Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Berbalik kepada kisah kahwin kami...
Masa tu
dalam bulan 3 macam tu la, cuba bayangkan nak kahwin bulan 6 dengan 7. Punyalah rushing
buat persiapan tapi overall aku berpuas hati lah dengan semuanya dan rasa bersyukur sangat ada adik beradik dan
saudara mara yang membantu aku dari mula majlis sampai majlis habis. Alhamdulillah
tak terbalas jasa mereka yang amat tinggi tu..
Mujur dalam
masa yang singkat tu ada pameran bridal kat Central Square Sungai Petani, Kedah.
Kami dapat buat banting, arrow dgn banner dekat salah satu booth yang ada masa
tu. Maaf yang ni aku tak ingat nama apa booth dia tu.. tapi murah jugak sebenarnya
dia punya promo. *sorry lupa harga dia* So nasihat aku untuk korang yang nak kahwin
tu better survey dulu apa yang patut terutamanya tawaran yang diberikan masa
pameran-pameran bridal kerana biasanya harga lebih murah daripada kita book
atas butik. Aku tak ambik bridal kat
pameran tu sebab kalau nak make up kena ke butik. Jauh kot rumah aku dengan SP
tu.. hahaha.. bukan tak nak hire mua ke rumah.. tapi korang faham-faham je la,..
kalau boleh cut cost, ofcourse la kita akan pilih benda yang cut cost kan..
ala..
nak kahwin memang sekali je tapi yang menanggung cost nya diri sendiri..
Setelah hampir
beberapa butik yang kami pergi berdua.. alhamdulillah kami jumpa butik yang memang
bagi aku terbaik.. butik pengantin cek mek molek.. kat Kuala Ketil, Kedah. layanan
tip top…pakej tip top.. aku ambik pakej bridal yang simple.. pelamin dewan
untuk 2 pasang pengantin, meja makan beradap untuk 2 pasang pengantin, hiasan
laluan ke atas pentas tapi tak ambil pintu gerbang, pakaian 2 kali persalinan
untuk belah aku dan belah suami (untuk suami aku baju baru kot- 2 pasang pulak
tu sebab nya tak de saiz yang kami nak.. jarang tau ada butik terbaik macam ni
sanggup merealisasikan impian pengantin bajet mcm kami..) , satu kali
persalinan untuk adik laki aku dan adik ipar aku, make up 2 kali untuk aku dan
1 kali untuk adik ipar aku, bunga tangan 2 unit, payung 2 unit, shawl 2 unit…
memang murah sangat-sangat.. kak tu buat baju baju dua pasang dalam masa sebulan
je then panggil kami pergi fitting baju. Masa tu aku cari dah banyak
bridal, tak dapat harga tu sebabnya dua pasang pengantin. Masa tu macam yeah..
dah ready untuk kahwin…
Bab duit tu aku
tak risau sangat sebabnya memang ada prepare dah duit untuk kahwin dan adik aku
ada tambah sikit untuk duit persiapan kahwin. Aku boleh simpan duit sebab aku
habis belajar awal dari suami aku dan dah kerja dah since masa belajar lagi. Masa
tu dah siap beli hampir setengah daripada barang hantaran. Memang start mula kerja
lagi kak aku ajar, beli barang hantaran ‘sebulan beli satu jenis’. So time nak
kahwin tu, tinggal nak gubah dan letak kek ke coklat ke buah ke.. macam tu je
la. Memang tak kisahlah kiranya kalau bila-bila pon nak kahwin.. hehehehe..
Majlis nikah kami , 30.06.2017 , hari jumaat
Majlis walimatulurus kami, 01.07.2017 , hari sabtu
Majlis sambut menantu kami, 08.07.2017 , hari sabtu
Ada banyak lagi gambar.. kalau bubuh ni,.. sampai esok la hampa tengok tak habis. ahhahaha....
Majlis nikah kami , 30.06.2017 , hari jumaat
Majlis walimatulurus kami, 01.07.2017 , hari sabtu
Majlis sambut menantu kami, 08.07.2017 , hari sabtu
Apa-apa pon
aku bersyukur sangat sebab semuanya telah selesai dan sekarang pon kami dah kahwin
hampir 3 tahun dah.. alhamdulillah syukur. Nah aku belanja sikit gambar-gambar
kahwin aku habuan anak cucu nanti aku tengok.. hehehe...
Majlis Walimatulurus
Majlis Walimatulurus
kek kahwin kami ni tempah kat Sahara Delight Gurun, Kedah.. kek memang sedap awesome.. harga pon berpatutan.. boleh tengok kat facebook dia ni.. https://www.facebook.com/ilhamsahara
seterusnya, Majlis Sambut Menantu ataupun Majlis Bertandang
Ada banyak lagi gambar.. kalau bubuh ni,.. sampai esok la hampa tengok tak habis. ahhahaha....
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~