Hari ni saya nak kongsi sikit mengenai pregnancy test (UPT).
Pregnancy test atau ujian kehamilan ini dilakukan oleh seorang wanita yang pernah atau telah melakukan hubungan kelamin bersama pasangannya dalam tempoh 24 jam ke atas.
Tujuan ujian ini dilakukan bagi memeriksa sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak hamil hasil persetubuhan tersebut.
Ujian kehamilan ini boleh dilakukan ke atas ujian air kencing wanita tersebut atau lebih dikenali sebagai Urine Pregnancy Test (UPT).
Ujian kehamilan ini untuk menguji tahap kandungan hormon human chorionic gonadotropin (HCG) yang dirembeskan oleh seorang wanita semasa hamil. Hal ini kerana hormon ini berkait rapat dengan placenta bayi sebaik sahaja berlaku persenyawaan dan perlekapan janin pada dinding rahim.
Ujian kehamilan ini boleh dilakukan sendiri tanpa pengawasan doktor atau pendek kata boleh dilakukan sendiri di rumah atau di mana saja. Malah tidak memerlukan modal yang mahal.
Kalau kitaran haid yang normal pada setiap bulan iaitu antara 21 - 35 hari untuk haid yang seterusnya. Kalau kitaran haid tidak normal, kita akan menghadapi kesukaran sikit untuk pregnant namun boleh berbincang dengan doc untuk solusi yang terbaik.
Contoh macam saya sendiri, kat bawah ni saya ambil kitaran haid tahun lepas. Maaf bukan niat saya nak buka aib tapi ni cuma sebagai panduan untuk setiap wanita yang baru berkahwin seperti saya.. Sebab bila kita baru berkahwin, kita akan malu nak bertanya mak-mak kita bab ni semua kan. So, saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu..
Okey, boleh tengok bawah ni ye.. Period cycle saya tak stabil.. Kalau nak tengok yang hampa punya boleh try kat sini.. https://whenmybaby.com/menstrual_cycle_calculator.php
Kitaran haid yang normal membolehkan kita melakukan ujian kehamilan seawal hari pertama lewat period yang berikutnya itu. Tetapi kalau nak ujian kehamilan yang lebih tepat seelok nya selepas 2 minggu lewat period.
Sebenarnya upt ni ada banyak jenis sama ada jenis kaset atau stick dan semuanya boleh digunakan cuma sama ada tepat atau tidak saja..
Jenis kaset |
Jenis strip |
Seperti yang kita sedia maklum, brand clear blue ni antara jenis pregnancy test kit yang membolehkan kita tahu status yang tepat sama ada pregnant atau tidak . Ada dua jenis..
Yang jenis ni ada buat simbol .. Tanda + menunjukkan pregnant, - menunjukkan tidak pregnant |
Clear blue jenis ini ada tulis siap-siap sama ada pregnant atau not pregnant.. Kira lagi tepat la.. |
Macam biasa.. Mula-mula kena baca arahan kat box tau setiap kali nak guna UPT tak kisah jenis apa pun.
Period saya tidak normal jadi guna dua2 jenis UPT biasa ni semua tak yakin. Tahun ni saja dah 5 bulan tak period. Jadi saya amat risau.. Saya dah buat scan rahim atau ultrasound , doc cakap saya tiada masalah rahim dan rahim saya tiada sebarang ketumbuhan.
Lepas tu saya ada beli upt brand clear blue ni..
Ni cara-cara nak guna clear blue ni..
1. Kena bukak penutup atas pregnancy test ni.
2. Celup dalam urine cup selama 20saat ( kira slow-slow tak pe)
3. Angkat dan tutup penutup pregnancy test ni..
4. Letak di tempat yang rata.
5. Biar dia loading result selama 2 minit macam dalam video kat atas ni..
Nanti dia akan bagi result sama ada pregnant atau tidak.
Ni pulak penanda aras dia ye..
Pregnancy test brand clear blue ni boleh didapati di watson atau guardian.. Atau pun boleh tengok kat lazada ke shoppee ke..
Kalau kat farmasi jarang ada.. Saya dah tanya banyak farmasi area sungai petani.. Kebanyakkan farmasi pun bagi cadangan beli kat watson ke guardian ke.
Selamat mencuba ye..
Saya ni dah test tapi negative.. Lepas ni nak kena jumpa doc balik la ni..
Apa-apa nanti saya sambung cerita balik ye.
Terima kasih sudi luang masa baca coretan hati saya ni.. Mintak semua doakan saya murah rezeki dan cepat dapat baby ye.. 😘
Okey , papai..
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~