Saturday, 11 May 2013

Layakkah aku untuk mu, sayang ???


Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah)

- ISTERI ialah anugrah/hadiah/pemberian kpd seorang suami , andai ditakdir mendpt isteri seperti ini haruslah mendidik dn melentur nye dengan sebaik mungkin .. peranan sbgai seorang suami sngt berpengaruh .. bertegaslah dlm memikul tanggungjawab dn amanah dr Allah
 






~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

4 comments:

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

salam perkenalan, nama saya Azmi. Subhanallah.

Benar sekali pesan ima ghazali ini.

Teringat kisah nabi Allah Ibrahim as mengunjungi rumah anaknya Nabi Ismail as.

Semasa kunjungannya, Nabi Ismail tiada dan baginda disambut oleh menantunya yang baru dinikahi anakandanya.

Semasa Nabi Ibrahim as bertanya kepada menantunya, bagaimana keadaan hidupnya sekarang, banyak keluhan dari mulut menantu barunya tersebut.

Jadi, sebelum Nabi Ibrahim as pulang, Baginda berpesan kepada menantunya untuk menyampaikan kepada anaknya iaitu nabi ismail.

"Tukarlah tiang pintu rumahmu". Terpinga2 menantunya kerana tiang pintu nya masih elok.

Selepas Nabi Ismail as pulang, isterinya pun menyampaikan pesan ayahandanya.

Terdengar sahaja pesanan tersebut makan Nabi Ismail as pun akur. Baginda menceraikan isterinya atas nasihat bapanya. Itulah rupanya maksud yang tersirat pada tiang pintu rumahnya.

Kemudian, Nabi Ismail as menikahi wanita lain dan sekali lagi Nabi Ibrahim as mengunjunginya semasa Nabi Ismail as tiada.

Alhamdulillah pilihan kedua tepat.

Besarnya nikmat dikurniakan isteri solehah seperti ini. Suami patut mengambil berat soal kebajikan dan kesihatan ahli keluarganya.

Jemput singgah blog saya sekiranya berkesempatan. Saling berkongsi ilmu dan pandangn. Insyaallah. Klik saja nama saya

AZMI (Pakar Simpanan Kecemasan)

syafiyyah thoqifah said...

terima kasih kerana memperdengarkan kepada saya suatu kisah yang saya kira amat menarik. erm..benarlah kata saudara tersebut tapi masih banyak kelemahan saya yang perlu sya perbaiki daripada diri saya sekarang ni. insyaAllah..sya akan cuba ubah perlahan-lahan..terima kasih atas kesudian saudara untuk singgah ke blog sya yg tidak seberapa ni..insyaAllah...sekarang jugak sya akan melawat blog saudara.

Mazni Azmi said...

Terus menulis entri2 yang menarik. Nak juga dengar lagi kisah imam ghazali

syafiyyah thoqifah said...

insyaAllah..sya takkan lupa untuk kongsikan ilmu yg saya dapat..kalau saya dah baca bnyak sikit nnty sya ceritakan ye...