Pages

Wednesday, 18 May 2016

Anak Mithali

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ini saya akan berkongsi tentang peranan kita sebagai anak terhadap ibubapa supaya kita mampu menjadi anak yang mithali dan disayangi oleh ibubapa kita. saya kongsi untuk kita sama-sama berubah dan belajar.. mungkin kita tahu tapi kita lupa.. jadi tak salah kalau sekiranya kita sentiasa update diri kita.


  1. Menghayati tugas ibu bapa
    * cuba bayangkan kesusahan ibu kita melahirkan kita

    ni contoh kelahiran normal














    * cuba bayangkan kesukaran bapa kita untuk menanggung perbelanjaan dalam mendidik dan menyara persekolahan kita sehinggalah dewasa.
  2. Menghormati ibubapa dalam ucapan dan perbuatan
    * tidak mengeluarkan kata-kata cacian terhadap ibubapa kita
    * tidak meninggikan suara terhadap ibubapa
    * tidak menangguhkan sesuatu yang diminta oleh ibubapa
  3. Menundukkan diri dihadapan ibubapa
    * apabila ibubapa sedang bercakap, dengarlah dengan teliti dan menundukkan kepala tanda hormat.
    * tidak mendengar nasihat ibubapa sambil melakukan perkara yang lain
    * jika ibubapa duduk diatas kerusi, kita hendaklah duduk di atas lantai sebagai tanda hormat kepada kedua ibubapa.
  4. Menjaga kehormatan ibubapa
    * tidak mencaci ibubapa orang lain atau membiarkan orang lain mencaci ibubapa kita
    * tidak melakukan perkara yang boleh memalukan keluarga
    *cuba seboleh mungkin untuk membahagiakan kedua ibubapa
  5. Mengutamakan kepentingan ibubapa daripada kepentingan orang lain.
    * sekiranya ibubapa meminta anda pulang segera tetapi semasa itu anda ada kerja lain yang perlu dilakukan, maka tinggalkanlah pekerjaan itu sementara, dan pulanglah untuk memenuhi permintaan ibubapa.
  6. Mengutamakan kepentingan ibu lebih daripada kepentingan bapa
    * sentiasa mengutamakan ibu dalam apa jua perkara berbanding bapa.
  7. Menghormati agama ibubapa
    * sekiranya anda seorang mualaf, jangan sesekali mengherdik ibubapa atas agama yang dianutinya, hormatilah mereka selayaknya. sekiranya Allah menginginkan mereka untuk berubah, Allah akan mengubahnya. berdoalah yang terbaik untuk mereka.
  8. Mengajak ibubapa bertauhid kepada Allah
    * Sekiranya anda (mualaf) nak sangat, kedua ibubapa anda masuk agama Allah, perkara pertama yang perlu anda lakukan, tunjukkanlah sikap dan teladan yang baik terhadap ahli keluarga anda. perlahan-lahan dedahkan kepada mereka dengan islam. sebagai contoh, membaca Al-Quran di dalam rumah, melakukan solat secara terang-terangan dan sentiasa memuji Allah dalam setiap perbuatan. In shaa Allah , lama-lama hati mereka akan tertarik dengan islam.
  9. Mendorong perjuangan tauhid ibubapa
    * setelah melakukan perkara no. 8, berdoalah kepada Allah untuk Allah bukakan pintu hati mereka.. jangan pernah berhenti berdoa.. hidayah itu milik Allah..
  10. Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik ibubapa
    * yang penting, kalau kita baru masuk Islam (mualaf), jangan terpedaya kembali dengan agama asal kita.. kadang-kadang ibubapa kita akan menyogokkan kita kembali dengan agama asal itu. kita hendak lah bijak untuk mengelakkan dari membicarakan tentang hal tersebut dan jangan sampai kita menyakiti hati mereka..
  11. Tidak boleh meninggikan suara dihadapan ibubapa
    * yang ni semua orang faham kan.. memanglah penting.. kadang-kadang kita nak pertahankan apa yang kita rasa betul yang dibangkang oleh ibubapa kita, biasalah tu, orang dewasa memang nak menang dalam setiap percakapannya (ego) , kita janganlah melawan,biarlah mereka berkata-kata, kita hanya perlu diam saja.. rasa nak marah, istighfar dalam hati ye.. in shaa Allah ,.. everything going to be okey..
  12. Merelakan harta yang diambil oleh ibubapa
    * perlu diingat, harta kita harta ibubapa kita juga.. saya pernah baca sebuah buku yang menulis, sedekah yang paling mulia adalah sedekah kepada kedua ibubapa sendiri. jadi berkongsilah rezeki dengan ibubapa, in shaa Allah.. takkan habis pon.. malah makin bertambah..
  13. Memohon keampunan atas dosa-dosa ibubapa
    * kita hendaklah memohon ampun terhadap dosa kedua ibubapa kita sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


  14. Memenuhi nazar haji ibubapa yang tidak sempat terlaksana
    * sekiranya sebelum ibubapa  kita meninggal, mereka ada menyuarakan rasa hati untuk melaksanakan haji, kita wajib melaksanakan hajat atau nazar mereka itu. tetapi sebelum itu pastikan hutang mereka diselesaikan dahulu.
  15. Membetulkan wasiat ibubapa yang keliru
    * kadang-kadang ibubapa kita terkeliru dalam membuat wasiat, kita yang memiliki pengetahuan agama, hendaklah menegur dan membetulkan wasiat tersebut mengikut ajaran islam.
  16. Mengutamakan wasiat untuk kedua ibubapa sebelum anak meninggal dunia
    * sekiranya anak atau kita yang terlebih dahulu meninggal dunia dan sekiranya kita telah berkeluarga, kita hendaklah mengutamakan ibubapa terlebih dahulu dalam menulis wasiat tersebut.
  17. Mengekalkan kebajikan ibubapa setelah mereka meninggal dunia
    * sekiranya ibubapa kita telah meninggal dunia, buat lah amal untuk mereka.. sekiranya semasa hayatnya sering menginfakkan rm50 setiap bulan di masjid, maka teruskanlah usaha itu.
  18. Memenuhi keperluan ibubapa pada usia lanjut
    * kadang-kadang bila ibubapa kita telah tua, mereka inginkan sesuatu atau mereka ingin ke suatu tempat yang sudah lama mereka ingin pergi, tunaikanlah apa jua yang mereka hajati untuk mengembirakan hati mereka.
  19. Memohon kasih sayang Allah untuk ibubapa


