Monday, 7 August 2023

Ilmu kekeluargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah hari ini kita masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan berbuat baik di atas bumi Allah ni.. alhamdulillah...

Sudah lama rasanya tidak bercerita santai dalam blog ni ...

Hari ni terasa nak bercerita sedikit..

Sejak dua menjak ni..
Rasa agak risau tentang diri sendiri..
Tak tahu kenapa..
Mungkin takdir Allah dah sampai untuk aku..
Mintak semua maafkan aku dan doakan aku ye..

Dalam hati aku ni...
Besar sangat hajat..
Nak hidup semati dgn suami..
Selalu aku dok doa supaya cinta kami kekal sampai ke akhir hayat kami.. sampai ke syurga sekali..
Tapi Allah tu maha Mengetahui akan segalanya..
Aku serahkan takdir ku dan urusan rumahtangga ku kepada ilmu Allah..

Sungguh aku jeles dgn kematian yg khusnul khatimah dan kematian suami isteri pada hari yg sama atau dlm satu liang lahad..atau suami isteri yg setia sehingga meninggal walaupun salah seorangnya telah pergi dahulu ..

Kisah arwah mak sndiri..
Mak selalu dok sebut..
"Kalau mak meninggal.. mak nak kubur dekat dgn abah.."
Walaupun mak ada bnyak dugaan di ganggu oleh lelaki miang.. alhamdulillah mak berjaya melepasi ujian tu.. 
Dan rezeki mak dapat kubur berdekatan dgn arwah abah.. 

Bukan senang ye kita nak mencintai seseorang sehingga ke akhir hayat kita.. memerlukan kepercayaan, kekuatan, sokongan, kesetiaan , pengorbanan dan kebergantungan..

Kalau tak ada semua aspek tu atau salah satu darinya hilang ...maka rumahtangga itu akan hancur...

Kenapa aku kata begini...
Suka untuk aku petik kata-kata dari seorang founder Le Maream, Bonda Umirah Taib ..

perkahwinan ni ibarat tali..
suami pegang di hujung...
isteri pegang di hujung sebelah lagi satu..
kadang-kadang tali ini akan jadi terlalu terik..
disebabkan ada perbalahan , crisis atau apa-apa perselisihan faham..
bila berlaku terik tu..
salah seorang bertahanlah..
ikut lengguk tali dan regangkan
supaya tali tidak terputus di tengah-tengah..
bersabar..
kurangkan provokasi..
dan terus menerus pujuk..
sebab apa? 
sebab kita bila berkahwin ni bukan setakat berjanji setia untuk bersama-sama pada waktu bahagia tapi kita juga dah beri harapan untuk terus tertaut sesama sendiri pada waktu getir dan sukar.. 
Jagalah tali ini baik-baik

Nasihat ni sememangnya amat berguna untuk kita supaya kita lebih menghargai pasangan kita.. ya, masing- masing ada kekurangan dan kelebihan..

Why not kalau kita turunkan ego kita untuk bagi peluang pasangan kita berubah.. 

Alhamdulillah.. aku pon dalam proses berubah lagi sekarang ni..

Semoga rumahtangga kita semua berada dalam lindungan Allah dan mendapat keberkatan pahala dari Nya.. aamiin..

Nanti akan aku kupas aspek-aspek penting dalam rumahtangga untuk next entry..

Stay tuned ye..

Terima kasih sudi blogwalking ye..

Jgn pernah jemu ye.. kalau ada apa-apa soalan atau cadangan tajuk.. boleh komen kat bawah ye.. terima kasih.. 

Akhir kata..
Marilah kita sama-sama berdoa..

Semoga kita semua dan seluruh keturunan kita diampunkan segala dosa.. menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, menjadi ibubapa yang penyayang..bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...

Jumpa lagi.. papai.. ❤️🥰

No comments: