Tuesday, 9 December 2014

Kehormatan diri kita sebagai Wanita (Maruah Diri, Agama dan Bangsa)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini saya akan menerangkan tentang kehormatan diri wanita yang telah dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk dijaga.. Perkara menjaga kehormatan diri ini merupakan permintaan harian Rasulullah s.a.w terhadap umat islam.

Kehormatan diri ini merupakan maruah diri seseorang dengan menjauhkan perkara-perkara keji dan mungkar dan memelihara kemaluannya.
contoh perkara keji dan mungkar ialah judi, arak, rasuah , gejala seksual dan sebagainya.

Kehormatan diri ini bukan hanya terhadap wanita tetapi lelaki juga diperintahkan untuk memelihara kehormatan diri. Namun pada hari ini saya ingin menyentuh hanya mengenai wanita sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Menurut hadis di atas, dijelaskan kepada kita, syarat bagi wanita yang dapat memasuki syurga Allah kelak iaitu :-


  1. Melakukan solat 5 waktu
  2. Berpuasa di Bulan Ramadan
  3. Mentaati perintah Suami
  4. Menjaga maruah
Apa yang saya nak fokuskan disini ialah syarat keempat iaitu Menjaga Maruah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Ustazah Norhafizah Musa pernah mengajar kita suatu doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita iaitu

  1. Doa Rasulullah s.a.w : Allahummainni Asalukalhuda wattuqa walaffafa wal qina

    " Ya Allah, Aku memohon kepadamu petunjuk, kemampuan bagi menjaga kehormatan diri dan rezeki yang cukup"
  2. Allahumma tohir banati wa banati muslimin bima toharta maryam waqsim awladi waauladal muslimin bima asim tabihi yusuf

    " Ya Allah sucikanlah anak perempuanku dan anak-anak perempuan orang muslimin selainnya seperti mana Kau telah sucikan Maryam dan lindungilah, peliharalah anak lelakiku dan anak lelaki muslimin seluruhnya seperti mana Kau telah lindungi maruah Yusuf."
  3. Allahummah dihim bissolihil aqmal wal ahwa wal akhlak fainnahu la yahdihil solihah laillahailla anta wasrif anhum saiyiaha la yasrifu sayiaha illa anta.

    " Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah petunjuk kepada mereka yakni anak-anakku untuk mereka melakukan sebaik-baik amalan,  untuk mereka mampu mengurus dan membimbing nafsu mereka, untuk mereka berakhlak dengan akhlak yang baik, tidak ada yang boleh menuntut kepada kebaikan tersebut melainkan Engkau Ya Allah dan tolong jauhkan mereka yakni anak-anak kami daripada segala keburukan dan tidak ada yang menjauhkan dari keburukan kecuali Engkau Ya Allah."
  4. Robbana atina fiddunia hasanah wafil' akhiroti hasanah waqina azabannar
  5. Allahummainni as'aluka minal bikhoiri kullihi ajilihi wa ajilihi ma alimnana min hu wala lam yaqlam a'uzubikamin syarikullihi ajilihi wa ajilihi ma alimna min hu wama'lam yaqlam

    "Ya Allah aku bermohon untuk dapat segala kebaikan, yang cepat, yang lambat, yang aku tahu ataupun yang aku tidak tahu kerana Allah maha mengetahui dan aku berlindung daripada segala keburukan, yang dekat, yang jauh, yang cepat, yang lamba,t yang aku tahu ,yang aku tidak tahu."
Rasulullah s.a.w pernah membaiah hindun semasa hindun masuk dalam islam iaitu
  1. Tidak akan menyekutukan Allah dengan apa-apa jua pon
  2. Tidak akan mencuri
  3. Tidak akan melakukan perbuatan zina
Bagaimana wanita solehah menjaga maruah?
  • wanita yang mempunyai sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t
  • bila keluar rumah menutup aurat dan menjaga perhiasan diri
  • tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi-wangian kecuali dengan suami
  • menjaga pergaulan dan menundukkan pandangan
  • menjaga lidah dan tidak mengumpat
  • seorang wanita yang berilmu dan sentiasa mendalami ilmu islam dan mengkaji tafsir Al-Quran dan hadis.
  • sentiasa membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah
  • berdoa sehingga menitiskan air mata keinsafan.
Lelaki yang tidak menjaga aurat atau tidak menjaga kehormatan diri wanita dalam ahli keluarganya maka dia seorang yang dayus.

Adab apabila ingin masuk ke bilik wanita @ bilik persalinan wanita, seseorang lelaki perlulah mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk ke bilik bagi menjaga aurat wanita tersebut.

Adab memasuki bilik ibubapa, anak-anak tidak boleh masuk ke bilik ibubapa pada 3 waktu iaitu, sebelum subuh, waktu tengah hari dan selepas isyak, jika nak masuk jugak, kena mintak izin untuk masuk untuk menjaga aurat ibu bapa.

Cara untuk teguhkan pendirian @ istiqhamah dengan penghijrahan seseorang :-
- cari ilmu yang berterusan
- cara kehormatan diri
- jaga diri sewaktu berseorangan
- berhijrah dengan yakin
- cari sahabat yang soleh- solehah
- sentiasa pergi ke kuliah ilmu
- berdoalah kepada Allah

Bagi yang belum bersedia untuk berhijrah, bersiap sedialah untuk berubah..

kerana menjaga aurat ini bukan suatu hidayah tetapi suatu kewajipan yang Allah suruh kerana Allah tidak pernah sia-siakan manusia atas suatu keperluan.

Ada 3 orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan Allah tidak akan sucikan mereka dan Allah tidak akan pandang mereka dan untuk mereka azab yang sangat pedih :-
  1. Orang tua yang berzina
  2. Pemimpin yang berdusta
  3. Orang miskin yang sombong

Dengan sedikit ilmu yang dikongsikan ini yang saya perolehi dari ceramah Ustazah NorHafizah Musa ini dapat membuatkan kita sedikit sebanyak berasa insaf dengan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah..amin.

 ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: