Tuesday 9 December 2014

Kesalahan Pra nikah ( semasa bertunang)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari ini saya akan menerangkan beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh umat islam tak kiralah lelaki atau wanita selepas bertunang @ berikat janji untuk berkahwin iaitu


  1. seseorang atau pasangan yang akan berkahwin tersebut tidak memahami keperluan atau tujuan untuk berkahwin.
    - Mereka masih tidak pasti sama ada mereka berkahwin kerana ikutan, paksaan, sunnah Nabi atau berniat untuk menyiksa pasangan.

    # penyelesaian = Bakal pengantin hendaklah bertanya kepada diri sendiri tentang keperluannya untuk berkahwin dan segala perlakuan dan perbuatan hendaklah menjurus ke matlamat perkahwinan untuk menjamin keredhaan Allah s.w.t
  2. Terlalu cepat jatuh cinta kerana penampilan dan paras rupa seseorang yang menyebabkan dia tergesa-gesa untuk berkahwin tanpa mengenali seseorang itu terlebih dahulu dari segi latar belakang dan sebagainya.

    # penyelesaian = sepatutnya sebelum bertunang, seelok-eloknya dirisik akan seseorang itu daripada ahli keluarga wanita / lelaki tersebut , jiran-jirannya atau kawan sekerjanya. Bila dah kenal dan berkenan,barulah masuk meminang. Wanita tersebut apabila terdapat seorang lelaki yang diyakininya beragama, maka terimalah lamaran tersebut jika tidak akan berlakulah kerosakan yang besar di muka bumi ini. (antara terjemahan dari hadis Rasulullah s.a.w)
  3. Mengutamakan aspek lain selain akhlak dan agamanya.

    # penyelesaian = wanita atau lelaki yang ingin mencari calon isteri/suami perlulah mengutamakan agama sebagai tunggak utama barulah dikemudiankan selainnya seperti harta,paras rupa dan sebagainya.
  4. Kalau sudah melamar dan bertunang, pasangan itu menganggap sudah halal dan sudah bebas bersentuhan sehingga merosakkan kemuliaan sebuah pernikahan.

    # Penyelesaian = Sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi suami, sepatutnya menyedari bahawa dia perlu melayani seorang wanita dengan baik dan menjaga kehormatan diri sendiri dan wanita tersebut kerana wanita tersebut bakal menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya yang sepatutnya dia muliakan wanita tersebut bukannya menghina dan mempermainkan maruah wanita tersebut sebelum tibanya waktu akad nikah. MANAKALA.. Sebagai seorang wanita perlulah menjaga maruah diri dengan berpakaian menutup aurat, berperibadi tinggi, bersikap tegas terhadap kaum lelaki dan tidak merendahkan suara ketika bercakap dengan lelaki.
  5. Terlalu lama perkenalan

    # Penyelesaian = sepatutnya urusan perkahwinan itu dipercepatkan dan dipermudahkan tanpa perlu bertunang lama.
    ( Yang ni saya tak dapat nak komen banyak, sebab saya sendiri pon akan bertunang lama atas faktor kewangan, kekeluargaan dan adat melayu.. serius rasa nak nangis.. padahal saya dan pasangan sebolehnya ingin mempercepatkan urusan pernikahan kami tetapi apakan daya redha ibubapa lebih kami dahulukan.)
  6. Terlalu 'PERFECTIONIST' @ MEMILIH pasangan sehingga menolak semua lamaran yang dirasakan tidak menepati citarasa.

    # Penyelesaian = Memilih itu perlu, pilihlah yang beragama dan berakhlak mulia ini lebih penting tetapi jangan sampai membebankan pihak lain. silap-silap nanti jadi andartu kot,. hehehe..
  7. Menuntut mahar yang mahal sehingga pihak lelaki terpaksa berhutang untuk berkahwin

    # Penyelesaian = Bagi pihak wanita, jangan membebankan pihak lelaki, mintalah sekadar yang mampu untuk pihak lelaki, berbincanglah dengan baik.
  8. Lebih memikirkan kemewahan majlis resepsi dan disusahkan dengan adat yang tidak berlandaskan hukum syarie daripada mempercepatkan pernikahan.

    # Penyelesaian = kalau nak yang sederhana dan rendah kos, berbincanglah dengan baik dengan ibubapa supaya tidak berlaku salah menyalahi dikemudian hari.
  9. Memberikan kad undangan kepada tetamu yang diletakkan gambar mesra pasangan padahal belum halal lagi.

    # Penyelesaian = Rancang design kad kahwin anda dengan baik dan elakkan meletakkan gambar mesra anda dan pasangan anda untuk mengelakkan berlakunya fitnah di kemudian hari.
* 9 perkara ini saja yang dapat saya sampaikan, segala yang baik datangnya daripada Allah, segala kelemahan datang dari saya sendiri.

sumber : Page Facebook = K.H. Muhammad Arifin Ilham


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: