Pages

Wednesday, 18 December 2024

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga.. 

Mintak maaf ye anakku sayang tidak dapat sambut hari lahir mu tahun ni.. sebab kekangan kewangan.. suami excident lagi.. memang banyak cabaran tahun ni..

Tapi Alhamdulillah kami dapat juga bawa Thaqif ke Cameron Highland..

Cerita bab cameron highland ni panjang.. nanti aku cerita dalam entry yang lain..

Nak tahu bab percutian kami.. tunggu dulu ye..

Anakku, 
Tahun depan sayang nak start sekolah kan..
Tahun depan mama buat jamuan kat sekolah ye kalau ada rezeki lebih..
Barulah seronok sikit kan..
Makan ramai-ramai dengan kawan..

Sebenarnya aku sedih sangat tak dapat nak sambut sama-sama masa abang pali dan kak yani mai kelantan haritu..

Aku dah bagitau dah seller nak pick up cake.. sampai lah waktu yang pick up tu dia langsung tak angkat call atau balas whatsapp.. 

Mujurlah dia tak de mintak apa-apa payment.. katanya bayar time ambil ja.. tapi dia tak bagitau apa-apa pon.. sapa yang pernah kena scam macam ni?

Malu jugak kat abang pali dan kak yani benda tak jadi..

Lepas tu kan seller tu tak meseg apa pon even dah lepas hari kejadian.. 

Kot-kot la nak mintak maaf sebab tak angkat call ke kek tak siap ke..

Sepatah pon tak dak bagitau apa-apa..

Aku assume mesti dia tak ingat nak buat kek aku dan buat diam je..

Aku pon malas dah la nak call sebab tak angkat langsung wey..

Dekat 20 kali aku call .. meseg lagi..

Then the next day tu, abang aku dengan kak ipar aku pon nak balik dah.. lepas tu depa ada sedekahkan dekat Thaqif untuk hari lahir Thaqif..

Ya Allah, malunya..

Kesian abang pali.. mesti depa berharap sangat nak join birthday party kami.. party la sangat kan.. makan keluarga je..

Abang pali, jangan pernah serik datang kelantan ye..

Tak pe la, lain kali buat lain la.. sedih sangat kan..

Doakan kami murah rezeki ye..

Okey la..

Jumpa lagi di next entry ye..

Papai..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 17 December 2024

Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua, sambung lagi dari part 2 sebelum ni..


Okey, sekarang aku nak masuk part penting yang aku nak cerita..

sebelum tu, hampa boleh baca apa yang suami aku luahkan dalam statusnya yang panjang lebar di facebook.. hampa baca sendiri.. aku bagi link ja..

sebab kalau aku tulis ni, maunya sampai esok hampa dok baca entry ni lagi.. hahaha.. 
sekarangkan banyak cerita pasal suami / isteri yang meninggal kan.. kat tiktok, facebook atau dalam media sosial lain... atas banyak sebab la kan.. terkecuali yang meninggal sebab pembunuhan ye.. maksud aku yang sebab meninggal tu secara natural atau kenderaan atau  binatang ke apa saja lah yang bukan melibatkan pihak ketiga.. 

sebagai contoh, yang ni salah satu nya lah.. hampa baca sendiri.. aku bagi link ja..

dan banyak lagi kisah lain..isteri excident sebab balik tergesa-gesa dengan prank suami.. suami excident otw balik kerja.. excident jatuh gaung.. kematian semasa mandi air terjun ada kepala air.. macam-macam lagi kan kisah lain kan.. kerap sekarang kita dengar..


aku ni kan.. bila tengok kes-kes macam tu kita akan jadi insaf kan.. masa suamiku excident, aku diberitahu melalui panggilan telefon dari lelaki tak dikenali.. masa tu rasa nak luruh jantung..bawak kereta pon dalam keadaan tangan shaking..aku bernasib baik masa tu dapat dengar suara suamiku.. aku rasa macam lega sangat dapat dengar suara suamiku.. sampai je hospital tengok suamiku terlantar atas katil, menangis aku rasa macam sesak nafas sangat..mujurlah thaqif behave sangat masa tu.. thaqif takut tengok keadaan suami..biasa lah budak-budak..

