Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jom semak keserasian hubungan dengan pasangan
kita.
Game ini dinamakan The Relationship Rating
Form (RRF) yang dicipta oleh Davis (1996). Ianya untuk menilai sejauh mana
keserasiaan hubungan antara anda dengan pasangan anda.
Jawapan game ini hanya YA @ TIDAK saja ye...
P/S : jangan memikir terlalu lama bagi setiap
soalan. Ia akan menunjukkan anda tidak ikhlas dengan pasangan anda. Sekaligus membuktikan
anda GAGAL dalam game ini!!
Sekali lagi, SILA JAWAB SPONTAN YE!!!
Apa lagi...
Jom mula sekarang !!
Start!!
1.
Adakah saya menerimanya seadanya?
2.
Adakah saya sanggup memaafkan
kesalahan kecil yang dilakukannya?
3.
Adakah mudah bagi saya untuk
memaafkannya?
4.
Pernahkah dia mengecewakan saya?
5.
Adakah saya menghormatinya?
6.
Adakah dia membuat penilaian yang
buruk terhadap sesuatu perkara penting?
7.
Adakah dia memberikan kesan yang
baik kepada saya?
8.
Adakah dia menjadi asas kepada
cetusan idea dan rancangan yang baik?
9.
Adakah saya mempercayainya?
10.
Bolehkah saya bergantung harap
kepadanya?
11.
Pernahkah dia lupa akan kebajikan
saya?
12.
Pernahkah dia mempergunakan saya?
13.
Adakah saya dan dia berbincang
secara terbuka mengenai perkara peribadai?
14.
Adakah saya meluahkan perasaan
saya berkenaan apa-apa perkara
kepadanya?
15.
Pernahkah saya merasakan bahawa
terdapat sesuatu perkara yang dia tidak akan dapat faham?
16.
Pernahkah saya merasakan bahawa
terdapat beberapa perkara berkenaan saya yang dia tidak perlu ambil tahu?
17.
Adakah saya mengetahui jenis
manusia apakah dia?
18.
Adakah tingkahlakunya memeranjatkan
atau membuatkan saya terfikir akan tingkah lakunya itu?
19.
Adakah saya mengetahui leburukan
dan kesalahannya?
20.
Adakah saya mengetahui kisah
silamnya?
21.
Adakah saya selalu
terfikir-fikirkan tentangnya?
22.
Adakah saya merasakan sesuatu
ketenangan dengan hanya melihat atau memerhatikannya?
23.
Adakah saya akan memikirkannya
apabila dia tidak bersama dengan saya?
24.
Adakah suatu perkara yang saya
lakukan hanya dengannya?
25.
Adakah saya mempunyai perasaan
tertentu pada dirinya sahaja dan tidak pada orang lauin?
26.
Adakah saya akan merasa tertipu
atau terluka jika dia mempunyai perhubungan dengan orang lain seperti mana
perhubungan saya dengannya?
27.
Adakah saya dan dia mempunyai cara
yang tersendiri dalam melakukan sesuatu perkara?
28.
Adakah saya mempunyai perhubungan
yang rapat dengannya?
29.
Adakah saya mendapati bahawa dia
mempunyai tarikan seksual apabila berada bersamanya?
30.
Adakah saya seronok apabila
dibelai atau membelainya?
31.
Adakah saya sanggup berkorban
untuk meminjamkan sejumlah wang kepadanya?
32.
Adakah dia sanggup berkorban untuk
saya apabila saya dalam keadaan bahaya?
33.
Dapatkah dia memberikan yang
terbaik untuk saya?
34.
Adakah saya bersedia untuk
berkorban untuk nya?
35.
Adakah saya mempercayainya untuk
memberikan tanggapan orang lain mengenai diri saya?
36.
Adakah dia akan menyebelahi saya
apabila saya terlibat dengan perselisihan faham dengan orang lain?
37.
Bolehkah saya menggunakan nya
untuk memperjuangkan kepentingan saya apabila berlaku konflik antara kepentingan
saya dengan kepentingan orang ain?
38.
Bolehkah saya mengharapkan dia
apabila saya memerlukan pertolongan?
39.
Bolehkah dia mengharapkan
kepentingan saya apabila diperlukan?
40.
Adakah dia akan memberitahu
pendapatnya yang sebenarnya tanpa mengira dia bersetuju atau pun tidak dengan
saya ?
41.
Adakah saya akan memberitahu
pendapat saya yang sebenarnya tanpa mengambilkira pendapatnya?
42.
Adakah saya bahagia dengan
perhubungan saya bersamanya?
43.
