Pages

Monday, 21 November 2022

update!!!! Wah!! Banyaknya warna!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Jom shopping !!! Tudung Bawal Instant..

Tudung Sauk Arena :)

🍁TUDUNG SAUK ARENA🍁
😱😱 SAUK-SAUK TERUS MUDA 😱😱

❤️ Pelbagai pilihan warna yang menarik ❤️

Kelebihan tudung bawal instant ni..
1. Mudah dipakai.. hanya perlu sauk /sarungkan saja..
2. Mudah dibentuk..
3. Tudung yang sangat ON POINT..
4. Mudah digosok.. (minimal iron / lebih kepada ironless)..
5. Material kain yang tidak panas dan selesa dipakai..
6. Materialnya terasa ringan πŸ₯°
7. Harga yang mampu milik dengan kualiti terbaik..

🌹 Size M
🌹 Bidang : 45
🌹 Material : CHIFFON VOILE
🌹1 helai RM25

🌹 Size L
🌹 Bidang : 55
🌹 Material : CHIFFON VOILE
🌹1 helai RM30

🍁 4 helai free postage
πŸ’ Boleh mix warna πŸ’πŸ˜Š
🎁Free gift disediakan πŸ€—

#tudungsaukarena #tudungarena #tudungbawalmurah #bawalonpoint #tudungarena #bawalinstant #saukarenabytina #saukarenakelantan #dropshipwanted #teamhanasuhana

klik je kat sini..



jemput singgah ye ... :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 17 November 2022

Nama-nama Rasul- rasul s.a.w

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni saja la nak refresh balik kan nama-nama Rasul Allah. 

Nama-nama Rasul juga sesuai dijadikan nama anak-anak kita..

Antaranya;-
  1. Adam
  2. Idris
  3. Nuh
  4. Hud
  5. Salih
  6. Ibrahim
  7. Lut 
  8. Ismail
  9. Ishaq
  10. Ya'qub
  11. Yusuf
  12. Ayyub
  13. Zulkifli
  14. Syu'aib
  15. Yunus
  16. Musa
  17. Harun
  18. Ilyas
  19. Ilyasa
  20. Daud
  21. Sulaiman
  22. Zakaria
  23. Yahya
  24. Isa
  25. Muhammad
Nama-nama Nabi ulul-azmi
  1. Nabi Nuh - diberikan mukjizat keselamatan dari Allah untuk berlindung didalam bahtera besar sebelum berlakunya banjir besar.
  2. Nabi Ibrahim - diberikan mukjizat keselamatan dimana Baginda terselamat dari panas api yang membakarnya.
  3. Nabi Musa - diberikan mukjizat berupa tongkat yang boleh bertukar menjadi ular dan Baginda boleh menggunakan tongkatnya untuk membelah laut.
  4. Nabi Isa - diberikan mukjizat dengan cara Baginda mampu menyembuhkan orang-orang yang buta dan menghidupkan orang-orang yang meninggal dunia.
  5. Nabi Muhammad s.a.w - diberikan mukjizat dengan cara Baginda mampu membelah bulan terbahagi dua dan Baginda juga dapat mengeluarkan air dari celah jari-jemari Baginda s.a.w. Baginda juga diberikan keistimewaan untuk memberikan syafaat kepada umat Baginda ketika di padang mahsyar kelak.
Nabi-Nabi dan kitabnya
  1. Nabi Daud a.s diberikan kepadanya Kitab Zabur
  2. Nabi Musa a.s diberikan kepadanya Kitab Taurat
  3. Nabi Isa a.s diberikan kepadanya Kitab Injil
  4. Nabi Muhammad s.a.w diberikan kepadanya Kitab Al-Quran sebagai kitab yang menyempurnakan kitab-kitab sebelumnya.
Nama-nama Nabi yang bukan Rasul
  1. Khidhir
  2. 'Uzair
  3. Luqman
  4. Iylia'

setakat ini dulu perkongsian kali ni, kalau banyak-banyak sangat nanti ada yang tak larat bacakan.. hehehe..

jumpa di next entry ye..

tq semua reader.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 14 November 2022

Nama-nama Allah s.w.t yang mulia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Nama-nama Allah s.w.t ini disebut bagi menunjukkan sifat-sifat Allah s.w.t dan merupakan salah satu cara kita mengenal Allah s.w.t pencipta kita.. kita disuruh menyebut nama-nama Allah s.w.t terutamanya ketika kita berdoa. Nama-nama Allah ini bukan bermaksud Tuhan ada 99 tapi ianya menunjukkan sifat Allah yang Maha Menguasai segalanya apa yang ada di bumi dan seluruh alam semesta.


Jom kita menyebut nama-nama Allah s.w.t yang mulia.

tq google


Ar- Rahman - 
Yang Maha Pemurah

Ar- Rahim - 
Yang Maha Mengasihani

Al- Malik - 
Yang Maha Menguasai ( Maharaja Teragung)

Al- Quddus - 
Yang Maha Suci

Al- Salam - 
Yang Maha Selamat Sejahtera

Al- Mu'min - 
Yang Maha Melimpahkan Keamanan

Al- Muhaimin - 
Yang Maha Mengawal dan Mengawasi

Al- Aziz - 
Yang Maha Berkuasa

Al- Jabbar -
Yang Maha Kuat ( menundukkan segalanya )

Al- Mutakabbir - 
Yang Melengkapi Segala KebesaranNya

Al- Khaliq - 
Yang Maha Pencipta

Al- Bari -
Yang Maha Menjadikan

Al- Musawwir -
Yang Maha Pembentuk

Al- Ghaffar -
Yang Maha Pengampun

Al- Qahhar -
Yang Maha Perkasa

Al- Wahhab -
Yang Maha Penganugerah

Al- Razzaq - 
Yang Maha Pemberi Rezeki

Al- Fattah - 
Yang Maha Pembuka

Al- Alim - 
Yang Maha Mengetahui

Al- Qabidh - 
Yang Maha Pengekang

Al- Basit - 
Yang Maha Melimpahkan Nikmat

Al- Khafidh - 
Yang Maha Perendah (Pengurang)

Ar- Rafi' - 
Yang Maha Peninggi

Al- Muizz -
Yang Maha Menghormati

Al- Muzill -
Yang Maha Menghina

As- Sami' - 
Yang Maha Mendengar

Al- Basir - 
Yang Maha Melihat

Al- Hakam - 
Yang Maha Mengadili

Al- Adl - 
Yang Maha Adil

Al- Latif - 
Yang Maha Lembut serta Halus

Al- Khabir - 
Yang Maha Mengetahui

Al- Halim - 
Yang Maha Penyabar

Al- 'Azim - 
Yang Maha Agung

Al- Ghafur - 
Yang Maha Pengampun

Asy- Syakur - 
Yang Maha Bersyukur

Al - 'Aliy - 
Yang Maha Tinggi serta Mulia

Al- Kabir - 
Yang Maha Besar

Al- Hafiz - 
Yang Maha Memelihara

Al- Muqit - 
Yang Maha Menjaga

Al- Hasib - 
Yang Maha Penghitung

Al- Jalil - 
Yang Maha Besar serta Mulia

Al- Karim - 
Yang Maha Pemurah

Ar- Raqib - 
Yang Maha Waspada

Al- Mujib - 
Yang Maha Pengkabul

Al- Wasi' - 
Yang Maha Luas RahmatNya

Al- Hakim - 
Yang Maha Bijaksana

Al- Wadud - 
Yang Maha Penyayang

Al- Majid - 
Yang Maha Mulia

Al- ba'ith - 
Yang Maha Membangkitkan Semula

Asy- Syahid - 
Yang Maha Menyaksi

Al- Haqq - 
Yang Maha Benar

Al- Wakil - 
Yang Maha Pentadbir

Al - Qawiy - 
Yang Maha Kuat

Al- Matin - 
Yang Maha Teguh

Al- Waliy - 
Yang Maha Melindungi

Al- Hamid - 
Yang Maha Terpuji

Al- Muhsi - 
Yang Maha Penghitung

Al- Mubdi - 
Yang Maha Pencipta dari asal 

Al- Mu'id - 
Yang Maha Mengembalikan dan Memulihkan

Al- Muhyi - 
Yang Menghidupkan

Al- Mumit - 
Yang Mematikan

Al- Hayy - 
Yang Sentiasa Hidup

Al- Qayyum - 
Yang Hidup serta Berdiri sendiri

Al- Wajid - 
Yang Maha Penemu

Al- Majid - 
Yang Maha Mulia

Al- Wahid - 
Yang Maha Esa

Al- Ahad - 
Yang Tunggal

As- Samad - 
Yang Menjadi Tumpuan (makhluk memohon doa)

Al- Qadir - 
Yang Maha Berupaya

Al- Muqtadir - 
Yang Maha Berkuasa

Al -Muqaddim - 
Yang Maha Menyegera


Al- Mu'akhir - 
Yang Maha Penangguh

Al- Awwal - 
Yang Pertama

Al- Akhir - 
Yang Akhir

Az- Zahir - 
Yang Zahir

Al- Batin -  
Yang Batin

Al- Wali - 
Yang Memerintah

Al- Muta'ali - 
Yang Maha Tinggi serta Mulia

Al- Barr - 
Yang Banyak Membuat Kebaikan

At- Tawwab - 
Yang Menerima Taubat

Al- Muntaqim -
Yang Menghukum (mereka yang bersalah)

Al- 'Afuw - 
Yang Maha Pengampun

Ar- Ra'uf - 
Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Malik-ul-Mulk - 
Pemilik Kedaulatan yang Kekal

Dzul-Jalal Wal- Ikram - 
Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan

Al- Muqsit - 
Yang Maha Saksama

Al- Jami' - 
Yang Maha Pengumpul

Al- Ghaniy - 
Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap

Al- Mughni - 
Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan

Al- Mani' - 
Yang Maha Pencegah

Al- Darr - 
Yang Mendatangkan Mudharat

Al- Nafi' - 
Yang Memberi Manfaat

Al- Nurr - 
Cahaya

Al - Hadi - 
Yang Memberi Petunjuk dan Memimpin

Al- Badi' - 
Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandingNya

Al- Baqi - 
Yang Maha Kekal

Al- Warith -
Yang Maha Mewarisi

Ar- Rasyid - 
Yang Memimpin (ke arah kebenaran)

As- Sabur - 
Yang Maha Penyabar

Semoga kita beroleh pahala bersama-sama dengan menyebut nama-nama Allah s.w.t ini.. aamiin..

Terima kasih semua readers..

Jumpa di next entry ye. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 9 November 2022

Panduan memilih nama anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Hari ni aku nak kongsi sikit beberapa ilmu yang aku dapat hasil bacaan daripada beberapa buah buku islamik mengenai cara kita menamakan anak kita yang betul.

Seperti semua orang sedia maklum perkahwinan ni bertujuan untuk melahirkan zuriat dan mengembangkan keturunan kita. Jadi anak-anak ni umpama cahaya dalam sesebuah keluarga. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
"Harta dan anak-anak merupakan perhiasan hidup dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."

namun, bukan semua orang bertuah dikurniakan anak.. ada orang yang dah bertahun-tahun kahwin tetapi masih menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka. kamilah antara golongan yang kurang bertuah itu.. memang seronok jika kehadiran anak pada awal perkahwinan atau orang panggil bunting pelamin.. kononnya itu menunjukkan 'kejantanan' dan 'kesuburan' tak kira lelaki atau wanita.. sehingga ramai yang lupa bahawa rezeki anak ni Allah yang tentukan. kalau Allah kata 'jadi' maka 'jadilah ia'. 