apa pengajaran yang kita dapat bila kita tengok orang lain pasangannya meninggal dan kita melihat sendiri pasangan kita terlantar sakit??? takkan tak de sedikit pun rasa keinsafan kan..mestilah ada,,.. tak terkecuali aku.

masa tu, dalam fikiran aku mujur lah tidak berlaku apa-apa yang lebih serius kepada suamiku.. dahlah suamiku kerja malam masa tu.. tak dapat spend masa sama-sama.. last peluk pon sebelum suami pergi kerja.. mujur lah Allah masih beri peluang kedua untuk aku berbakti sebagai isteri..

aku kan sekarang kalau ada perselisihan faham .. dah tak nak gaduh lama-lama.. cukuplah paling lama sejam atau beberapa jam ja.. kalau boleh sebelum ke hari esoknya, aku akan pastikan kami boleh berbaik kembali..biarlah sapa pun yang salah.. aku cuba untuk cool down by myself.. rendahkan diri untuk mintak maaf walaupun situasi amat tegang.. 

biasalah rumahtangga.. mcm pepatah melayu la kan, lidah mana yang tidak tergigit kan.. 

kak aku selalu ingatkan aku, kalau bukan perkara besar, kita masih ada peluang untuk baiki hubungan suami isteri..

jadi isteri ni memang kena banyak bersabar.. macam yang kita tau la biasa nya urusan rumahtangga memang diserahkan kepada isteri.. kita memang akan stress sikit tapi just enjoy je..

Allah sentiasa bersama orang yang bersabar..

kenapa aku bagitau macam ni.. sebab kita tak tahu bila pengakhiran kita didunia ni.. kita nak ka diselimuti rasa bersalah dan penyesalan seumur hidup kita hanya sebab ego kita..

sekarang ni pon aku banyak muhasabah diri sendiri, bilamana ada perselisihan faham, aku duduk kejap.. aku cuba untuk pikir balik kebaikan pasangan kat aku.. rasanya lebih banyak yang baik berbanding yang buruk-buruk tu.. jadi aku lebih cepat cool down.. dan mula mintak maaf dulu tanpa kira siapa salah siapa betul.

tapikan bila pasangan kita tak bercakap dengan kita bukan bermaksud suatu kebebasan untuk kita.. boleh jadi pasangan kita memendam rasa dengan kita.. ambil cakna dan  sebelum kita nak diri kita dibahagiakan.. kita kena bahagiakan pasangan atau orang yang kita sayang dulu.. 

kita automatik akan jadi bahagia apabila orang lain bahagia.. 

kak aku pernah bagi nasihat dan aku rasa apa yang kak aku cakap tu betul.. aku patut kongsikan kat sini.. kak aku cakap, dalam dunia ni , kita takkan dapat apa yang kita nak.. kita nak orang buat baik dengan kita, kita nak orang jadi macam ni macam tu.. memang takkan dapat.. sebab dunia ni hanyalah sementara dan ujian buat kita.. betul la kan..  kalau kita lulus ujian, kat syurga banyak nikmat Allah bagi kan.. bersabar lah ye..

peringatan untuk diri dan semua readers jugak,
kita kena berlapang dada dan terima segala ujian yang Allah bagi kat kita dengan redha..
bila ada perselisihan faham, cepat-cepat redakan keadaan dan mintak maaf segera jika perlu..
jangan biar berhari-hari.. sebab kita tak tahu bila ajal kita..
nak ka kita meninggal dalam keadaan pasangan kita tak redha dengan kita..
itulah benda yang paling merisaukan..

semoga kita semua dapat berubah ke arah kebaikan dan tak salah pun untuk kita rendahkan ego kita untuk satukan balik keharmonian rumahtangga kita..

entry ni lebih kepada peringatan kepada diri aku sendiri sebenarnya.. 

Hidup kita ni takkan lari dari ujian.. 

Sejauh mana kita lari dari ujian, lagi banyak kita akan diuji..

Jangan lari dari ujian, hadapi dengan ilmu dan sabar.. kak aku cakap, hidup kita ni kena penuhkan dengan dengar ceramah, dengar ilmu-ilmu dari ustaz ustazah..barulah kita dapat muhasabah diri kita..

Kalau ada yang berminat untuk beli pendrive ustaz wadi annuar...