Adakah perhubungannya dengan saya
telah memenuhi keperluan saya?
44.
Adakah perhubungan saya dengannya
merupakan suatu kejayaan?
45.
Adakah saya seronok melakukan
sesuatu perkara dengannya berbanding dengan orang lain?
46.
Adakah saya seronok melakukan
kerja dengannya di mana jika sebaliknya saya tidak akan merasa seronok?
47.
Adakah saya gembira bersamanya?
48.
Adakah dia mempunyai perasaan yang
sama terhadap saya sebagaimana saya terhadapnya?
49.
Adakah dia mengambil berat
berkenaan saya?
50.
Adakah saya merasakan bahawa dia
mengambil berat berkenaan saya sebagaimana saya mengambil berat berkenaan
dirinya?
51.
Adakah dia membuatkan saya rasa
diri saya ini berguna dan istimewa?
52.
Adakah dia membuat saya merasa
bangga denagan diri saya?
53.
Pernahkah saya bergaduh dengannya?
54.
Pernahkah dia melayan saya secara
adil?
55.
Pernahkah saya dengannya mengalami
situasi ketegangan?
56.
Pernahkah saya merasakan bahawa
saya tidak pasti berkenaan perasaan saya terhadapnya?
57.
Adakah dia terlalu banyak mengambil
masa saya?
58.
Adakah saya merasakan bahawa diri
saya terperangkap dalam perhubungan dengannya?
59.
Adakah saya berbincang mengenai
perhubungan kami berdua secara mendalam dan dari hati-ke hati?
60.
Adakah saya dan dia cuba untuk
menyelesaikan masalah yang timbul antara diri kami berdua?
61.
Adakah saya cuba mengubah sesuatu tentang
diri saya demi memperbaiki hubungan kami berdua?
62.
Adakah saya komited dengan perhubungan saya dengannya?
63.
Adakah dia pasangan hidup idaman
saya?
64.
Adakah saya yang sering memulakan
sesuatu perbualan atau setiap kali berkomunikasi?
65.
Adakah dia komited dengan
perhubungan kami berdua?
66.
Adakah saya menjangkakan hubungan
kami akan berkekalan?
67.
Adakah dia jenis yang berterus
terang dalam sesuatu perkara?
68.
Pernahkah dia memaksa saya berbuat
sesuatu yang tidak saya suka atau tidak saya mahu lakukan?
69.
Pernahkah saya memaksa dia untuk
melakukan sesuatu yang dia tidak mahu lakukan?
70.
Adakah terdapat keadilan dalam
perhubungan kami berdua?
-
Tamat -
Anda telah berjaya
menghabiskan game kat atas, so, jom kita nilai pula berdasarkan jawapan yang
anda dah jawab tadi..
·
Sekiranya jawapan anda adalah YA
bagi kesemua soalan tadi, maka itu menunjukkan perhubungan anda berdua sangat
hebat. Kadang-kadang ada tenang, kadang-kadang ada gelora. Anda berdua saling
membantu dan menyokong pasangan anda. Anda juga berusaha untuk ada ketika si
dia memerlukan anda dan anda juga ada ketika si dia memerlukan anda. Tindakan dan
percakapan yang jujur antara anda berdua telah membuahkan kebahagiaan dan
kejayaan dapat perhubungan. Hal ini juga menunjukkan anda berdua saling
mengenali antara satu sama lain..TAHNIAH!!
·
Sekiranya jawapan anda adalah YA
bagi semua soalan KECUALI SOALAN 4, 6, 11, 12, 15, 18, 19, 56, 57, 58,66 dan
67, syabas !! Anda telah bertemu pasangan yang serasi dengan
anda. Namun begitu, masih banyak yang perlu anda pelajari atau ambil tahu
tentang dirinya. Binalah perhubungan yang baik dengan pasangan anda kerana anda
akan lebih selesa bersama dengannya.
·
Sekiranya jawapan YA bagi SOALAN
4, 6, 11, 12, 15, 18, 19, 56, 57, 58,66 dan 67 SAHAJA, anda perlu berhati-hati
dengan pasangan anda. Mungkin dia bersama anda hanya untuk kepentingan
peribadinya sahaja atau atas sebab lain yang memungkinkan dia bersama anda.
JUST BE CAREFUL ,OKEY.. :*
Semoga
game ini dapat bantu kita untuk membuat keputusan dengan lebih teliti
dalam memilih pasangan hidup kita.. In shaa Allah...
# Info daripada buku Soal Jawab Perkahwinan
oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Noralina Omar.. terima kasih bagi ilmu
perkahwinan ni.. J
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~