Jangan lah kita berkata sesuatu yang boleh mengguris hati mereka yang telah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat.. 

kami dulu ramai yang bertanya..
"merancang ke?"
" mandul ke?"
" tak subur kot."

kami dah usaha sehabis baik dari segi luaran, dalaman dan aspek kesihatan.. namun Allah kurniakan kami anak 2 kali.. kali pertama kami keguguran.. mungkin Allah lihat kami belum bersedia.. kali kedua , alhamdulillah kami berjaya menjaga sebaik mungkin amanah Allah sehingga sekarang .. in shaaAllah sampai lah Thaqif membesar. 

selepas melahirkan anak, kita hendaklah menunaikan hak anak kita.. kita sebagai ibu bapa perlu melakukan beberapa perkara yang telah disyariatkan dalam islam untuk anak kita.. 

Antaranya dengan memberi nama yang baik kepada anak kita....

Jadi kami telah menamakan anak kami dengan nama..... 
Muhammad Thaqif Suhail yang bermaksud bijak, mudah faham, mudah dan senang..




Tahniah kepada mereka yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata atau baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata .. Anda berada di laluan yang betul untuk memilih nama anak.. :)

Kepada mereka yang masih menunggu dan teruja dalam mencari nama anak, boleh ikuti semua entry lepas ni ye.. tiada masalah sekiranya kita mencari nama anak.. didoakan semoga semua yang tengah ttc dipermudahkan oleh Allah untuk dapat anak yang soleh dan solehah..aamiin... 

Yang penting, jangan putus asa ye. :)

okey, first sekali kita kena tau kenapa perlunya kita untuk memilih nama anak yang baik? 

1. Menamakan anak dengan nama yang sesuai dan baik maksudnya adalah sunnah Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya kamu akan dipanggil di hari kiamat dengan nama kamu. Justeru, berilah nama yang baik untuk kamu."

2. Masa yang sesuai untuk beri nama kepada anak ialah 
* Dari hadis riwayat Anas Ibn Malik, diletakkan nama pada hari ketiga selepas kelahiran.
* Dari Sahl Ibn Saidi, nama anak diletakkan pada hari pertama kelahiran
* Para ulama' fiqah memutuskan boleh meletakkan nama sama ada hari pertama, ketiga, ketujuh dan seterusnya.

3. Menjauhkan dari memberi nama yang buruk yang maksudnya atau perkataan itu boleh menjejaskan kehormatan atau nama sendaan terhadap panggilan.. contohnya , nama arab, 'Asiah yang bermaksud ahli maksiat.

4. Jauhi nama-nama dari perkataan cemar atau pelik. contohnya, nama arab, Haznun yang bermaksud tanah keras.

5. Jauhi dari mengambil nama-nama yang hanya khusus kepada nama Allah s.w.t. contohnya , Al-Khaliq, Al-Razziq.. sepatutnya.. Abdul Khaliq atau Abdul Razziq..

6. Jauhi dari mengambil nama sempena perkara atau peristiwa  yang tidak membawa tujuan (faedah) dan maksud yang baik.. contohnya, siti covid. hehehe.. gurau je yang nama ni,., hehehe..

7. Ditegah menggunakan nama yang membawa maksud atau sama nama dengan Tuhan agama lain selain dari Allah s.w.t

8. Jauhi dari menggunakan nama yang menyerupai orang bukan beragama islam seperti burn, velly atau kay..

Okey, dah tahu kan apa yang perlu buat?

Jom pilih nama anak..

entry lepas ni akan disenaraikan beberapa nama anak yang sesuai untuk anak-anak kita.. 

stay tuned.. :)

terima kasih kepada semua readers..

semoga Allah memurahkan rezeki dan merahmati seluruh kehidupan korang semua.. aamiin..

papai.. jumpa di next entry tau! :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Pengenalan projek baru aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua, sihat ke tu?

okey, aku nak berkongsi sikit tentang blog ni.

Blog ni merupakan blog bisnes aku. 

terima kasih kepada semua followers yang sudi shopping dengan aku...

 sokongan korang semua amat aku perlukan.

Aku sebenarnya ada dua bisnes yang aku join sekarang iaitu 

Tudung Sauk Arena dan Inai Daun Asli.

Nak tau lebih lagi?

boleh tengok dekat website baru aku tau.. 

lepas ni, aku akan masukkan satu per satu..

kalau ada yang berkenan boleh la hubungi aku...

whatsapp je .. okey.. :  :)

kali ni aku memang sungguh-sungguh dah nak berbisnes ni..

mintak sangat korang sokong aku depan , belakang, kiri dan kanan.. hehehe..

semoga niat baik aku nak bantu ekonomi rumahtangga kami ni dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. aamiiin..

orang kata rezeki ni takkan salah alamat kan.. aku harap bisnes aku kali ni berjaya berjalan dengan lancar.. ye aku faham.. bukan senang nak senang kan.. tapi aku akan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum ni...

 Jadi surirumah ni sebenarnya stress jugak sebab setiap hari menghadap benda yang sama je kan.. dengan adanya bisnes baru aku ni dapatlah jugak aku mengisi ruang yang ada supaya aku tak sempat nak stress .. hahahaha.. busy keeennnn... hahahaha...

korang doakan aku ye.. semoga aku menjadi surirumah yang berjaya dunia dan akhirat bukan hanya untuk keluarga, untuk agama dan ekonomi negara... .. aamiin..  ace gituh.. hehehe..

terima kasih ye semua readers.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 3 November 2022

Panduan Menyambut Cahaya Mata Kesayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Setelah kita melalui fasa mengandung yang lama selama 9 bulan (kebanyakannya) maka tibalah hari yang dinanti-nanti untuk setiap ibubapa. perasaan cemas, gemuruh, dan gembira atas rasa syukur dengan kelahiran zuriat tercinta. 

