Tuesday, 31 December 2013

angan-angan.............................ku ( ambang 2014 )

assalamualaikum dan salam sejahtera..

aku cuba nak lepaskan tension aku selepas study yg tak sampai sejam...
itulah diriku..
baru baca kejap dah mengantok..
jadi aku ambil langkah untuk menulis blog yg super simple ni..hehehe..
erm... malam ni aku nak menceritakan tentang angan-angan ku...
oleh kerana dalam masa sejam lebih lagi kita akan ke gerbang 2014..
bukan gerbang perkahwinan tau..hehehe..
jadi banyak la kiranya idea-idea untuk aku menaip malam ni..
ampa layan je la na apa yg aku nak cakap ni..hehhee..
ofcoz la apa yg bakal aku cakap ni memang totally bout me..
erm.. aku memang ada niat nak berubah..
aku fhm bila org selalu dok tnya aku..
 " ang ni bila la nak berubah..cuba jadi matang sikit. "
mak pon ada cakap benda yg sama jugak..
aku tgh mencuba la ni..
aku ni bukannya baik sangat..
tapi tak salahkan kita cuba nak berubah jadi baik..
mesty ada org cakap..
ala..dia ni cakap je...
kan dah nama pon azam 2014..
ikut suka i la nak azam pe pon..heheh..
janji kita ada jugak inisiatif untuk berubah..
jangan sampai tak pikir langsung nak berubah..itu sgt rare,...
azam aku mungkin ada yg sama dengan tahun lepas..
kerana banyak lagi tak tercapai..

apa azam aku taun lepas yg tak berjaya???
nak jadi anak yg baik..
mmg sampai skrg pon susah lagi nak capai status tu..
bukan senang nak memenangi hati ibubapa kita..
bila kita dah tackle hati abah..hati mak pula yg terluka..
ya Allah..aku takut nnty Allah tak nak terima segala amalan aku,..
hanya kerana aku pernah menderhaka kat mak aku...
serius tak bermaksud pon aku nak buat macam tu...
kadang2 aku terpikir kat mana salah aku..
tapi ntahlah..mungkin mak ngan abah betul..
aku tak nak la..disebabkan aku ni ( like anak derhaka ni)..
mak dgn abah susah nak masuk syurga sbb kena soal bnyak dgn Allah nnty..
aku kalau boleh nak jumpa mak ngan abah kat syurga nnty..

kedua..
aku nak jadi adik @ kakak yg baik..
yg ni memang dri dulu lgi aku dok pegang..
tapi entah knp skrg aku dah jadi fed up nak jadi kakak yg baik..
sbb aku salahkan diriku yg sampai skrg tak mampu nak didik adik aku..
aku takut kalau mak ngan abah kena soal ttg adik aku nnty..
tapi sikap adik aku yang membuatkan aku putus asa untuk ajaq dia..
insyaAllah taun depan aku akan buat balik..
aku takkan putus asa..
seyesly..aku nak tgk adik aku berubah..
bila aku dpt tgk adik aku berubah..itu adalah kejayaan terbaik aku..

ketiga..
aku nak berusaha lebih lagi untuk jadi pelajar yg bukan sahaja berjaya di dunia tetapi insyaAllah berjaya di akhirat jugak..
tapi susah untuk capai matlamat ni...
perlukan banyak pengorbanan..
seriusly kadang2 aku rasa macam aku tak mampu nak pikul...
aku ni banyak sgt main...
tu yg jadi lagu ni..

keempat...
aku akan cuba jadi kawan yg baik..
insyaAllah..aku akan cuba sedaya upaya...
mungkin aku bukan roommate yg baik..
terhadap roommate aku yg skrg atau bekas roommate aku dulu..
tapi insyaAllah...aku akan jadi roommate yg terbaik 
untuk my future roommate...  ( wink...wink... ! )..ehehhehe...

kelima...
yg ni mungkin lambat lagi...
tapi akan cuba yg terbaik dari sekarang..
ilmu aku bab2 ni pon tak banyak lagi..
aku masih dan sedang mempelajari ilmu2 ke alam yg baru ini..
aku pernah berhasrat untuk pakai macam ni...


masa hari bersejarah aku nanty...
tapi entah lah...
dari sekarang pon banyak benda lgi yang nak kena perbetul..
kena perbetul niat...
cara berpakaian...
cara pergaulan..
dari segi fardu ain kena mantap..
fardu kifayah kena ambik tau...
macam-macam lagi..

aku amat menghormati ada sesetengah pihak yang boleh berubah dengan mudah dan segera..
silakan..
aku tak kata langkah yg mereka ambil itu salah...
tapi bagi aku..
nak berhijrah ni bukannya mudah..
pengorbanan yg besar diperlukan..
aku ni..
mcm mna nak berubah..
sedangkan perkara asas (hubungan kekeluargaan) aku pon aku tak mampu nak perbaiki lagi..
dengan diri sendiri asyik dok buat benda salah yang aku sedar salah tapi aku dok buat jugak kesalahan yg sama..
teruk ke tak teruk aku ni kan...

biarlah aku berubah slow2..
aku nak sekali aku dah berubah..
aku takkan berpatah balik ke takuk yg lama..
biar org tau yang  aku memang serius nak berubah...
dan biar masa tu..
walaupun langit berputar..aku takkan ubah pendirian aku..
dan aku paling tak suka kalau ada org yg nak mempengaruhi dalam perubahan yg bakal aku lakukan..
aku nak bila aku buat sesuatu tu ikhlas kerana Allah..
bukan sebab alasan tertentu..
bagi aku..
apa-apa pun niat tu yang penting kan..

apa pula azam anda tahun 2014??
cuba check blik..
jom muhasabah diri sama-sama dengan aku malam ni..   :)

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: