Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku derma darah.. pencapaian setakat hari ni aku masih berpuas hati lagi tapi belum sampai target aku lagi.. target aku berapa??? erm.. kalau boleh aku nak capai 50 kali derma darah atau lebih.. harap-harap impian aku ni diizinkan oleh Allah s.w.t..
kita kan hanya mampu merancang.. selebihnya Allah jua lah yang menentukan segalanya..
sejak kali terakhir aku cuba untuk derma darah selepas aku berkahwin.. masa tu aku tak dibenarkan menderma darah atas faktor aku ni baru je setahun pertama berkahwin.. yela, seperti yang kita faham la kan.. kalau baru kahwin mestilah nak anak awal kan kalau boleh semua orang nak bunting pelamin kan.. jadi semestinyalah tak dak istilah merancang keluarga kan.. atas sebab itu jugak lah kita kalau baru berkahwin tidak dibenarkan untuk menderma darah.. risau kiranya kita ter mengandung tapi kita tak tahu.. boleh beri efek pada janin yang dikandung kerana kekurangan darah.. macam-macam lah boleh jadi...
tq google dan owner blog ni |
carta kat atas ni , korang boleh tengok kesan ke atas ibu hamil kalau kurang darah..
kalau korang nak check korang layak ke tak derma darah, boleh tengok kriteria untuk derma darah..
kalau cukup semua tu, mesti boleh punya derma darah.. jom derma darah..
Alhamdullillah yang terbaru aku dah selamat derma darah kat HUSM tapi tak de gambar yang tu sebab malu nak amik gambar. nanti aku try kodek-kodek fon tengok .. kot-kot aku ada ambilkan gambar..
okey, berbalik kepada kes aku tadi.. bila tak boleh nak derma darah tu.. ofkos la akan jadi sedihkan.. jadi, cukup je setahun berkahwin dan memang confirm aku ni tak mengandung.. laju je aku pergi pusat derma darah kat hospital HSAH.. aku kahwin 30/6/2017.. dalam 9/7/2018 terus aku pergi derma darah..
alhamdulillah lepas..
Then aku pon teruskan menderma lagi dan lagi.. sebenarnya seronok bila kita dapat menderma darah ni.. kelebihan yang kita nampak dan tak nampak sangat banyak.. jadi korang pergilah menderma darah.. yang mana yang belum ada kekuatan untuk derma darah tu.. kat sini aku amat mengalakkan korang derma darah.. sebab manfaat tu kita akan dapat untuk diri kita sendiri dimana kita dapat generate darah baru dalam badan kita dan orang lain dapat memanfaatkan darah kita untuk meneruskan kehidupan mereka.. in shaa Allah pahala tu akan mengalir selama mana orang yang menggunakan darah kita tu masih bernyawa.. in shaa Allah..
untuk side aku, kalau orang tanya mana lebih okey kalau kita nak derma darah.. walk in atau ke exhibition booth..
aku lebih prefer yang booth kat mall atau luar dari kawasan hospital. knp?? nanti aku ceritakan dalam next entry ye.. panjang sangat entry pon tak best jugak kan.. hehehee.. sabar ye.. hehehe...
yang ni kat Mydin Tunjong under HUSM |
tapi sebenarnya mana-mana tempat atau hospital okey ja.. asalkan kita mampu menunaikan fardu kifayah kita ni..
tak semua orang beruntung untuk nikmati hidup sihat.. jadi bila kita yang sihat ni membantu sikit apa salahnya kan..
semoga Allah menerima segala amal baik kita..aamiin ya rabbal ala min..
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~