Sunday, 28 December 2014

Senggugut @ Sakit Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baiklah.. pada kali ini saya akan menyambung entry saya tentang wanita : Jom Kenali Diri Kita.

Entry lepas saya telah ceritakan mengenai haid dan tubuh badan wanita..

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai haid.. boleh ke Laman Fiqh Anda

Sebelum saya cerita mengenai senggugut.. saya nak cerita tentang PMS..

Tahukah apa itu PMS?

Asal : Singkatan daripada perkataan 'Premenstrual Sindrom' yang juga merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi seorang wanita semasa atau sebelum kedatangan haid.

Siapa yang kena : golongan wanita sahaja yang mengalami haid atau wanita yang sedang melalui fasa menopause. Namun tidak semua yang mengalami simptom ini.

Waktu terjadi : Biasanya pada beberapa hari sebelum haid atau 3 hari pertama haid..

Punca :

  • suka minuman berkafein
  • stress
  • usia
  • jenis pemakanan yang diambil
Antara simptom PMS ini :
  • Perut kembong
  • Kejang perut 
  • Payu dara bengkak @ sensitif (payudara tegang)
  • masalah tidur
  • sakit sendi @ otot
  • pening kepala
  • muntah-muntah
  • lesu
  • jerawat
  • mood swing @ perubahan mood
  • masalah kulit
  • pitam / pengsan
  • sembelit
  • cirit-birit
  • cepat marah
  • muram
  • SENGGUGUT
Apa yang orang sekeliling perlu buat sekiranya anak anda, isteri anda , kakak atau adik anda mengalami simptom PMS ini??

  1. Cuba fahami keadaan wanita tersebut dan jangan panik
  2. Cuba ketahui saat-saat haid isteri anda / anak anda
  3. Bersabar dengan sikap mereka
  4. Jaga perasaan mereka
  5. Jangan mengambil hati dengan kata-kata mereka sesungguhnya mereka sedang sakit...
  6. Cuba letakkan diri dalam keadaan seorang wanita tersebut.

Baiklah dah faham kan mengapa saya cerita mengenai PMS?? sebab salah satu simptom PMS adalah senggugut yang saya rasa ramai orang yang tidak faham tentang sengugut. (rasanya simptom lain tu dah faham kan? kalau tak faham, boleh tanya.. saya tak makan orang.. saya akan cuba jawab apa yang termampu.)

Wahai wanita sekelian...

Pernah atau tidak, kawan-kawan alami senggugut macam saya?

Allah saja yang tahu betapa sakitnya bila senggugut ini menyerang...Kadang-kadang  sakit tu tak mampu nak buat apa dah... rasa macam nak marah orang ja kalau orang lain cakap lebih-lebih kat sebelah.. huhuhu..  orang lain akan cakap.. " jangan layan sangat sakit tu memang la lagi sakit." .. Masalahnya sapa yang layan? memang dia mai sendiri sakit tu.. Korang kene nanti baru korang tau azab dia macam mana.. sepatutnya tak boleh la kata macam tu time orang lain sedang sakit.. orang yang sakit tu pon tak pernah mintak nak sakit ni.. sepatutnya kena doakan orang lain sembuh bukannya tegur dengan cara perli.. ingat seronok ke kena senggugut ni? Hanya orang yang pernah kena je yang tahu pasal ni.  (Maaf terbeletiaq pulak..hehehe..)



sebenarnya apa itu senggugut?

Okey, senggugut @ Dismenorea @ nama lain SAKIT PEREMPUAN @ CAKARAN IBLIS DALAM RAHIM merupakan kesakitan yang dialami seorang wanita pada permulaan haid. Namun tidak semua wanita yang merasainya.

Tempoh : tidak sama setiap wanita.. tetapi biasanya selama 3 hari pada permulaan haid. Biasa nya berlaku 12 ke 24 jam.

Kesakitan : rasa sakit juga tak sama setiap wanita.. ada yang teruk,.. ada yang tidak teruk..

Bila mula senggugut : secara normal, wanita akan mengalami senggugut selepas 6 atau 12 bulan daripada haid yang kali pertama. ketika umur 9- 12 tahun.. tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengalami senggugut ketika usia lebih daripada 20 tahun.,. (Macam saya, start senggugut masa 16 tahun.)

Kenapa senggugut : Berlakunya pengecutan dan pergerakan kuat otot-otot uterus iaitu kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis saat datang haid. Pelvis ini adalah tempat dimana organ seperti rahim, ovari, saluran falopion dan pundi kencing berada.

Terdapat dua jenis senggugut :

Senggugut Primer @ Dismoneria Primer

  • senggugut jenis ini biasanya dialami oleh wanita yang mengalami period yang lama dan juga golongan wanita remaja dan tiada ketumbuhan abnormal selepas pemeriksaan doktor. ianya berlaku ke atas wanita yang masih subur.
  • berlaku selama 2 @ 3 hari pertama haid dan akan berhenti secara beransur-ansur dengan sendirinya.
  • kesakitan ini akan berkurang atau mungkin hilang selepas bersalin.
Sebab berlakunya senggugut primer?
  • Ketidakseimbangan prostaglandin dalam badan
    - Prostaglandin merupakan bahan kimia dalam badan yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam badan kita. Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin dalam uterus. hal ini menyebabkan otot dalam uterus bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period. semakin kuat pergerakan otot uterus .. semakin kurang darah yang mengalir ke kawasan itu. kekurangan darah ini menyebabkan hujung saraf uterus semakin sensitif dengan kesakitan.
    - Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat ini boleh jadi disebabkan oleh masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman ( Pelvic Imflammatory Disease), Endometriosis dan Fibroid.
  • Genetik
    - kemungkinan terdapat ahli keluarga yang mengalami senggugut.
Tanda-tanda Senggugut Primer :
  • sakit di bahagian bawah perut
  • kesakitan dirasai mula dengan sederhana kemudian semakin sakit.
  • kesakitan merebak dari bawah perut ke belakang pinggang dan bahagian paha
Cara nak sembuhkan Senggugut primer :
  • tuamkan bahagian bawah perut dengan hot pack / batu tungku / electric hot bag