  20. Membantu ibubapa yang telah meninggal dunia dengan amal soleh


  21. Membantu meneruskan usaha ibubapa setelah mereka meninggal dunia.
    * sekiranya ibubapa kita melakukan pekerjaan sampingan seperti berkebun dan sebagainya, teruskan usaha mereka itu.
  22. Membantu ibubapa mengeratkan hubungan silaturrahim dengan saudaranya
    * setelah ibubapa meninggal dunia atau mengalami keuzuran, kitalah yang perlu membantu ibubapa kita untuk berhubungan dengan saudara mara kita yang lain. contohnya : ziarah-menziarahi.
  23. Menyambung ikatan silaturrahim dengan sahabat ibubapa sekiranya ibubapa telah meninggal dunia.
    * kalau ada kawan-kawan ibubapa kita yang masih hidup, berbuat baik lah dengan mereka. tidak salah pon ..
  24. Tidak mengingkari keturunan ibubapa
    * janganlah jadi anak yang bila dah kaya raya, lupa daratan, menyombong sampai tak mahu mengaku ibu bapa kita sebagai orang pernah melahirkan dan membesarkan kita.
  25. Berusaha menyenangkan hati ibubapa
    * kalau ada duit lebih tu, hulur sikit kat ibubapa kita. tak pon, masa birthday ibubapa kita, kita bagi la hadiah ka apa ka..
  26. Tidak masuk ke bilik peribadi ibubapa tanpa izinnya
    * dalam islam ada pesan, kita jangan masuk ke bilik ibubapa kita tanpa meminta izin dulu terutama sebelum subuh, selepas zohor dan selepas isyak. kenapa? tunggu jadi suami isteri nanti akan faham ye..
  27. Tidak boleh berdendam dengan ibubapa
    * kalau ibubapa kita jenis pilih kasih atau jenis yang tidak berapa suka dengan kita, janganlah kita berdendam dengan mereka, teruskan melakukan kebaikan kepada mereka. berdoalah supaya hati mereka lembut untuk menerima kita.. la tahzan okey.. :)
  28. Tidak  dapat membalas jasa ibubapa
    * kadang-kadang banyak faktor yang menyebabkan kita rasa kita sukar untuk membalas jasa ibubapa kita, misalnya kita mengalami kecacatan kekal ka, kita mengalami kemalangan sehingga lumpuh dan tidak mampu bekerja ka, jangan risau banyak lagi cara lain, bukan hanya bagi duit je kat ibubapa. Allah tak nilai pada harta, tapi Allah nilai pada usaha.
  29. Meminta izin daripada ibubapa sebelum pergi berjihad
    * berjihad ada dua jenis.. yang pertama berjihad khusus (berperang) dan berjihad umum (belajar, bekerja atau merantau atas tujuan menegakkan agama Allah)..
    * mintalah izin daripada ibubapa kerana jika mereka tidak membenarkannya maka kita tidak boleh pergi berjihad.
  30. Bersegeralah membayar hutang ibubapa setelah mereka meninggal dunia.
    * kalau ibubapa kita ada hutang dengan sesiapa, tolong lah mereka jelaskannya.
  31. Tidak boleh menyusahkan ibubapa
    * janganlah kita jadi orang yang makin besar menyusahkan ibubapa, semua nak harap ibubapa sampai tak nak bekerja.. kurangkanlah beban ibubapa..besar pahalanya..
  32. Kewajipan kepada ibubapa setelah anak berkahwin atau berkeluarga
    * walaupun kita dah kahwin, kita tetap kena ingat pada ibubapa kita.. bila kita bersuami, kita lah yang kena bantu suami kita untuk berbakti kepada ibubapa kita dan mertua kita.
  33. Tidak boleh makan harta ibubapa tanpa izinnya
    * perlu diingat sekali lagi. ibubapa boleh memakan atau mengambil harta anak tanpa izin anaknya tetapi seorang anak tidak boleh sama sekali mengambil atau memakan harta ibubapa tanpa izin ibubapa nya.
  34. Memohon keampunan daripada ibubapa atas kesilapan diri
    * biasakanlah diri memohon maaf daripada ibubapa setiap kali melakukan kesalahan atau setiap kali ingin merantau ke suatu tempat yang jauh atau setiap kali sebelum berjihad didalam dewan peperiksaan, bukan tunggu time raya saja.. kadang-kadang raya pon tak sempat mintak maaf sibuk layan tetamu.. ermmm..
  35. Memanggil ibubapa dengan panggilan terpuji
    * panggillah.. ayahku sayang, bondaku sayang..
  36. Menceraikan isteri yang diperintahkan oleh ibubapa
    * orang lelaki, kalau mak suruh ceraikan isteri atas ALASAN YANG KUKUH, maka ikutlah kata ibu mu kerana dia lebih dahulu makan garam tentang isu rumahtangga ni.. boleh jadi isterimu tidak baik dengan ibubapamu.
  37. Tidak boleh meng'kisas' kan ibubapa yang membunuh anaknya.
    *kisas = kalau seseorang itu membunuh, balasannya atau hukumannya juga membunuh kembali.
  38. Tidak boleh membunuh ibubapa kafir yang berada di pihak musuh.
    * sekiranya anda mualaf, ibubapa anda bersama dengan sekumpulan masyarakat setempat anda yang lain menentang habis habisan tentang penghijrahan anda, dan pada ketika itu, ibubapa anda berada dibarisan hadapan, anda dilarang membunuh ibubapa anda walau apa pon yang terjadi..
  39. Memohon bantuan doa daripada ibubapa
    * sekiranya kita resah dalam melakukan sesuatu perkara, mintak lah ibubapa kita mendoakan yang terbaik untuk kita.. in shaa Allah, doa ibubapa ni Allah lebih makbulkan..
  40. Memerdekakan ibubapa daripada perhambaan
    * kalau ibubapa kita terlibat dalam perhambaan atau menjadi orang gaji secara paksaan atau terjebak dengan kancah pelacuran, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memerdekakan ibubapa kita daripada aktiviti yang tidak bermoral itu dan kembali ke pangkal jalan. besar pahalanya..


INFO : Buku 40 Peranan Anak Mithali oleh Muhammad Thalib


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~