intipati buku ' Kahwin Pada Usia Muda - bahagia atau derita '


~~~ sajak dri sebuah buku yang yang dikarang oleh Fuad Hj.Sam ~~~

Wanita muslimah
tidak terpengaruhi dengan keduniaan
tidak terikut dunia fesyen kebaratan
yang mendedahkan aurat dan kecantikan

kerana engkau sedar
tanggungjawabmu terhadap agaa
kerana engkau sedar,
itulah aset yang berharga buat
kebahagiaan suami dan rumahtangga

wanita muslimah
tidak terikut dunia fesyen kebaratan
tidak hanyut dalam dunia
kecantikan dan hiburan
yang berpakaian senteng
buat tatapan mata lelaki

yang berseluar ketat
buat sasaran panahan syaitan
yang mewarnakan rambut
untuk menonjolkan diri
kerana engkau sedar
kecantikanmu bukan
untuk diberi percuma
kerana engkau sedar
kecantikan tubuhmu khas
buat lelaki bernama suami sahaja

wanita muslimah
tidak alpa dengan batas-batas agama
tidak hanyut dalam dunia
kecantikan dan hiburan
yang memberi kepuasan
kepada lelaki durjana
yang mengenyangkan nafsu
setiap mata galak yang memandang

kerana engkau sedar
mengapa semua itu perlu diberi percuma?
lalu apa yang tinggal
untuk bakal suamimu?

wanita muslimah
tidak memberi percuma
perkara yang haram
mempamerkan kecantikan
kepada yang berhak sahaja
kerana engkau sedar
agama dan Tuhan lebih utama
bukan fesyen kebaratan
juga kecantikan sementara

kerana engkau sedar
bahawa fesyen dan kecantikan
wanita muslimah lebih tinggi nilainya
berlandaskan agama
lebih manis dan indah rasanya
kerana matlamat kita adalah syurga
yang kekal abadi




~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Fairul Azmi said…
Rumah tangga gedung pahala
tu la kan..tak sabarnye nak kawin.. :)
Fairul Azmi said…
Besar pahala sebab banyak ujian. Banyak sabar. Banyak tak tidur malam. Banyak bertoleransi.

Banyak lebih kurang. :) Dah sedai ke untuk semua tu
klu ckap pasal sedia ni..tak tau la nak kata...dri segi fizikal..insyaAllah...dari segi material..tak tau nak kata mcm mna..dari segi mental tu..tak berapa sgt la sbb ilmu rumahtangga pon tak cukup lgi..dari segi spiritual pulak..tgh nak perbaiki kembali...sbb sya dah lama lupa ttg Allah,,.mujurlah Allah tak pernah lupakan sya..klu tak, tak de la tergerak hati nak berubah klu Allah tak syg sya lgi..doakan yg terbaik untuk sya ye...

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??