Dalam pendrive tu ada macam-macam ceramah dan bacaan ayat suci al-quran.. hampa boleh tekan link dan beli kat situ..

Sebenarnya ujian ni lah yang menambahkan warna dalam hidup manusia..

Macam dalam lagu bawah ni.. cuba hayati lirik nya..

Kesenangan yang datangTak akan selamanyaBegitulah selepas susah ada kesenanganSeperti selepas malam (malam)Datangnya siangOleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatanUntuk kebaikkanSebelum segalanya terlepas dari genggamanKelak menyesal nantiTak berkesudahanApa guna sesalanHanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjanganKelak akan membawah putus asa pada TuhanIngatlah biasanya kabusTak berpanjanganSetelah kabus berlaluPasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari AllahApakah kita kan sabarAtaupun sebaliknya
Ya betul, lepas kesusahan akan datang kesenangan..

Berbaik sangka lah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Allah takkan uji kita kalau tak mampu..

Cuba hampa senyum.. 😁😁😁 

Ha... kan comey senyum macam tu.. 🤗🤗🤗🤗

La tahzan okey..


terima kasih sudi baca sampai habis..

jumpa lagi next entry ye..

Kalau perlu save la blog ni dalam google bookmark hampa.. bila-bila nak baca dialu-alukan.. 🥹🥹🥹

papai..

assalamualaikum..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua.. kali ni aku nak bercerita sambungan kepada kisah aku yang sebelum ni.. hampa boleh tengok kat post sebelum ni.. ni aku bagi siap-siap link.. tak gaduh hampa dok pi cari.. Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 1)

ni gambar eksiden suami yang sempat aku ambil sebagai kenangan..


waktu mula-mula aku sampai.. aku tak sempat ambil gambar.. sebab kalut dengan thaqif.. masa tu doktor tak balut lagi.. takut wey nak tengok luka.. doktor nak tunjuk kat aku..tapi aku tak mau sebab takut.. gambar bawah ni selepas depa cuci luka dan depa balut dah luka.. 








Suamiku excident beberapa hari sebelum hari lahir suami.. kesian jugak la kat suami.. aku pun sendiri tak sangka sebabnya kami dah rancang nak celebrate birthday dengan anniversary wedding kami kat cameron highland.. semua dah tempah dah.. last-last bagi kat adik aku dengan adik ipar aku.. suruh depa pi honeymoon.. mungkin rezeki kami lain kali pulakkan.. redha je la.. benda nak jadi kan..

Tula kan dalam hidup ni kita hanya mampu merancang..selebihnya Allah yang tentukan.. Aku bersyukur sangat walaupun Allah bagi ujian dekat aku dengan suami excident.. tapi Allah Maha Besar bagi aku peluang untuk berbakti lagi kepada suamiku.. alhamdulillah, dah la banyak dosa dengan suamiku.. hahaha.. 


Terima kasih kak ipar bagi fruit bouquet untuk suami


Terima kasih semua yang mana yang memberikan sumbangan untuk suami dan keluarga kami.. terima kasih kepada mak dgn bapa mertua yang sanggup turun padang membantu jagakan thaqif dan ada keluarga kawan suami jugak yang bantu jagakan Thaqif sementara suami masuk operation hall.. alhamdulillah Allah datang kan ujian sekali dengan cara selesaikan ujian.. alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani..

Allah takkan timpa kan ujian kalau kita tak mampu hadapinya.. hidup ni Allah dah atur elok dah..


ni gambar tangan suami selepas pembedahan



tengok pon seriau wey.. mujur cuci kat hospital dengan kk je..kalau cuci sendiri aku pengsan wey.. hahaha..

pembalut ni memang berjasa sepanjang suami berpantang..


ni kaki suami yang tulang dalam dia patah..masuk dawai..

ni dawai tu..gerun wey tgk..
  

Terima kasih kepada semua doktor dan nurse yang menjaga suami dari awal sampai lah suami sembuh.. walaupun ada masalah berkaitan tulang sikit.. tapi semuanya berjalan dengan lancar dan rapi.. layanan pon terbaik.. terima kasih Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.. jasamu dikenang.



ni keadaan motor masa kami melawat di bengkel yang cover insurans 



ni la punca excident



Haritu aku ada bagitau yang suami aku excident kan.. alhamdulillah lani dah recovery 90% cuma still tulang dalam tak cantum elok lagi.. yet suami aku sendiri pon still tak mampu angkat berat-berat lagi.. main dengan tulang ni biasalah.. makan tahun jugak kalau nak sembuhkan.. 

