Thursday, 11 December 2014

Luahan hatiku yang terpencil..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya nak cerita tentang diari mak yang saya jumpa balik hari tu.. Mungkin mak terlalu sunyi.. sebab tu lah yang mak terpaksa luahkan hati dalam diari mak tu.. erm,.. entahlah.. saya sendiri pon tak dapat nak tolong mak.. mungkin mak perlukan seseorang tetapi masalahnya siapa?? 




Siapa Bakal Bapa Tiri ku?? Saya tak nak ayah tiri yang tidak bertanggungjawab terhadap diri dia sendiri, keluarga dia dan yang paling penting terhadap agama.. saya sikit pon tak kisah kalau mak nak kahwin lain.. tapi better cari lelaki yang dapat bawa mak ke masjid setiap hari atau yang boleh bimbing ke arah keagamaan.. susah sekarang ni nak cari lelaki yang macam tu.. tetapi kalau jumpa sekalipon, mak mahu ke masalah nya???? Kalau hati mak dah terlekat kat lelaki yang entah apa-apa tu.. Tak nak la saya laki macam tu jadi bapa tiri saya.. Nanti saya jadi lebih teruk daripada CINDERELLA.. yela, bukan kena buat kerja rumah tapi kena sepak terajang dia...Astaghfirullah hal azim.. Mintak maaf la kalau saya dok tuduh laki tu macam tu tapi orang kat kampung tu macam-macam dah kata pasal laki tu.. dan saya pon nampak sendiri macam mana laki tu boleh nak rancang untuk nak 'buat sesuatu' kat kak saya sendiri.. yang dia cari kak saya tu mungkin sebab kak saya cantik.. tapi sekarang ni tak dapat kak saya.. dia nak cari mak saya pula? atas tujuan apa? takkan sebab mak cantik juga? saya rasa tentu sebab harta.. saya tak faham dengan laki ni.. banyak lagi perempuan lain ada kat kampung itu.. anak dara pon ada.. nak jugak cari mak saya..  mak saya tu dah macam 'TERKENA' dah dengan laki ni.. apa laki ni buat semua iyekan ja... benci gila saya kat laki ni..Kalau la mak saya kahwin dengan dia juga, agak-agaknya saya tak balik rumah mak dah kot.. sebab saya takut dengan lelaki jalang macam tu...muka pon dah macam PEROGOL BERSIRI dah.. takut lah saya.. Kalau saya nak balik pon, saya akan tunggu lepas saya kahwin dan ajak suami saya balik bersama saya.. tak nak la saya balik sorang-sorang..Biar lah orang nak cakap saya ni buruk sangka kat orang ka, janji saya dapat jaga diri saya. Maaf la buka cerita kat sini.. tapi saya dah tak tahu nak cerita kat mana.. saya keliru sangat-sangat.. tak tahu nak buat apa.. 

agaknya perlukah saya jumpa kaunselor??

Macam mana saya nak selesaikan masalah ini?

saya dah buntu!! Tolong saya!!

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: