Thursday, 4 July 2013

BENGKEL MENGHADIRI TEMUDUGA..

Sebelum menghadiri temuduga
1.       Fahami diri sendiri
·         Ketahui kelebihan dan kekurangan diri sendiri
·         Ketahui juga kemahiran dalaman dan luaran diri sendiri

2.       Kenali dan meneka soalan yang bakal diajukan
·         Ketahui tentang syarikat yang telah diminta itu
·         Ketahui lokasi untuk ditemuduga
·         Ketahui tugas-tugas bagi kerja yang diminta itu
·         Ketahui juga gaji yang sepatotnya diperolehi untuk kerja tersebut.. ( sbb kdg2 penemuduga nak uji tentang gaji kat kita..hati-hati soalan trick ini)
·         Buat summary tentang apa yang kita faham dengan kerja tersebut.

3.       Sediakan resume yang secara detail dan menarik
·         Utamakan personal detail
·         Highlight kebolehan diri sendiri
·         Gunakan ayat yang simple and sweet untuk buat summary tentang diri korang
·         Nice spacing ( 1.5 -2.0 ) * memudahkan pembacaan
·         Boleh buat dalam bullet list
·         Ceritakan serba sedikit tentang pengalaman bekerja
·         Nyatakan kemahiran dalaman dan luaran korang
·         Senarai pendekkan anugerah yang pernah diperolehi
·         Selitkan dengan kurikulum dan kokurikulum yang pernah korang ceburi
·         Letakkan sekali reference contact

4.       Persediaan dalaman dan luaran
·         Membuat solat hajat sebelum @ selepas solat subuh
·         Membuat solat dhuha (jika sempat)
·         Ketahui pengalaman daripada individu lain yang pernah mengikuti sesi interview jika korang baru 1st time nak pi interview..
·         Memakai pakaian yang kemas dan tidak berwarna warni..
·         Seeloknya pakaian formal seperti baju kurung , baju kemeja , baju batik..
·         Warna pakaian yang digalakkan :- hijau muda, hijau , biru dan putih. (warna pastel dan nampak lembut  je tau..jangan terlalu menonjol seperti warna oren, merah dan kuning terang...sbb kita nak pi temuduga..bukan nak pi menggoda..)
·         Pastikan kasut bertutup dan memakai stokin
·         Pastikan korang menjamah sedikit makanan.. ( kdg2 ada orang yang terlalu ketaq..sampai tak lalu nak makan..kene makan sikit tau..sikit pon jadi la..)
·         Minumlah air secukupnya (jangan minum air sejuk)
·         Pastikan semua dokumen telah disusun rapi dan salinan dokumen juga dibawa.
·         Jangan lupa membawa kad pengenalan dan lesen memandu (sbb ada sesetengah syarikat yang ambil berat mengenai lesen ni..ikut kepada tugas yang korang mintak la).. oh ya,.. kena fotostat jugak tau yg ni..

Semasa ditemuduga
·         Sampai ke tempat temuduga lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.. ( ini menunjukkan attitude kita)
·         Duduk diam-diam di tempat menunggu...tunggu giliran sehingga dipanggil..
·         Masuk ke dalam bilik penemuduga dengan sopan.. ( ketuk terlebih dahulu.. yang penting, jangan menghempas pintu tersebut.. ketika berjalan ke hadapan penemuduga, jgn membelakangkan penemuduga)
·         Bersalaman dengan penemuduga yang bersamaan jantina saja
·         Gunakan bahasa badan
·         Mengucapkan kata-kata aluan kepada penemuduga..
·         Jangan duduk selagi penemuduga tidak suruh duduk
·         Jika penemuduga membenarkan untuk duduk.. duduklah dengan sopan dalam bentuk H.. jangan cross leg tau...
·         Mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh penemuduga
·         Jaga eye contact
·         Sell yourself ( bukan menjual maruah tau..tetapi meyakinkan penemuduga dengan kebolehan dan kemahiran yang kita ada)
·         Bersikap jujurlah dalam setiap persoalan yang diutarakan
·         Bercakap mengikut mood penemuduga
·         Jangan cakap banyak sangat ( takut nanty penemuduga hilang tumpuan dan mula boring)

Selepas ditemuduga
·         Ucapkan terima kasih
·         Bersalaman dan memberikan senyuman yang paling manis
·         Hantarkan ucapan terima kasih melalui email dan surat
·         Keluar dari bilik tersebut dengan baik
·         Lakukan solat syukur kerana melepasi tahap genting
·         Teruskan melakukan solat hajat dan istiqarah


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: