Pages

Thursday, 3 November 2022

Panduan Menyambut Cahaya Mata Kesayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Setelah kita melalui fasa mengandung yang lama selama 9 bulan (kebanyakannya) maka tibalah hari yang dinanti-nanti untuk setiap ibubapa. perasaan cemas, gemuruh, dan gembira atas rasa syukur dengan kelahiran zuriat tercinta. 

Jadi setiap antara kita para ibu bapa perlu tahu apa yang perlu dilakukan setelah memiliki anak dan apa perkara penting yang di sarankan dalam islam untuk dilakukan selepas kelahiran cahaya mata.

Beberapa perkara yang disunatkan untuk dilakukan ketika menyambut kelahiran cahaya mata adalah:-

1. Azan dan Iqamah




Disunatkan Azan di telinga kanan dan Iqamah di telinga kiri.

Dalam hadis riwayat Al-Baihaqi daripada hadis Hassan Ibn Ali, baginda bersabda :
" sesiapa yang memperolehi kelahiran cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan ditelinga kanan dan diiqamah ditelinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan."

Sunat juga dibacakan doa pada telinga kanan bayi tersebut dengan doa :-
" Bahawasanya, aku pohonkan perlindungan Engkau Ya Allah  untuk diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak dari tipu daya syaitan."

2. Memilih nama anak yang sesuai

Para ulama' Fiqah memutuskan bahawa meletakkan nama kepada seseorang bayi itu seharusnya dilakukan sama ada hari pertama, ketiga , ketujuh atau beberapa hari selepas kelahirannya.
Nama yang dipilih haruslah bersesuaian dan dipilih dari nama-nama yang baik dan cantik.

3. Memberitahu jiran dan sahabat atas kesyukuran kelahiran anak dengan melakukan Aqiqah ke atas anak

Disunatkan untuk menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing atau kibas dan hanya dilakukan sekali sahaja.

Sunat bagi seorang anak lelaki 2 ekor kambing atau kibas dan seekor bagi anak perempuan.

seekor unta atau lembu yang dibahagikan kepada tujuh bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.

Riwayat dari Samrah, katanya, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, :-
" Setiap anak itu berbangga dengan Aqiqahnya, disembelihkan untuknya dihari ketujuh kelahirannya, diberikannya nama dan mencukur rambutnya."

Boleh melakukan kenduri kesyukuran atau sekadar jamuan ringan bersama saudara mara dirumah untuk menzahirkan rasa kesyukuran atas kelahiran. sekiranya tidak mampu, boleh memberitahu secara bersemuka atau atas talian.

syarat umur haiwan untuk disembelih :-
* Unta - umur 5 tahun dan memasuki tahun ke 6
* Lembu - umur 2 tahun dan memasuki tahun ke 3
* Kambing atau biri-biri - umur 2 tahun atau telah bersalin gigi
* kibas - umur 1 tahun atau telah bersalin gigi

4. Melakukan tahnik (membuka mulut)

Tahnik (membuka mulut)  dilakukan dengan meletakkan sedikit isi buah tamar di atas jari telunjuk dan memasukkannya ke dalam mulut bayi serta menggerakkan jari itu secara perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri mulut bayi, ini dilakukan sehinggalah isi buah tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekak seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 

lebih afdhal sekiranya bertaknik ini dilakukan oleh mereka yang bertaqwa dan beramal soleh sebagai mengambil sempena dengan ketaqwaan dan sifat soleh mereka.

5. Mencukur rambut





Sebaik-baiknya mencukur rambut bayi  pada hari ketujuh kelahirannya kemudian disunatkan pula bersedekah dengan emas atau perak  seberat timbangan rambut yang dicukurkan itu kepada fakir miskin jika berkemampuan atau jika tidak maka atas sekadar yang mampu dengan wang atau sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda ketika mana anaknya Fatimah melahirkan Hassan . Sabda Baginda s.a.w ,"Cukurlah rambutnya, sedekahlah seberat timbangan (rambutnya itu) dengan perak."

Namun ketika mencukur rambut bayi, dilarang melakukan beberapa perkara seperti dibawah dari Ibn Qaiim Al-Juziah ,:-
1. mencukur secara bertompok-tompok di sana sini di sekeliling kepala
2. mencukur ditengah-tengah kepala dan ditinggalkan sekeliling nya
3. mencukur disekeliling dan ditinggalkan ditengah-tengah kepala
4. mencukur dihadapan dan ditinggalkan di bahagian belakang kepala atau sebaliknya.

keempat-empat perkara itu disifatkan sebagai Al-Qaza' oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan amat ditegah.

Abdullah Ibn Omar r.a. meriwayatkan dengan katanya:-
" Rasulullah s.a.w mencegah Qaza'. "

Perkara-perkara diatas antara perkara yang disunatkan untuk dilakukan ke atas bayi baru lahir.. semoga perkongsian ini memberikan ilmu kepada kita semua untuk menunaikan hak anak-anak kita. :)

jumpa di next entry ye. :)

Terima kasih semua reader. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~