Jadi setiap antara kita para ibu bapa perlu tahu apa yang perlu dilakukan setelah memiliki anak dan apa perkara penting yang di sarankan dalam islam untuk dilakukan selepas kelahiran cahaya mata.

Beberapa perkara yang disunatkan untuk dilakukan ketika menyambut kelahiran cahaya mata adalah:-

1. Azan dan Iqamah




Disunatkan Azan di telinga kanan dan Iqamah di telinga kiri.

Dalam hadis riwayat Al-Baihaqi daripada hadis Hassan Ibn Ali, baginda bersabda :
" sesiapa yang memperolehi kelahiran cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan ditelinga kanan dan diiqamah ditelinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan."

Sunat juga dibacakan doa pada telinga kanan bayi tersebut dengan doa :-
" Bahawasanya, aku pohonkan perlindungan Engkau Ya Allah  untuk diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak dari tipu daya syaitan."

2. Memilih nama anak yang sesuai

Para ulama' Fiqah memutuskan bahawa meletakkan nama kepada seseorang bayi itu seharusnya dilakukan sama ada hari pertama, ketiga , ketujuh atau beberapa hari selepas kelahirannya.
Nama yang dipilih haruslah bersesuaian dan dipilih dari nama-nama yang baik dan cantik.

3. Memberitahu jiran dan sahabat atas kesyukuran kelahiran anak dengan melakukan Aqiqah ke atas anak

Disunatkan untuk menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing atau kibas dan hanya dilakukan sekali sahaja.

Sunat bagi seorang anak lelaki 2 ekor kambing atau kibas dan seekor bagi anak perempuan.

seekor unta atau lembu yang dibahagikan kepada tujuh bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.

Riwayat dari Samrah, katanya, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, :-
" Setiap anak itu berbangga dengan Aqiqahnya, disembelihkan untuknya dihari ketujuh kelahirannya, diberikannya nama dan mencukur rambutnya."

Boleh melakukan kenduri kesyukuran atau sekadar jamuan ringan bersama saudara mara dirumah untuk menzahirkan rasa kesyukuran atas kelahiran. sekiranya tidak mampu, boleh memberitahu secara bersemuka atau atas talian.

syarat umur haiwan untuk disembelih :-
* Unta - umur 5 tahun dan memasuki tahun ke 6
* Lembu - umur 2 tahun dan memasuki tahun ke 3
* Kambing atau biri-biri - umur 2 tahun atau telah bersalin gigi
* kibas - umur 1 tahun atau telah bersalin gigi

4. Melakukan tahnik (membuka mulut)

Tahnik (membuka mulut)  dilakukan dengan meletakkan sedikit isi buah tamar di atas jari telunjuk dan memasukkannya ke dalam mulut bayi serta menggerakkan jari itu secara perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri mulut bayi, ini dilakukan sehinggalah isi buah tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekak seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 

lebih afdhal sekiranya bertaknik ini dilakukan oleh mereka yang bertaqwa dan beramal soleh sebagai mengambil sempena dengan ketaqwaan dan sifat soleh mereka.

5. Mencukur rambut





Sebaik-baiknya mencukur rambut bayi  pada hari ketujuh kelahirannya kemudian disunatkan pula bersedekah dengan emas atau perak  seberat timbangan rambut yang dicukurkan itu kepada fakir miskin jika berkemampuan atau jika tidak maka atas sekadar yang mampu dengan wang atau sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda ketika mana anaknya Fatimah melahirkan Hassan . Sabda Baginda s.a.w ,"Cukurlah rambutnya, sedekahlah seberat timbangan (rambutnya itu) dengan perak."

Namun ketika mencukur rambut bayi, dilarang melakukan beberapa perkara seperti dibawah dari Ibn Qaiim Al-Juziah ,:-
1. mencukur secara bertompok-tompok di sana sini di sekeliling kepala
2. mencukur ditengah-tengah kepala dan ditinggalkan sekeliling nya
3. mencukur disekeliling dan ditinggalkan ditengah-tengah kepala
4. mencukur dihadapan dan ditinggalkan di bahagian belakang kepala atau sebaliknya.

keempat-empat perkara itu disifatkan sebagai Al-Qaza' oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan amat ditegah.

Abdullah Ibn Omar r.a. meriwayatkan dengan katanya:-
" Rasulullah s.a.w mencegah Qaza'. "

Perkara-perkara diatas antara perkara yang disunatkan untuk dilakukan ke atas bayi baru lahir.. semoga perkongsian ini memberikan ilmu kepada kita semua untuk menunaikan hak anak-anak kita. :)

jumpa di next entry ye. :)

Terima kasih semua reader. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 1 November 2022

Derma Darah (Bhg. 5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku derma darah.. pencapaian setakat hari ni aku masih berpuas hati lagi tapi belum sampai target aku lagi.. target aku berapa??? erm.. kalau boleh aku nak capai 50 kali derma darah atau lebih.. harap-harap impian aku ni diizinkan oleh Allah s.w.t.. 

kita kan hanya mampu merancang.. selebihnya Allah jua lah yang menentukan segalanya..

sejak kali terakhir aku cuba untuk derma darah selepas aku berkahwin.. masa tu aku tak dibenarkan menderma darah atas faktor aku ni baru je setahun pertama berkahwin.. yela, seperti yang kita faham la kan.. kalau baru kahwin mestilah nak anak awal kan kalau boleh semua orang nak bunting pelamin kan.. jadi semestinyalah tak dak istilah merancang keluarga kan.. atas sebab itu jugak lah kita kalau baru berkahwin tidak dibenarkan untuk menderma darah.. risau kiranya kita ter mengandung tapi kita tak tahu.. boleh beri efek pada janin yang dikandung kerana kekurangan darah..  macam-macam lah boleh jadi...

tq google dan owner blog ni

carta kat atas ni , korang boleh tengok kesan ke atas ibu hamil kalau kurang darah..

kalau korang nak check korang layak ke tak derma darah, boleh tengok kriteria untuk derma darah..


kalau cukup semua tu, mesti boleh punya derma darah.. jom derma darah..

Alhamdullillah yang terbaru aku dah selamat derma darah kat HUSM tapi tak de gambar yang tu sebab malu nak amik gambar. nanti aku try kodek-kodek fon tengok .. kot-kot aku ada ambilkan gambar..

okey, berbalik kepada kes aku tadi.. bila tak boleh nak derma darah tu.. ofkos la akan jadi sedihkan..  jadi, cukup je setahun berkahwin dan memang confirm aku ni tak mengandung.. laju je aku pergi pusat derma darah kat hospital HSAH.. aku kahwin 30/6/2017.. dalam 9/7/2018 terus aku pergi derma darah.. 

alhamdulillah lepas.. 



Then aku pon teruskan menderma lagi dan lagi.. sebenarnya seronok bila kita dapat menderma darah ni.. kelebihan yang kita nampak dan tak nampak sangat banyak.. jadi korang pergilah menderma darah.. yang mana yang belum ada kekuatan untuk derma darah tu.. kat sini aku amat mengalakkan korang derma darah.. sebab manfaat tu kita akan dapat untuk diri kita sendiri dimana kita dapat generate darah baru dalam badan kita dan orang lain dapat memanfaatkan darah kita untuk meneruskan kehidupan mereka.. in shaa Allah pahala tu akan mengalir selama mana orang yang menggunakan darah kita tu masih bernyawa.. in shaa Allah..

untuk side aku, kalau orang tanya mana lebih okey kalau kita nak derma darah.. walk in atau ke exhibition booth..

aku lebih prefer yang booth kat mall atau luar dari kawasan hospital. knp?? nanti aku ceritakan dalam next entry ye.. panjang sangat entry pon tak best jugak kan.. hehehee.. sabar ye.. hehehe...



yang ni kat Mydin Tunjong under HUSM


tapi sebenarnya mana-mana tempat atau hospital okey ja.. asalkan kita mampu menunaikan fardu kifayah kita ni.. 









tak semua orang beruntung untuk nikmati hidup sihat.. jadi bila kita yang sihat ni membantu sikit apa salahnya kan.. 

semoga Allah menerima segala amal baik kita..aamiin ya rabbal ala min..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~


Saturday, 23 April 2022

Doa-doa Al-Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Kali ini aku nak kongsi sikit antara doa-doa yang aku jumpa dalam Al-Quran yang boleh kita sama-sama amalkan,. In shaAllah..

Doa yang pertama : Surah Al-Fatihah

sumber dari google







  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 22 April 2022

Susu untuk baby Thaqif Suhail

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku bagi susu baby untuk anak aku. Yang ni bukannya perkara yang wajib ikut dan semestinya ikut keperluan badan anak kita jugak. setiap anak kan tak sama keperluannya dari segi pemakanan dan tumbesaran.

Aku pernah melalui fasa memberikan susu badan kepada anak aku.. Aku mengalami kesukaran memberikan susu badan kepada anak aku dimana aku sendiri mengalami inverted nipple..bila mana baby menghisap susu.. nipple akan tenggelam masuk ke dalam dan baby tidak dapat menghisap susu dengan baik dan mula menolak untuk breastfeeding. Untuk kawal keadaan tu jadi lebih parah , aku beli la silicone nipple sheild tapi tak menjadi.. baby tak pandai hisap susu guna nipple sheild tu.. macam ni.. bila baby hisap susu, susu tu berkumpul didalam nipple sheild tu saja .. tak masuk dalam mulut, bila lama-lama air susu meleleh keluar di tepi-tepi nipple sheild sebab macam tak berapa melekat .. aku dah letak air dah before tekap nipple sheild tu tapi tak jadi jugak.. maybe aku salah beli saiz nipple sheild tu.. 

Dulu, masa aku baru beli nipple sheild tu aku ingat kan dia free saiz.. lepas dah beli dan guna, baru tau rupanya ada saiz tertentu dan perlu ukur ikut nipple kita sendiri.. tu la, main beli ja.. korang kalau nak beli kan, better buat research dulu okey..aku hari tu buat research jugak tapi tak habis.. terus beli... hahahaha..

last sekali anak aku bebai tak nak minum susu badan.. puas aku pujuk dia.. tapi dia tak nak jugak.. maybe sebab sebelum ni dia duduk dalam nicu lama jugak kan.. jadi, dah terbiasa minum susu formula dari hospital.. masa kami nak ambil anak dari nicu, ada tanyakan nurse jugak brand apa yang hospital guna untuk baby kan.. tapi nurse tak bagitahu pulak..bukan apa hajatnya nak continue je yang hospital dah bagi kan.. tapi mujur lah baby okey.. 

first trial kami guna susu Lactogen sebab kak aku yang recommend katanya bagus untuk budak yang ada kuning. kami try baby okey, kami continue sampai sekarang.. so far, alhamdulillah dy dah masuk 8 bulan still lagi guna jenama yang sama..tapi kami just tukar step dia je la.. dulu guna step 1 , sekarang dah guna step 2.. alhamdulillah okey.. lactogen ni korang jangan terkejut pulak nanti kalau bagi anak minum susu ni, najis baby akan jadi hijau gelap atau hijau lumut sebab dalam susu ni ada zat besi/iron dan kultur probiotic. memang elok untuk baby.. tapi kena dapatkan nasihat dari doktor jugak ye sebab ada baby tak sesuai terutamanya baby pramatang.