Tapi suamiku dah start kerja dah almost 1 month.. alhamdulillah, suka tengok suami dah mula semangat balik..

setelah hampir 2 x masuk hospital , sekali masuk sebulan..kali kedua masuk hospital dalam 2 minggu macam tu.. mujur lah ada mak dan bapa mertua yang sudi datang dari kedah ke kelantan untuk jaga kan Thaqif sepanjang kami duduk di hospital dan mak juga jagakan Thaqif di kedah selama sebulan kami berada di wad.. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.. Allah saja yang dapat balas jasa baik mak dan bapa mertua. semoga Allah berikan mereka kesihatan yang baik, diampunkan segala dosa mereka  serta mendapat rezeki yang melimpah ruah di dunia dan diakhirat..aamiin..

selama 5 bulan suami berpantang dirumah.. ada la dalam beberapa kali aku ajak suami keluar rumah untuk ambil angin di luar.. kadang-kadang bila kita sakit, kita tak boleh terlalu lama stay dalam suasana rumah ja.. kita kena bawak mereka untuk keluar ambil angin tengok kehijauan alam.. sebab dengan cara tu akan memotivasikan orang yang sakit ni supaya mereka berasa lebih bersemangat , tidak mudah rasa down dan lebih rasa segar bila hirup udara segar sambil santai-santai..






sebenarnya kita dah tak boleh guna dah terms yang bilamana kalau sakit atau berpantang kena berperap je di rumah.. sebenarnya orang yang sakit ni kita kena bawak mereka keluar dari situasi sakit mereka tu terutama sekali orang yang lumpuh atau orang yang hanya berwheel chair sahaja.. sekali sekala kita kena bawak mereka untuk tengok benda-benda natural.. pokok menghijau, langit yang luas, dan pantai yang mendamaikan.. itulah yang bagi mereka semangat untuk hidup..

kadang-kadang bila kita lama sangat terlantar atas katil, kita akan dikunjungi pelbagai emosi negatif.. rasa diri tak sempurna, rasa nak marah-marah dan rasa lost hope untuk hidup..stress ja.. 

kita sebagai orang terdekat, kenalah bagi semangat..kalau depa tak mau, ajak jugak..sebenarnya untuk kebaikan mereka jugak..

ada sebab Allah ciptakan pantai, air terjun dan mengilhamkan kepada manusia untuk adakan tempat rekreasi..sebabnya untuk kita menghargai dan mencintai alam semulajadi..jadi akan bagi refleks kepada hormon positif dalam badan kita.

Apa-apa pon, ingat ye, ujian yang Allah bagi mesti ada hikmahnya..dan setiap insan Allah bagi ujian yang berbeza dan penyelesaian yang berbeza sesuai dengan kemampuan seseorang.. jadi jangan bandingkan ujian kita dengan ujian orang lain..

Miskin pon ujian, Kaya pon ujian, Sihat pon ujian, Sakit pon ujian, Derita pon ujian, Bahagia pon ujian.

cuma macam mana kita handle ujian kita tu yang menentukan takdir kita pada masa hadapan.

ya, memang takdir kita ditentukan di loh mahfuz sejak lahir lagi.. tapi selagi kita hidup dan bernafas , Allah bagi kita rezeki akal untuk berfikir dalam mengubah takdir hidup kita. melainkanlah kita dah sampai seru.. maka time tu terputuslah segalanya kecuali doa dari anak yang soleh solehah, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.. maksudnya masa tu.. rezeki kita takat tu ja dan takdir hidup kita sampai situ ja..

okey, panjang pulak kali ni..

terima kasih sudi baca sampai habis.. :)

jumpa di next entry ye..

la tahzan ye.. jangan sedih-sedih ye..

kuat kan semangat dan hadapi hidup dengan lebih baik..

semoga Allah memudahkan segala urusan kita didunia mahupun diakhirat kelak..aamiin...

papai..

Assalamualaikum semua..