Tuesday, 2 May 2023

Senarai golongan yang layak menderma darah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsi kan beberapa kategori yang melayakkan diri kita untuk derma darah ...

Fakta ini dikongsi kan oleh Dr Lai dalam group telegram Derma Darah Batu Pahat.. 

Petikan dari Dr Masrin Zahrin..

Ramai juga tanya kelayakan menderma boleh atau tidak?

Berikut adalah senarai mengikut abjad:

Alcohol intake
Defer 24 jam jika sampai mabuk. Kalau tak mabuk tiada halangan.

Allergy
Tiada halangan jika yang biasa atau tiada gejala. Defer kekal jika ada sejarah anaphylaxis.
Tidak layak : autoimmune disorders seperti SLE, dermatomyositis atau severe rheumatoid disease termasuk pernah doktor diagnose congenital or acquired hypogamma-globulinaemia.

Asthma
Tiada halangan jika tiada symptom.
Defer 14 hari lepas sembuh sepenuhnya dari kena attack.
Defer 14 days lepas lengkap rawatan ubat makan dan inject steroid.
Defer kekal jika ada severe asthma requiring regular medication.

Blood pressure
Layak menderma  jika tekanan darah dalam range:
Systolic: 100-150 mmHg
Diastolic: 70-100 mmHg
Lazimnya doktor atau pegawai bertugas akan buat penilaian rapi

Cardiovascular disease (Jantung)
Layak untuk surgically corrected simple congenital cardiac malformation dengan syarat tiada simptom.
Layak bagi yang tiada simptom contoh functional murmurs, mitral valve prolapsed.
Defer kekal untuk condition yang lain (e.g. angina pectoris, arrhythmia, coronary artery disease, heart failure).

Chickenpox
Defer 14 hari selepas full recovery jangkitan.
Defer 21 hari lepas tarikh akhir kontak rapat dengan orang yang dijangkiti

Childbirth( bersalin) normal atau pembedahan
Layak derma 6 bulan selepas bersalin. Namun, sekiranya masih menyusu badan, perlu menangguhkan pendermaan.

Common cold (flu)
Defer 7 hari selepas full recovery.

Cupping(berbekam)
Defer 6 bulan dari tarikh procedure untuk wet cupping (bekam darah).

Dengue
Defer 6 bulan lepas full recovery.

Dental treatment
Defer 24 jam selepas simple procedures.
Defer 7 hari lepas cabut gigi atau endodontic procedures.
Defer 6 bulan lepas dental surgery.

Diabetes Melitus
Kencing manis, layak menderma jika memenuhi syarat-syarat kesihatan yang lain, diabetes terkawal melalui diet serta tiada komplikasi akibat diabetes.
hanya dikecualikan jika penderma mengambil insulin dan ada komplikasi melibatkan pelbagai organ.

Eczema
Layak derma jika tiada luka sampai infected atau tempat cucuk (venepuncture site) tidak terlibat
 
Gout 
Defer 7 hari selepas kena attack.

G6PD deficiency
Layak jika tiada sejarah haemolysis
Defer kekal jika ada

Hypertension( darah tinggi)
Layak Hypertension on medication-LAYAK, jika tekanan darah stabil semasa pendermaan darah dan tiada komplikasi seperti ( sakit Jantung atau buah pinggang dll) disebabkan hypertension.

Immunisasi
Layak
Untuk jenis vaksin Toxoids non-live vaccines (e.g. Diphtheria, Polio, Pneumococcal,
Rabies, Tetanus and Typhoid) – tiada kesan sampingan.
Defer 48 jam untuk jenis recombinant virus vaccines (e.g. HBV, HPV, H1N1 vaccines, influenza).
14 hari untuk jenis attenuated virus (live) vaccine seperti HBV vaccine.
28 hari Rubella vaccine.
12 bulan untuk Rabies vaccine (post-exposure).
Covid19 vaccine 7 hari lepas vaksin
Booster Covid19 : seeloknya sebelum mendapatkan booster derma dulu. Tetapi sekiranya telah mendapatkan booster, perlu menangguhkan selepas 7 hari jika tiada kesan sampingan.

Injection
Defer 6 bulan lepas any injection for cosmetic purposes seperti Botox, Vitamin C dan Collagen injection.
Defer 6 bulan jika kes needle stick injury.

Lactating mother ( breastfeeding)
Layak setelah berhenti menyusu.

Migraine
Defer sehingga sembuh sepenuhnya
Defer kekal jika sangat teruk atau terlalu kerap

Menses atau Period atau Datang bulan
Defer 3 hari pertama
Layak hari ke-4 keatas

Psoriasis
Layak bagi yang mild psoriasis provided lesions not infected, no systemic symptoms, venepuncture site not affected, or not receiving immunosuppressive or retinoid therapy. Jika tidak defer

Renal diseases
acute nephritis-Layak jika fully recovered dan renal function normal.
Chronic renal disease ( buah pinggang rosak)
Defer kekal

Sore throat
Defer 7 hari after full recovery.

Surgery
Defer  6 bulan selepas  minor atau major surgery.
Defer kekal jika buat neurosurgical procedure, dura mater graft atau corneal transplant.

Tattoos
Defer 6 bulan dari tarikh procedure.

Thalassaemia
Layak thalassaemia trait dengan syarat sihat dan haemoglobin above required lower limit.
Defer kekal untuk thalassaemia major dan thalassaemia intermedia.

Thyroid disorders
Layak menderma jika benign( ketumbuhan yang bukan kanser) dan euthyroid ( fungsi kembali normal) samaada dengan rawatan atau tanpa rawatan.
Defer sementara jika pihak doktor buat ujian pemeriksaan nak tentukan hiper atau hipotiroid.
Defer kekal jika ada sejarah tirotoksikosis disebabkan oleh penyakit Graves.

Tuberculosis
 Defer 5 tahun setelah sembuh rawatan

Garispanduan kelayakan diatas yang selalu Pegawai Perubatan gunakan bagi menjamin keselamatan penderma dan keselamatan pesakit serta anggota kesihatan. 

 Selamat berhujung minggu semua. Bagi pihak pesakit yang memerlukan darah terima kasih.

Dr Masrin Zahrin
Pakar Perubatan Transfusi HUS

Jadi amatlah penting untuk menjaga kesihatan kita dan memastikan badan kita sihat serta cukup rehat..

Jom derma darah . 🥰

Semoga Allah menganjarkan pahala untuk kita dan memberikan kesihatan yang baik kepada kita supaya dapat terus berbakti kepada masyarakat yang memerlukan di sekeliling kita.. aaamiin..

Jumpa lagi di next entry ye.

Papai..

No comments: