Friday 26 December 2014

Bencana Terkini di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

MasyaAllah.. dunia hari ini makin menakutkan dan membimbangkan...

Allahu akbar... Allahu akbar.. Allahu akbar..

kita digemparkan dengan berita banjir di bahagian semenanjung Malaysia.. yang amat membimbangkan banyak pihak terutama mangsa banjir sendiri..

Ya Allah.. ujian apakah yang sedang Kau berikan ke atas kami ini?

Kata Alim Ulama..Ujian ini Allah berikan ke atas orang muslim mengikut kemampuan mereka dan atas sebab untuk diberikan pengajaran atas apa yang telah berlaku yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sndiri...

Bencana ini merupakan suatu kejadian yang mengganggu aktiviti masyarakat dan urusan Negara yang melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan yang effisien dalam mengatasinya.  - PortalBencanaMalaysia-

Bencana Banjir ini telah melewati beberapa kawasan di semenanjung Malaysia iaitu..

Kedah 
Masa kejadian : 4.48 petang
Tarikh : 25 / 12 / 2014
Lokasi : Padang Terap
Jumlah yang terlibat : 197 orang
Pusat Pemindahan : 4 buah

Perak
Masa kejadian : 11.15 pagi
Tarikh : 23 / 12 / 2014
Lokasi : Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Jumlah yang terlibat : 6886 orang
Pusat Pemindahan : 47 buah

Perlis
Masa kejadian : 8.53 malam
Tarikh : 22 / 12 / 2014
Lokasi : Kampung Padang Melangit
Jumlah yang terlibat : 514 orang
Pusat Pemindahan : 3 buah

Pahang
Masa kejadian : 8.00 pagi
Tarikh : 17 / 12 / 2014
Lokasi : Jalan Kuantan - Kemaman
Jumlah yang terlibat : 15215 orang
Pusat Pemindahan : 97 buah


Kelantan 
Masa kejadian : 12.53 malam
Tarikh : 16 / 12 / 2014
Lokasi : Jeli, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah
Jumlah yang terlibat : 26329 orang , 3 orang meninggal dunia
Pusat pemindahan : 100 buah

Terengganu 
Masa kejadian : 11.03 pagi
Tarikh : 15 / 12 / 2014
Lokasi : Besut, Dungun, Kemaman, dan Kuala Terengganu
Jumlah yang terlibat : 29638 orang
Pusat Pemindahan : 112 buah

keseluruhan yang terlibat : 78779 orang, 3 orang meninggal dunia.
Pusat pemindahan : 363 di seluruh kawasan yang terlibat.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka supaya keadaan kembali seperti sedia kala..



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: