Derma darah (bhg. 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wah.. Rasanya dah lama tak menulis blog ni..

Alhamdulillah, hari ni berpeluang juga menulis blog..

Sebenarnya dah banyak kali cuba login blog ni tapi tak leh..

Mujur la last sekali ingat password..

Okeylah..

Hari ni nak cerita pasal aku pi Hospital Sultan Abdul Halim..

Actually, dah 2 kali aku pi tak berjaya jugak nak derma darah..

1st, aku pi masa tahun 2017 .. Sebulan before aku get married...

Mungkin salah aku jugak..

Yela.. Tido tak cukup.. Makan tak banyak..

Lepas isi borang tu, nurse ambil darah aku letak dalam gelas berisi air..

Well... Darah aku masa tu terapung..

Nurse cuba ambik sekali lagi darah kat jari aku, but the same thing happened..

So.. Nurse cakap ha.. Ni tak boleh la ni.. Kena mai lain .. Kita try hari lain pulak..

Disebabkan aku busy yang teramat sangat uruskan hal kahwin.. So terbabas lah nak pergi derma darah..

Then..

2nd, tahun ni.. Baru ja lagi.. Seingat aku bulan 4.. Sebelum birthday aku.. Konon nak buat sedekah la untuk birthday aku tu.. Dah alang alang mak aku kena pi hospital jumpa pakar untuk taklimat dialisis tu.. So ada masa terluang aku pon pi la kat tingkat 3.. Kat bahagian tabung darah tu..

Aku  dengan penuh yakin dan pasti, nak buat derma darah ni..

Sampai ja kat sana, isi borang pa semua..

Nurse dah amik darah dah..

Darah pon elok..

Berat badan pon elok..

Last2 ada sorang lagi nurse datang..

Dia sebenarnya nak proceed la untuk aku masuk bilik derma darah..

Then dia bukak borang aku tu.. Semak2 pa yang patut.. Rasanya maybe dia tengok kat status aku kot..

Nurse : dah kahwin ka? Berapa lama dah kahwin?

Aku: dah kahwin, baru ja.. Dalam 8 bulan.

Nurse : tak boleh ni.. Kena tunggu cukup setahun baru boleh derma darah.

So, balik la aku dengan perasaan hampa..hahaha..

So sad kan..

In shaa Allah.. Mana tau lain kali ada rezeki lagi..

Aku ni nak derma darah sebab aku nak bantu insan lain yang memerlukan darah aku (darah jenis O ) untuk dialisis ke pe ke.. Sebab aku rasa terhutang budi untuk orang yang bantu ayah aku dulu masa ayah aku buat dialisis dulu. 

Darah siapa tu? Terima kasih ye orang yang memberi untuk arwah abah.. Semoga Allah je yang mampu balas jasa baik hampa.. Aku tak tau siapa hampa, tapi aku tetap bersyukur dengan adanya bank darah tu.. Banyak bantu ayah aku dialisis.. ❤🌹

Yang ni saja coretan aku untuk hari ni.

Salam sayang dari mawar merah jambu. 😘

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??