin manusia ke jalan kebenaran yang lengkap dengan peraturan dan undang-undang hidup manusia.
  • Al-Quran dan hadis sebagai pegangan.
  • Qias dan Ijmak sebagai tanda panduan @ kayu ukur atas sesuatu perkara semasa
  • islam bermaksud aman, sejahtera,dan menyerah diri.
  • mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya 
  • mengakui keEsaan Allah s.w.t
  • melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
  • Mengikut dan beriman kepada ajaran-ajaran yang dibawah oleh Nabi Muhammad s.a.w
Rukun Islam ada 5 perkara :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah


  2. Menunaikan solat

    # solat fardu : 5 waktu : subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak.

    # solat sunat :
    - solat sunat tahajud
    - solat sunat dhuha
    - solat sunat rawatib
    - solat sunat witir
    - solat sunat tasbih
    - solat sunat hajat
    - solat sunat tahiyatul masjid
    - solat sunat taubat
    - solat sunat musafir
    - solat sunat hari raya
    - solat sunat tarawih
    - solat sunat istiqharah
    - solat sunat mutlaq
    - solat sunat wuduk
    - solat sunat khusuf (gerhana)
    - solat sunat istisqa' (minta hujan)
    - solat sunat nikah
    - solat sunat isyraq
    - solat sunat Ghairu muaakaddah
    - solat sunat ihram
    - solat sunat muqayyad
    - solat sunat qudum
    - solat sunat jenazah
    - solat sunat qasar  dan jamak
    - solat sunat nisfu syaaban
    - solat sunat asyura
    - solat sunat lailatul qadar
    - solat sunat tolak bala
    - solat sunat syukur
    - solat sunat tawaf
    - solat sunat hadiah
    - solat sunat zawal
    - solat sunat muakkad

    sumber lanjutan : http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/12/jenis-solat-sunat.html
  3. Mengeluarkan zakat (kesucian / keberkatan)

    ukuran/kadar harta tertentu yang harus dikeluarkan oleh pemiliknya untuk diserahkan kepada golongan/orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu iaitu dengan jumlah tertentu pada waktu tertentu.

    syarat-syarat untuk menunaikan zakat :
    # islam
    # merdeka
    # milik sepenuhnya
    # cukup haul
    # cukup nasab

    Jenis-jenis zakat
    * zakat fitrah
    * zakat wang simpanan
    * zakat emas dan perak
    * zakat pendapatan / perniagaan
    * zakat saham
    * zakat binatang ternakan
    * zakat tanaman

    Golongan yang layak menerima zakat
    a) fakir
    b) miskin
    c) muallaf
    d) riqab
    e) qarrim
    f) sabillillah
    g) ibnu sabil

    sumber lanjutan : https://azurahkio.wordpress.com/2008/09/22/pengertian-zakat-macam-macamnya/   dan  http://basicartikel.blogspot.com/2013/03/pengertian-jenis-dan-golongan-penerima_24.html

  4. berpuasa di bulan ramadan (bulan puasa ramadan ialah bulan ke sembilan dalam kalender islam)


    perkara yang dilarang semasa berpuasa




















  5. menunaikan haji di mekah (bagi yang berkemampuan)

    Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.


    Maksud istitaah @ berkemampuan:
    1. terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
    2. mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
    3. perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
    4. ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
    5. bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.





    sumber lanjutan : http://www.anuar2u.com/e-haji.html

IMAN
  • Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t
  • seseorang yang beriman mestilah melibatkan 3 unsur :
    - mengakui di dalam hati bahawa islam adalah agama benar.
    - menyatakan dengan lidahnya bahawa islam adalah agama yang benar.
    - mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam islam..
  • memahami rukun-rukun dan iman.
Rukun Iman ada 6 :
  1. Beriman kepada Allah s.w.t

    # Mengakui dan mengEsakan Allah s.w.t
    # mengikuti segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya
  2. beriman kepada para malaikat


    Nama-nama malaikat dan tugasnya
  3. beriman kepada kitab suci (Al-Quran dan hadis)
  4. beriman kepada para rasul

    # Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak. Namun yang harus diimani hanya 25 Rasul sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran.

    #Mereka adalah :
    01.Nabi Adam a.s.                            02.Nabi Idris a.s.
    03.Nabi Nuh a.s.                               04.Nabi Hud a.s.
    05.Nabi Salih a.s.                              06.Nabi Ibrahim a.s.
    07.Nabi Luth a.s.                              08.Nabi Ismail a.s.
    09.Nabi Ishaq a.s.                             10.Nabi Ya’akub a.s.
    11.Nabi Yusuf a.s.                              12.Nabi Ayub a.s.
    13.Nabi Syu’aib a.s.                           14.Nabi Musa a.s.
    15.Nabi Harun a.s.                             16.Nabi Zulkifli a.s.
    17.Nabi Daud a.s.                               18.Nabi Sulaiman a.s.
    19.Nabi Ilyas a.s.                                20.Nabi Ilyasa’ a.s.
    21.Nabi Yunus a.s.                             22.Nabi Zakaria a.s.
    23.Nabi Yahya a.s                              24.Nabi Isa a.s.
    25.Nabi Muhammad s.a.w

    sumber lanjutan : http://cahayapurnama.com/mari-mengenal-25-nabi-dan-rasul/
  5. beriman kepada hari akhirat

    Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.



    perjalanan ke hari akhirat
  6. beriman kepada qada' dan qadar

    # Mengikut terminologi yang dirumuskan Prof. Dr Mohamad Rabi’ Jawhari, pensyarah Kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar, bahawa Qada’ adalah pengetahuan Allah tentang perbuatan yang lampau, sedang dan yang akan berlaku telah ditetapkan-Nya sejak azali dan tertulis di dalam Lauh Mahfuzh. Adapun Qadar adalah terjadinya suatu perkara yang baik mahupun buruk sesuai dengan prinsip sifatnya, ukurannya, dan syarat-syaratnya mengikut aturan dan kehendak Allah Taala. (Aqidatuna, Juzuk 2)

    sumber lanjutan : 
    http://www.tarbawi.my/2013/09/beriman-kepada-qada-dan-qadar.html

IHSAN : berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata.

Ciri-ciri Ihsan :
  • melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t
  • yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukan
  • melakukan ibadah dengan teratur semata-mata kerana Allah s.w.t
  • merasa nikmat dan keseronokan semasa melakukan ibadah


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: