Pages

Tuesday, 17 December 2024

Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua.. kali ni aku nak bercerita sambungan kepada kisah aku yang sebelum ni.. hampa boleh tengok kat post sebelum ni.. ni aku bagi siap-siap link.. tak gaduh hampa dok pi cari.. Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 1)

ni gambar eksiden suami yang sempat aku ambil sebagai kenangan..


waktu mula-mula aku sampai.. aku tak sempat ambil gambar.. sebab kalut dengan thaqif.. masa tu doktor tak balut lagi.. takut wey nak tengok luka.. doktor nak tunjuk kat aku..tapi aku tak mau sebab takut.. gambar bawah ni selepas depa cuci luka dan depa balut dah luka.. 








Suamiku excident beberapa hari sebelum hari lahir suami.. kesian jugak la kat suami.. aku pun sendiri tak sangka sebabnya kami dah rancang nak celebrate birthday dengan anniversary wedding kami kat cameron highland.. semua dah tempah dah.. last-last bagi kat adik aku dengan adik ipar aku.. suruh depa pi honeymoon.. mungkin rezeki kami lain kali pulakkan.. redha je la.. benda nak jadi kan..

Tula kan dalam hidup ni kita hanya mampu merancang..selebihnya Allah yang tentukan.. Aku bersyukur sangat walaupun Allah bagi ujian dekat aku dengan suami excident.. tapi Allah Maha Besar bagi aku peluang untuk berbakti lagi kepada suamiku.. alhamdulillah, dah la banyak dosa dengan suamiku.. hahaha.. 


Terima kasih kak ipar bagi fruit bouquet untuk suami


Terima kasih semua yang mana yang memberikan sumbangan untuk suami dan keluarga kami.. terima kasih kepada mak dgn bapa mertua yang sanggup turun padang membantu jagakan thaqif dan ada keluarga kawan suami jugak yang bantu jagakan Thaqif sementara suami masuk operation hall.. alhamdulillah Allah datang kan ujian sekali dengan cara selesaikan ujian.. alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani..

Allah takkan timpa kan ujian kalau kita tak mampu hadapinya.. hidup ni Allah dah atur elok dah..


ni gambar tangan suami selepas pembedahan



tengok pon seriau wey.. mujur cuci kat hospital dengan kk je..kalau cuci sendiri aku pengsan wey.. hahaha..

pembalut ni memang berjasa sepanjang suami berpantang..


ni kaki suami yang tulang dalam dia patah..masuk dawai..

ni dawai tu..gerun wey tgk..
  

Terima kasih kepada semua doktor dan nurse yang menjaga suami dari awal sampai lah suami sembuh.. walaupun ada masalah berkaitan tulang sikit.. tapi semuanya berjalan dengan lancar dan rapi.. layanan pon terbaik.. terima kasih Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.. jasamu dikenang.



ni keadaan motor masa kami melawat di bengkel yang cover insurans 



ni la punca excident



Haritu aku ada bagitau yang suami aku excident kan.. alhamdulillah lani dah recovery 90% cuma still tulang dalam tak cantum elok lagi.. yet suami aku sendiri pon still tak mampu angkat berat-berat lagi.. main dengan tulang ni biasalah.. makan tahun jugak kalau nak sembuhkan.. 

Tapi suamiku dah start kerja dah almost 1 month.. alhamdulillah, suka tengok suami dah mula semangat balik..

setelah hampir 2 x masuk hospital , sekali masuk sebulan..kali kedua masuk hospital dalam 2 minggu macam tu.. mujur lah ada mak dan bapa mertua yang sudi datang dari kedah ke kelantan untuk jaga kan Thaqif sepanjang kami duduk di hospital dan mak juga jagakan Thaqif di kedah selama sebulan kami berada di wad.. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.. Allah saja yang dapat balas jasa baik mak dan bapa mertua. semoga Allah berikan mereka kesihatan yang baik, diampunkan segala dosa mereka  serta mendapat rezeki yang melimpah ruah di dunia dan diakhirat..aamiin..

selama 5 bulan suami berpantang dirumah.. ada la dalam beberapa kali aku ajak suami keluar rumah untuk ambil angin di luar.. kadang-kadang bila kita sakit, kita tak boleh terlalu lama stay dalam suasana rumah ja.. kita kena bawak mereka untuk keluar ambil angin tengok kehijauan alam.. sebab dengan cara tu akan memotivasikan orang yang sakit ni supaya mereka berasa lebih bersemangat , tidak mudah rasa down dan lebih rasa segar bila hirup udara segar sambil santai-santai..






sebenarnya kita dah tak boleh guna dah terms yang bilamana kalau sakit atau berpantang kena berperap je di rumah.. sebenarnya orang yang sakit ni kita kena bawak mereka keluar dari situasi sakit mereka tu terutama sekali orang yang lumpuh atau orang yang hanya berwheel chair sahaja.. sekali sekala kita kena bawak mereka untuk tengok benda-benda natural.. pokok menghijau, langit yang luas, dan pantai yang mendamaikan.. itulah yang bagi mereka semangat untuk hidup..

kadang-kadang bila kita lama sangat terlantar atas katil, kita akan dikunjungi pelbagai emosi negatif.. rasa diri tak sempurna, rasa nak marah-marah dan rasa lost hope untuk hidup..stress ja.. 

kita sebagai orang terdekat, kenalah bagi semangat..kalau depa tak mau, ajak jugak..sebenarnya untuk kebaikan mereka jugak..

ada sebab Allah ciptakan pantai, air terjun dan mengilhamkan kepada manusia untuk adakan tempat rekreasi..sebabnya untuk kita menghargai dan mencintai alam semulajadi..jadi akan bagi refleks kepada hormon positif dalam badan kita.

Apa-apa pon, ingat ye, ujian yang Allah bagi mesti ada hikmahnya..dan setiap insan Allah bagi ujian yang berbeza dan penyelesaian yang berbeza sesuai dengan kemampuan seseorang.. jadi jangan bandingkan ujian kita dengan ujian orang lain..

Miskin pon ujian, Kaya pon ujian, Sihat pon ujian, Sakit pon ujian, Derita pon ujian, Bahagia pon ujian.

cuma macam mana kita handle ujian kita tu yang menentukan takdir kita pada masa hadapan.

ya, memang takdir kita ditentukan di loh mahfuz sejak lahir lagi.. tapi selagi kita hidup dan bernafas , Allah bagi kita rezeki akal untuk berfikir dalam mengubah takdir hidup kita. melainkanlah kita dah sampai seru.. maka time tu terputuslah segalanya kecuali doa dari anak yang soleh solehah, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.. maksudnya masa tu.. rezeki kita takat tu ja dan takdir hidup kita sampai situ ja..

okey, panjang pulak kali ni..

terima kasih sudi baca sampai habis.. :)

jumpa di next entry ye..

la tahzan ye.. jangan sedih-sedih ye..

kuat kan semangat dan hadapi hidup dengan lebih baik..

semoga Allah memudahkan segala urusan kita didunia mahupun diakhirat kelak..aamiin...

papai..

Assalamualaikum semua..

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~