HOT BAG
(KENA MASUKKAN AIR PANAS * HATI-HATI*)

BATU TUNGKU
(KENA PANASKAN ATAS DAPUR)
  • ELECTRIC HOT BAG
    (KENA PANASKAN GUNA ELEKTRIK POWER SUPPLY MACAM CHARGER GAK LA)
  • Ambil sesudu madu dan baca surah Al-Nahl ayat 69 pada madu tersebut dan makan madu tersebut.
  • Lakukan senaman untuk melegakan rasa sakit.

  • Mengambil Panadol Menstruation (warna pink) ada jual kat farmasi.. peringatan ! makan sebiji saja walaupun instruction dia suruh makan dua biji.. motif : sebab panadol ini paracetamol dia bertujuan untuk kurangkan @ tahan sakit ja dan dia ambil masa 5 tahun untuk sepenuhnya terserap dalam badan.

  • Rebus sawi hijau dan minum.
  • Minum air putih @ air masak sekurang-kurangnya 2 liter air dengan banyak dan makan buah-buahan
  • mengambil air kacip fatimah beberapa hari sebelum haid.

    Image result for kacip fatimah tin

  • makan makanan yang seimbang dan jangan makan makanan pedas.
  • banyakkan berzikir dan mengingati sakit ini adalah penghapus dosa kecil.
  • pengambilan supplement yang disahkan oleh KKM
  • cara mengatasi senggugut dengan cepat dengan shaklee
  • Mengambil ubat anti prostoglandin seperti ibu profen @ postan
     
  • Ambil 3 ulas bawang merah, potong halus-halus dan masukkan dalam gelas berisi air panas. kacau dan minum.
  • Minum air halia selama sebulan.. sehari dua kali..
  • Rendamkan kaki ke dalam besen berisi air suam yang telah dicampurkan dengan garam. dan biarkan selama 30 minit sekurang-kurangnya.
  • Ambil seluar dalam.. lekatkan pad @ tuala wanita ke atas seluar dalam.. tuang sedikit minyak herba NONAROGUY kat atas pad tersebut.. pakai macam biasa.. insyaAllah.. lega..


  • Minum air bergas misalnya air coco-cola atau 100plus  satu tin tersebut.. nanti anda akan rasa sakit yang teramat sangat.. tak lama lepas tu akan keluar darah ketul..insyaAllah.. lepas tu rasa lega sangat dan xsakit perut dah.

  • untuk kurangkan senggugut juga, bolehlah menggantikan pad @ tuala wanita pakai buang dengan tuala wanita jenis kain.. alhamdulillah saya pakai pad kain.. rasa lebih selesa.. kalau dulu saya senggugut sampai 4 hari.. sekarang sehari je senggugut.. saya baru pakai dua bulan. dan alhamdulillah selesa..


Senggugut sekunder @  Dismoneria Sekunder

  • Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya terjadi kepada wanita yang berusia dan masih subur.
  • kesakitannya seperti senggugut primer cuma ia berlaku secara berterusan dan berpanjangan bermula dari beberapa hari sebelum sehingga hari terakhir haid yang menjadi semakin teruk.
  • tanda seseorang itu mengalami senggugut yang teruk apabila dia mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan sehingga terpaksa mengambil cuti semasa bekerja dalam beberapa hari.
Sebab berlakunya Senggugut sekunder :
  • Ketumbuhan pada ovari atau uterus
  • jangkitan di bahagian rahim
  • Radang pada rongga pelvis
  • penyakit Endometriosis (5 - 15% wanita yang menghidapinya)
  • penyakit usus
  • kehamilan ektopia @ kehamilan didalam tiub fallopion
  • Fibroid / kebengkakan pada rahim
  • penggunaan alat pencegah kehamilan dalam rahim IUCD
Tanda- tanda mengalami senggugut sekunder :
  • Haid yang tidak tetap
  • kesakitan antara haid
  • pendarahan yang banyak
  • lelehan dari faraj
  • kesakitan ketika melakukan hubungan kelamin
Komplikasi senggugut sekunder :
  • tidak dapat mengandung
  • akan selalu alami stress
  • tidur terganggu
cara untuk mengubati :

  1. pergi hospital
  2. jumpa pakar
  3. ikut procedure perubatan.
Saya hanya mampu menasihatkan para wanita diluar sana yang merasakan kesakitan yang dirasai terlalu teruk agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang dihadapi. Senggugut ini biasanya berkait rapat dengan kesuburan. Doktor biasanya akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa rahim, ini termasuklah pemeriksaan ultrasound bagi mendapatkan gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen. ataupun pemeriksaan HSG. Oleh itu, saya mencadangkan agar mencari doktor wanita Muslim, biarlah mahal sikit.. asalkan aurat terjaga.


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: