Pages

Tuesday, 21 April 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

thanks google.. comey plak gmbr ni..


Anak merupakan kurniaan Allah yang bagi bernilai bagi pasangan yang telah berkahwin. Begitu juga dengan kami suami isteri. Hubungan suami isteri rasanya tidak lengkap tanpa anak sebagai penyeri. Kami mula berkahwin pada bulan 6 tahun 2017. Pada mulanya, anak bukanlah suatu kemestian untuk kami berdua kerana pada masa tu kami baru lagi mendirikan rumahtangga. Banyak kelemahan dalam rumahtangga yang perlu dibaiki sebelum memiliki anak sendiri. Tapi kami tidak menolak sebarang kemungkinan kami mendapat anak. Sajalah aku menulis ni untuk bacaan anak aku ke cucu aku ke wanita yang masih dalam ttc macam aku ke. Semoga penulisan aku kali ini bermanfaat dan memberikan semangat untuk wanita lain menghargai diri mereka dan berjuang untuk memiliki cahaya mata.

Berbalik semula kepada cerita aku tadi, perjalanan Try To Conceive (TTC) yang dalam omputih. Kalau kita orang melayu sebut, wanita yang sedang cuba untuk hamil atau orang kedah sebut pompuan hat nak try mengandung (versi halai couple punya na.. hampa jangan sampai aku cepok pala hampa nah).. .Mula-mula kahwin tu memang tak rasa pa lagi tak dak anak.. mai 2 3 bulan akan rasa satu lain maciam kalau tak dak anak. Rumah rasa sunyi macam mana tak tau nak habaq. Jadi masa itu, aku mula mengikuti beberapa iklan jamu wanita di Instagram. Iklan itu claim yang kalau makan jamu tu, kita akan bertambah subur dan yang tak dak anak boleh cepat lekat anak.. suami pon semakin sayang konon dia kata ‘MV akan jadi ketat dan wangi’ . Aku punya la terpengaruh dengan iklan tu masa tu.. hahaha.. bodoh kan aku.. tapi korang tak de kat situasi aku, nak suami sayang dan nak ada anak punya pasal sanggup buat apa saja. Ajaran sesat ja aku tak buat sebab aku cintakan Allah dan Nabi Allah swt. Aku masih da pegangan agama yang akan aku pertahankan sampai mati. In shaa Allah.. aamiiin..

Lepas tu, aku telah membeli jamu wanita dan susu kambing melalui iklan tersebut. Ada juga mak mertua aku marahkan aku tentang susu kambing yang aku minum tu. Katanya nanti panas badan susah nak lekat anak. Then aku cakap kat mak mertua aku.. “ tak pa mak.. siti dah biasa minum dah susu kambing ni.”  Acece.. ni lah padah nya bila mak mertua tegur tak nak dengar.. sob sob sob.. bukan tak nak dengar, tapi benda dah beli dah membazir pulak kalau buang.

Rupanya bila kita dah kahwin hormon kita lain wey.. lain.. tak macam anak dara dulu. Then aku pun dalam pada tu still lagi minum susu kambing dan makan jamu tu. Dalam tempoh 3 bulan pertama aku kahwin, period still ada macam before kahwin. Masuk je bulan ke 4, time ni actually aku dah habis makan jamu tapi still lagi minum susu tu. Period bulan ke 4 ni tak de.. so, aku pon buat pregnancy test (UPT) tu.. negatif.. okey! Aku pon still positif thinking lagi. 

Pesanan aku, pada anak dara diluar sana yang belum berkahwin, please before atau after kahwin (since korang belum pernah ada anak pertama tapi kalau dah ada anak pertama lain lah yang tu..) jangan ambil sebarang jamu yang kita tak tahu kebenaran sumbernya. Melainkan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor yang perlu dibeli di farmasi bukan dari instagram ke facebook ke twitter ke pa ke. Please sayangi diri anda dan insan yang disayangi. Rupanya jamu dan susu yang aku makan memberi efek kepada hormon aku sampai ganggu kitaran period aku. Tapi masa ni aku ingat aku pregnant, then aku dah tak beli jamu tu ( mujur lah dah stop beli ).

           Masuk bulan ke 5 lepas kahwin means dalam bulan 12 macam tu la, period still tak de jugak. Aku pon ulang UPT balik. Still negative. Okey, aku still lagi positifkan diri lagi.. pregnant kot tapi baby tak nak tunjuk lagi. Masa ni la aku beli 100 pcs UPT.. 


aku ulang 100 pcs okey..


 hari-hari aku test  tiap kali bangun tidur. Result dy still sama.. still negatif. sampai la bulan 4 tahun 2018.. nanti aku sambung cerita lagi ye. klik sini .



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~