Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ni aku nak ceritakan tentang perjalanan aku follow up pregnancy di klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah aku.
Masih lagi dalam perjalanan mengharungi trimester pertama aku..
semasa appointment yang kedua, aku dan suami perlu ambil darah untuk hiv test dan sebagainya.
pada hari yang sama, aku jumpa doktor untuk periksa kandungan aku.. alhamdulillah masa ni kandungan dah hampir 8 minggu. dah nampak jantung baby berkelip-kelip dah.. kalau mengikut tarikh period aku..
LMP EDD aku jatuh pada 1/8/2021.. masa ni memang teruja sangat.. masa scan baby kat klinik kesihatan suami tak boleh masuk. kiranya suami tengok baby masa kat klinik swasta untuk confirm pregnant hari tu je. Masa ni doktor tak boleh nilai lagi tarikh sebenar. tapi doktor ada la bagi anggaran tarikh ikut anggaran besar janin masa tu.. so, dapatlah lagi dua tarikh.. dalam 17/8 dengan 19/8 .. doktor kata next scan masa 20 week pulak...then, nurse bagi tarikh kat aku untuk minum air gula.. yang ni nak check gdm ada ke tak..
Appointment yang ketiga tu untuk minum air gula..
Malam sebelum aku pergi minum air gula tu.. aku kena start puasa pukul 10 malam.. sebelum minum air gula tu, nurse akan ambil darah dulu.. alhamdulillah disebabkan alahan aku bukannya jenis loya sangat.. jadi aku mampu habiskan air gula tu dengan jayanya.. air gula tu pon sedap.. sebab time tu aku dapat yang air oren punya.. sedap.. habis je minum air gula tu.. terus aku minum air biasa.. dan macam biasa, bila banyak minum air banyak jugak la ke toilet.. hahaha.. lepas 2 jam tu, ambil darah sekali lagi dan boleh balik dah.. alhamdulillah .. next appointment lepas tu dapat result kata aku tak dak gdm.. alhamdulillah syukur sangat .. tak perlu ulang alik ke klinik buat bsp..
bila nak hujung-hujung trimester pertama tu aku kena covid.. kena covid time pregnant kot.. aku memang down gila masa tu.. sikit-sikit menangis ja.. memang rasa macam tak lama ni aku hidup.. kebetulan masa aku masuk hospital tu, statistik kematian berkaitan covid ni memang tinggi jugak la.. itu yang menakutkan aku dan apa yang lebih membimbangkan adalah keselamatan anak aku sepanjang aku pregnant ni. sapa tak risau kan benda boleh bawa maut.. tapi alhamdulillah sepanjang aku berada di hospital , family aku dan family mertua tambah-tambah suami dengan mak mertua antara insan yang sentiasa bagi sokongan kat aku.. sentiasa bagi semangat kat aku untuk aku tak down masa tu..
cerita bab aku kena covid tu.. hampa boleh baca dalam link entry kat bawah ni...
okay, setakat tu dulu hari ni.. aku cerita sampai penghujung trimester 1 aku.. tak de yang menarik pon.. cuma bila aku cerita ni, sedikit sebanyak dapat bantu orang lain yang first experience dalam pregnancy macam aku ni.. lagi pun, boleh la anak-anak aku baca pengalaman mak dia bila dia dah besar nanti.. hehehe.. semoga anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan di syurga.. aamiin..
next entry, kita akan sambung lagi pregnancy journey aku tu.. hehehe.. tak sabar nak cerita part yang paling excited nanti.. tungguuuu.. hehehehe...
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~