Mula-mula aku bagi anak aku minum susu badan (ebm) dengan susu formula (fm).. masa ni aku buat perahan susu badan (ebm) je la .. dah baby tak nak minum susu badan.. aku dapat dalam 2oz macam tu sekali dapat.. ni kira aku dah makan sayur dan buah untuk tambah susu badan .. plus ada jugak aku beli ubat kat farmasi untuk tambah susu badan.. tapi still dapat sikit ja.. cuma malam-malam dia keluar banyak.. ada seminggu tu aku tak larat sangat sebab baby merengek nak bertempekkan.. dengan sakit luka jahitan masa pantang tu.. aku pon tak perah sepanjang seminggu tu.. sebab kalau perah, sakit habis badan.. aku biarkan ja.. dan lap guna kain.. next other week tu, husband aku ada.. cuti ambil aku kat kampung.. so boleh tengok-tengokkan baby.. aku pon start nak perah balik.. korang tau tak apa jadi?? susu tak de langsung wey.. ada dalam 1oz saja kadang-kadang 0.5oz ja.. aku menangis sangat-sangat.. masa ni dah habis pantang dah..

* please ibu-ibu yang baru 1st time jadi ibu.. korang kalau penat tera mana sekali pun, kalau korang tak buat breastfeeding macam aku, please jangan skip ebm.. sebab nanti jadi macam aku,.. please.. korang kena pastikan anak korang dapat minum susu korang.. suatu bentuk pahala yang Allah bagi percuma saja tau tak.. 

lepas dari kejadian tu, susu aku dah makin drop.. even aku try beli makanan dan minuman booster.. apa pon tak menjadi.. makin lama breast makin tak de susu.. orang cakap bagi suami hisap nanti lama-lama ada balik susu.. aku dah try wey sama ja.. takkan nak suruh laki hisap sampai tiap 4 jam kan.. jap g jadi benda lain plak.. kita dok sakit-sakit tak habis lagi.. aku tak nak la tanggung risiko.. hahaha..(maaf benda tak elok sikit sebut kat sini) ,.. tapi yang ni tips yang ramai suggestkan untuk aku.. hahaha,, malangnya untuk aku tak berhasil untuk aku.. hahaha..

Aku memang rasa down sangat-sangat bila aku tak dapat nak menyusukan anak aku..

conclusion nya, aku buat fully fm ja untuk anak aku.. aku fikir macam ni.. setakat pujuk hati aku.. kalau guna fm, mudah pon mudah.. tak perlu selak baju dah depan public kan.. ni aku tak judge sapa-sapa ye.. just kongsi my opinion ja untuk sedapkan hati yang sedih.. 

boleh ja kalau korang nak guna kaedah fully fm pon asalkan betul-betul tak boleh breastfeeding macam aku.. bukannya haram.. tapi seeloknya kalau boleh direct feeding lagi bagus kan..

sebab ada satu hadis kata :-

sumber dari google



dan dikatakan hadis itu sahih,..


Jadi, kalau korang boleh fully breastfeeding, bagus la .. teruskanlah.. memang penat dia lain macam sikit bila kita breastfeeding ni.. sakit belakang badan, sakit pinggang, sakit tengkok.. sakit nipple kalau baby dah pandai mengigit.. tapi ingatlah,, pahalanya amat besar.. terutama orang yang boleh menyusukan anak sampai umur 2 tahun. 

sumber dari google


sumber dari google


okey, setakat ni dulu kita kongsi cerita, ada apa-apa nak tanya atau ada suggestion untuk next entry bagitau je kat ruangan komen ye.. atau ada apa-apa nak nasihat ka.. in shaaAllah kita akan baiki dari semasa ke semasa.. 

terima kasih ye semua sudi blogwalking kat sini.. semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian yang berkunjung ke blog ni.. semoga setiap ilmu dan pengalaman yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi rujukan dalam kehidupan semua yang membacanya.. aamiin..

jumpa lagi dalam next entry..

papai..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~


Wednesday, 20 April 2022

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak kongsikan sedikit mengenai cara nak elak dari mengandung atau dalam kata lain, cara nak jarakkan kehamilan..

AWAS : ENTRY NI HANYA UNTUK GOLONGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA!

Mengapa pentingnya perancangan untuk kuantiti anak dalam sesebuah rumahtangga?

Anak ini anugerah daripada Allah. Anak adalah suatu bentuk nikmat rezeki dan jugak suatu bentuk ujian daripada Allah untuk menilai keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

Jadi, bila sebut pasal anak merupakan amanah besar dari Allah ni maksudnya ia datang dengan pahala dan jika tersalah langkah boleh jadi dosa. Mendidik anak ni bukan suatu yang mudah.. Anak ramai tidak menjamin kehidupan kita bahagia begitu juga jika kita tidak punya ramai anak.. tetapi anak ni lahir selari dengan rezeki dariNya yang tersendiri.. jangan anggap anak itu suatu beban..rezeki setiap orang berbeza-beza dan kita hendaklah berusaha untuk dapatkan rezeki yang lebih baik.

Ada anak ramai ni banyak kelebihan dan keburukannya.. namun ada anak sedikit bukan suatu kesalahan.. ramai orang cakap ada anak ramai ni esok-esok boleh jaga masa kita tua.. anda pasti ka semua tu? jangan buat kerja Allah.. Anak ni amanah Allah kepada kita .. sepatutnya kita pikul tanggungjawab kita sehabis baik untuk memastikan mereka cukup ilmu agama, ilmu dunia dan ilmu akhirat.. selebihnya jika mereka beramal dan berbuat kebaikan itu semua bonus untuk kita... bukan kita berharap anak mesti berkhidmat kepada kita pulak setelah kita tua.. jika mereka melakukan khidmat mereka kepada kita itu bonus..

Esok-esok kat akhirat, Allah tak tanya anak kita kerja hebat ke tak? tak tanya anak kita balas ke tak jasa kita? Allah tanya apa yang kita bekalkan kepada anak-anak untuk berkhidmat kepada Allah? 

Sebab tu pentingnya perancangan keluarga ni.. kita nak pastikan anak-anak kita mampu hidup dalam keadaan selesa dan cukup keperluan asasnya.. supaya anak kita berasa selesa untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah.. 

Ada beberapa jenis cara untuk rancang keluarga ni..

Teringat saat aku baru saja selesai bersalin pada sebelah malamnya.. keesokannya ada morning round dari doktor pakar.. bertanyakan kepada aku, " Puan, dah fikir ke nak guna kaedah perancang keluarga apa?"

Aku agak blur masa tu..

"Belum.. nanti saya tanya husband saya dulu."

"Puan, sekarang musim covid, saya cadangkan puan ambil apa-apa jenis perancang keluarga kerana banyak komplikasi terhadap ibu mengandung sekiranya ibu mengandung itu terkena covid ni.. benda kita tak nampak puan.. kalau puan nak merancang sendiri tiada masalah, tetapi saya harap puan dapat fikirkan tentang kesihatan puan jugak kerana merancang sendiri tidak semua berjaya..saya harap puan faham.."

Aku agak terkejut dengan kata-kata doktor tu.. tapi ada betulnya dalam nasihat tu. " baik doktor. terima kasih.. "

"Kalau puan nak ambil mana-mana perancang.. nanti puan boleh bincang dengan jururawat di klinik kesihatan yang terdekat dengan tempat tinggal puan."

" okey doktor." 

Aku bukan tidak mahu ambil perancang keluarga tapi memikirkan kami dah lama nak ada anak.. tambahan pula, aku ni jenis yang susah untuk hamil.. kira macam bukan kata kahwin-kahwin terus bunting pelamin macam orang lain.. kami sendiri pon berusaha bertahun-tahun untuk dapatkan anak pertama kami ni.. jadi, aku berhasrat la untuk ada lagi seorang anak.. macam sekarang ada anak lelaki, kalau boleh nak ada anak perempuan pulak dalam masa terdekat.. lepas tu nak jarak berapa lama pon tak pa dah.. memang la anak ni rezeki daripada Allah tapi tak salah kan kalau kita merancang dan berusaha.

Berat sebenarnya untuk aku buat keputusan.. 

Bagi yang ingin tahu, merancang sendiri ini macam mana? Natural Method ni macam mana?

Merancang sendiri ni ada banyak cara antaranya...
1) Apabila pasangan melakukan 'al-azl' dimana si suami mengeluarkan air mani di luar vagina isteri
2) Menggunakan kondom
3) Si isteri mengira waktu kesuburan dan bersama diluar waktu subur (AWAS: UNTUK YANG PERIOD TERATUR SAHAJA)
4) Fully Breastfeeding dan jadual breastfeeding yang teratur ye.. penyusuan untuk setiap sesi mesti diantara 4 jam hingga 6 jam.. Secara umumnya, apabila kita menyusu penuh baby kita, period akan delay, kadang-kadang sampai setahun, dua tahun macam tu. Tetapi kalau kita menyusu tidak teratur, kemungkinan untuk hamil itu ada jugak..

Banyak cara untuk nak tengok waktu kesuburan kita... (Part ni nanti aku cerita dalam entry yang lain ye)
1) dengan cara buat opk test
2) tengok suhu badan kita (BBT)
3) tengok lendir servik kita

Tapi kaedah ni kami tak guna sebab aku risau tempat jahit aku.. luka nak bagi betul-betul sembuh dulu.. ye la, kaedah ni kan belum tentu berhasil..

Aku nak cerita jugak la kan...

Ada lagi satu cara menggunakan Pil Perancang Emergency @ Pil Plan B @ Pil Morning After.. Ni pon  antara kaedah untuk rancang sendiri jugak.. tapi tak digalakkan.. kalau tak silap sebulan boleh ambik sekali ja ubat ni.. maksudnya satu cycle period saja.. nak ambik lagi kena tunggu next cycle period dulu..bukan main ambil setiap hari ye.. ubat ni biasanya dijual satu pek ada 2 biji saja.. wajib makan 2 biji ye.. 72 jam pertama makan sebiji, sebiji lagi makan selepas 12jam daripada pil yang pertama..

pil ni guna kalau kita bersama dengan suami tapi suami terlupa pakai kondom atau buat azl.. time tu kita pulak tengah subur.. bolehlah guna pil ni.. macam yang kita tahu, sperma kan bertahan dalam tempoh 3 hingga 5 hari dalam rahim dan saluran fallopian, jadi bila kita makan pil ni, kira macam boleh halang dari pregnant la sebelum sempat sperma berenang ke ovum.. sebab pil ni biasanya dimakan dalam tempoh 72 jam atau 3 hari selepas hubungan suami isteri.. tetapi ada satu jenis lagi yang dimakan dalam tempoh 120 jam atau 5 hari selepas bersama suami... yang ni kena tanya farmasi yang mana sesuai untuk diri sendiri.. jangan main beli ja..

Tapi pil ni tak boleh ambil secara kerap, boleh ganggu kitaran period , hormon badan dan waktu subur.. kang kalau ambik kerap, susah pulak nak lekat kalau betul-betul nak pregnant next time. pil ni jugak tak digalakkan ambil sebab ada side effect dia yang tersendiri.. contohnya mudah rasa loya, pening kepala,  kemungkinan berlakunya pendarahan di luar waktu period, berat badan naik mendadak, susu badan berkurangan, risiko darah beku, sakit jantung, dan darah tinggi..

Bila dengar macam-macam risiko ni macam takut je kan nak try..

So, setelah bincang dengan suami aku, suami aku mintak aku guna kaedah Depo-Provera Injection.. orang kita kata guna cara cucuk la.. hehehe.. 

Kiranya sejak lepas pantang, aku ambil kaedah cucuk ni dah 3 kali dah la setakat ni.. alhamdulillah berjaya tak mengandung.. hahahaha...

Kaedah cucuk ni ada 2 jenis 
1) cucuk 2bulan sekali ( yang ni aku pernah cucuk sekali sebabnya ubat yg 3 bulan habis kat klinik)
2) cucuk 3bulan sekali ( yang ni aku cucuk 2 kali dah.. aku lebih prefer yang ni sebab rasa lama sikit nak cucuk yang 2nd dose.. hahaha...sejenis yang penakut jarum.. hahaha..)

secara puratanya, setahun pengambilan kaedah cucuk ni sebanyak 4 kali. Dicucuk dibahagian punggung atau atas lengan. tapi biasanya yang aku dok pi cucuk semua kat bahagian punggung.. maybe lebih effective kot area punggung tu,.. hahaha.. 

Sepanjang aku cucuk 3 kali tu.. dia lain-lain jenama tau untuk yang 2 bulan dengan 3 bulan tu.. jadi, effect dia pon lain-lain la..

okey, aku cerita bahagian aku la kan.. kalau macam aku.. kalau aku cucuk yang dos 2 bulan tu kan, period aku jadi gelong terus.. pagi ada,..petang takdak pulak.. dah mandi wajib.. esok tu ada balik.. jenis ada period tapi sikit-sikit.. lepas tu biasa nya dalam tempoh 7 hari ja.. tapi setiap bulan macam tu.. dos 2 bulan ni aku tak de effect sangat..cuma rasa berat badan naik dengan selera makan pon naik..

kalau aku cucuk yang dos 3 bulan tu pulak, lepas ja hari cucuk tu, aku tak period dalam 2 atau 3 bulan then sekali period tu lama.. contohnya period tu sampai 15hari ke 20 hari.. sampai kena ambil ubat stop period dari doktor. untuk dos 3 bulan ni.. aku mudah rasa pening, tambah-tambah time nak dekat period rasa perut macam kembung dan time period kerap jadi senggugut.

okey, ni yang aku cerita berdasarkan pengalaman aku.. kalau korang ada pengalaman yang lain, boleh komen kat ruangan komen ye,.. terima kasih ye semua readers yang sudi blogwalking kat blog aku ni..

Aku doakan korang semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah..aamiin..

mintak tolong doakan aku dan seluruh keluarga aku dimurahkan rezeki ye.. tq .. :)

Jumpa lagi dalam next entry .. 

Papai... :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 18 April 2022

Inai Merah Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sesiapa yang berminat untuk membeli inai merah asli , boleh pm saya kat sini ye..

kita masih jual inai macam biasa ye..








  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Makanan Berpantang 44 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry ni sebenarnya intipati dalam entry sebelum ni... yang ni.. 

Kali ni aku nak tunjuk beberapa jenis masakan mak mertua aku untuk aku time dalam pantang..
alhamdulillah, mak amat menjaga kualiti makanan.. hari-hari mak masakkan lauk yang baru dan fresh..
alhamdulillah bersyukur sangat mak layan aku macam anak sendiri.. terima kasih banyak mak.. sayang mak sangat-sangat.. 

mak kata...
1. makanan dalam pantang tak boleh makan yang sejuk-sejuk
2. nasi kena panaskan atau masak yang baru, tak boleh makan nasi yang dah sejuk
3. lauk mesti panaskan kalau nak makan sebelah petang
4. sawi nak bagi tambah susu.. yang ni memang betul.. bila makan sawi je.. breast rasa penuh ja..
5. tak boleh makan makanan berangin


Bawah ni antara menu yang mak buat untuk aku tiap hari selama 44 hari..


nasi + ikan masak asam + sayur sawi + epal



nasi + ayam goreng (air fryer) + sayur sawi + buah oren



Nasi + sayur sawi+ ikan bakar (air fryer) + buah epal dan oren



Nasi + ikan kerisi masak asam + sayur sawi + buah oren


Nasi + ayam bakar (air fryer) + sayur sawi + buah epal dan oren



Nasi + ikan selar masak singgang + sayur sawi + buah oren


Nasi + ayam goreng kunyit + sayur sawi + oren


Nasi + ikan kerisi goreng + sayur sawi + buah oren



Nasi + ikan kerisi goreng + rendang ayam + sayur sawi + buah oren



menu-menu simple ni korang kalau berpantang sorang-sorang pon boleh mintak tolong suami masakkan..

tak perlu yang terlalu advance pon dah sedap dan kenyang.. tak perlu salmon pon.. jimat ja sebenarnya berpantang ni..

sebab dalam pantang kita tak fokus pada makanan sangat sebenarnya.. bukan makan untuk sedap tapi dalam pantang kita makan untuk bagi ada tenaga dan ada banyak susu untuk anak breastfeeding.

untuk menu yang saya tunjuk ni, lebih kepada makanan untuk lunch dan dinner saja. mak mertua pon tak bagi makan banyak sangat.. tak nak perut jadi buncit.. mak selalu pesan, dalam pantang tak boleh tambah nasi.. kalau nak makan banyak, ambil banyak terus nasi.. hehehe..

tapi apa-apa pon, yang penting lebihkan makan sayur dan buah , in shaa Allah kenyang..

untuk minum pagi dan minum petang, saya tak sempat snap.. lebih kurang gambar dibawah ni ye..gambar ni saya ambil dalam google saja ye.. sebagai contoh.. yang saya makan hari tu tak sempat snap..



yang ni orang kedah panggil biskut lutut



harap-harap entry ni sedikit sebanyak bagi idea untuk ibu-ibu berpantang dan juga para suami yang perlu menjaga isteri berpantang..

terima kasih ye semua reader.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~