Thursday, 8 June 2023

Wanita : Jom kenali diri anda ( Bhg. 7 - kenali bra/coli anda)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan dari entry yang lalu..

Maaf terlalu lama berhenti menulis.. Kebetulan sekarang dah jadi suri rumah.. Ada lah sedikit masa untuk menulis.

Pada kali ini saya nak terangkan cara untuk kita kenal saiz bra (baju dalam) dan jenis-jenis bra yang kita sesuai pakai untuk tubuh badan kita.

Pemilihan bra yang sesuai akan membuatkan kita selesa dengan aktiviti seharian kita.


Gambar kat atas ni secara overall tentang bra.. Kira macam benda yang ada kat bra la biasanya..  Bab besi dalam bra tu ada bra yang tak dak besi dan ada yang ada.. So, kalau lebih suka buah dada nampak montok boleh guna yang ada besi tu.. Tapi biasanya yang besi tu, kita tak boleh pakai dalam tempoh panjang.. Biasanya paling lama pakai 8 jam ja.. Sebab nanti dia akan rasa sakit kat bahagian bawah dada dan sisi ketiak.. Tapi bagi individu yang dah biasa, boleh ja nak pakai macam tu. Tiada halangan. Ni cuma suggestion sahaja. Jangan lah ambil serius sangat ye. Hehehe..

untuk adik-adik yang baru nak belajar pakai bra.. 
bra ni ada beberapa jenis.. bukan hanya jenis saiz je.. A , B ,C, D.. tapi jenis cup tu sendiri membezakan saiz.. bukan saiz yang membezakan jenis bra.. faham tak.. maksud nya tak semestinya pakai cup D tu merujuk saiz breast yang besar.. salah info tu.. sebenarnya tak semestinya kita pakai saiz B untuk full cup kita kena ambik saiz B jugak untuk half cup.. kita kena ikut saiz dada kita.. nanti kita tengok macam mana nak kira saiz dada kita untuk pilih bra yang sesuai..

Jenis-jenis bra ni berbeza mengikut keperluan, situasi dan keselesaan...



  • full cup bra ( kebanyakkan wanita guna jenis ni sebab lebih selesa untuk aktiviti harian
  • half cup bra ( yang ni biasanya kalau kita pakai gown atau corset.. sesuai la pakai.. sbb biasanya bra ni di design dengan tidak bertali.. )
  • 3/4 cup bra ( bra ni biasanya dipakai untuk menampakkan efek payudara yang besar bagi mereka yang berpayudara kecil atau sederhana)
  • bra berbentuk t-shirt ( bra ni sesuai dipakai untuk mereka yang baru belajar memakai bra dan ada beberapa jenis.. ada yang mempunyai span dan ada yang tidak mempunyai span di bahagian dada..)
  • sport bra ( biasanya dipakai oleh para atlet untuk memastikan baju mereka lebih ketat dan memudahkan mereka melakukan aktiviti lasak)
  • push-up bra ( biasanya dipakai untuk mereka yang gemar menonjolkan bahagian dada dan menampakkan efek payudara yang montok dan anggun)
  • bullet bra ( biasanya zmn p ramlee ramai wanita yang pakai.. dia nampak efek tajam sikit kat bahagian nipple)
  • bra boleh-ubah ( bra ni talinya boleh ditanggalkan atau dipakai mengikut jenis baju si pemakai)
  • mama bra atau maternity bra ( bra ni kebiasaannya boleh dibuka di bahagian hadapan bra untuk memudahkan penyusuan bayi dan biasanya material untuk bra ni lebih lembut dan sangat selesa..)
  • triangle bra (biasanya dipakai untuk musim panas atau untuk berjemur atau untuk tidur kerana bra ni sangat simple dan ringan)
  • swim bra ( biasanya bra ni lebih ringan dan cepat kering dan didatangkan dalam satu set sekali dengan underwear)
  • stick on bra ( bra ni biasanya jenis silicon / satin/ silk .. bra ni tidak mempunyai tali dan hanya dilekatkan / ditampal di atas puting /nipple)
  • underwire bra ( bra ni sesuai untuk mereka yang bertubuh gempal kerana ada sokongan besi di bawah payudara yang menyokong payudara dari kelihatan jatuh dan tidak bergoyang)
ada banyak lagi jenis bra.. tapi yang dinyatakan kat atas ni.. yang biasanya dipakai oleh setiap wanita untuk harian dan event tertentu..

Cara ukur saiz bra yang sesuai..

tq google


A -  kena ukur lilit atas dada ( atas puting payudara / upperbust)
B -  kena ukur lilit bawah dada (underbust)

size Bust / saiz cup : kena ambil ukuran A - ukuran B


tq kak avon

tq kak avon






Cara pemakaian bra yang betul 

  1. Pegang cup bra dengan kedua-dua belah tangan.. rapatkan ke badan.. sarungkan tali ke bahu dan pastikan bra terletak selesa..
  2. Bengkokkan sedikit badan..pastikan payudara memenuhi cup bra.. dan cangkuk penyangkuk bra di belakang..
  3. Bahagian bawah ketiak, tolak lebihan isi ke dalam cup bra..
  4.  Laraskan tali dan betulkan bahagian cup bra agar payudara berada dalam keadaan selesa..
Tips apabila ingin mencuba coli/ bra sebelum membeli

  • Pastikan lilitan bawah cup bra tidak terlalu ketat atau tidak terlalu longgar
  • pastikan tali bahu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar
  • angkat tangan dan pastikan coli tidak terangkat.

semoga perkongsian ini membantu adik-adik yang baru nak berjinak dengan pemakaian bra atau coli..

seawal umur berapa yang sesuai untuk pakai bra /coli?

pemakaian bra / coli ini tidak mengikut had umur tetapi mengikut perkembangan fizikal anak anda kerana setiap orang memiliki perkembangan fizikal badan yang berbeza mengikut usia mereka baligh. ada wanita yang telah baligh seawal usia 9 atau 10 tahun.. tempoh pertengahan tu boleh dikatakan pada usia 11 hingga ke 14 tahun.. usia lewat baligh sepatutnya 15 tahun tetapi sekiranya umur 15 tahun belum mengalami tanda-tanda baligh atau turun haid bagi seorang perempuan.. anak anda wajib berjumpa dengan doktor dengan kadar segera kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan.

secara umumnya sekiranya perempuan akan mengalami haid pertama, antara bentuk fizikal yang pertama sekali dapat dikenalpasti adalah adanya payudara. namun ada juga kanak-kanak perempuan yang datang haid dahulu baru diikuti dengan adanya payudara.. 

jadi haid bukan penentu untuk pakai bra atau tidak... tetapi bentuk fizikal kanak-kanak itu yang menentukannya. untuk para ibubapa yang tidak tahu sama ada untuk membelikan anak anda jenis bra yang sesuai.. disini dicadangkan bra jenis t-shirt supaya anak anda akan berasa lebih selesa.. jangan terus ajarkan mereka menggunakan bra biasa kerana dikuatiri mereka tidak selesa ketika berada seharian di sekolah.






Atau anda boleh membeli yang jenis singlet tetapi ada span dibahagian nipple..bra jenis ini mungkin lebih selesa..


setakat ini dulu perkongsian kali ni.. semoga bermanfaat ye untuk semua terutamanya buat adik-adik yang baru baligh, untuk ibu bapa tunggal.. :)

jumpa lagi di lain entry..

terima kasih sudi berblogwalking di sini.. :)




  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: