~ Ayat-ayat Cinta ~

Bismillah hi rahman ni rahim

All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him ).

'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen..



Followers

Keep in touch with me, Okey!

sila klik sini ye









  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

my e-days

Monday, 29 December 2014

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ini saya masih nak berkongsi ilmu bersama kawan-kawan lagi tentang penggunaan 'sesuatu' semasa haid...

Mengapa kita perlu pakai 'sesuatu' semasa haid?

ini jawapannya!!!


Bagi adik-adik yang baru sahaja mengalami period atau belum lagi period.. mesti terfikir apa yang perlu digunakan untuk menahan darah haid daripada tidak bocor..

kisah mengenai kebocoran ini paling ditakuti oleh saya masa zaman sekolah dulu malah dah jadi fobia sampai sekarang.. nak tahu kenapa? sebab saya pernah alami satu  situasi dimana saya mengalami kebocoran yang teruk yang tidak disedari. malah yang paling saya malu adalah apabila ada lelaki yang menegur saya akan keadaan tersebut.. dapat bayang tak muka saya macam mana.. serius malu sangat2.. sejak hari itu saya ambil pengajaran, takkan berlaku lagi lepas ni.. fullstop! hehehe...

Adik-adik pernah tak mengenai Tuala wanita @ Pad @ Modes @ Tampon?

Dua benda ni je yang orang akan guna ketika period..perlu adik-adik ketahui pemilihan yang betul akan menjadikan kita selesa dan tidak berlaku kebocoran.

Tuala Wanita @ pad

Tuala wanita merupakan pad kain yang dipakai oleh kaum wanita ketika haid..

Tuala wanita ini terbahagi kepada dua jenis iaitu pad kain kapas asli atau pad pakai buang.. Baiklah saya akan terangkan satu persatu perbezaan antara pad kain dan pad pakai buang.

Tuala wanita ini ada cara tertentu untuk pakai..bawah ni ada cara pakai dan cara basuh.. sama ja pad kain atau pad pakai buang.

thanks mr.google 



Tuala wanita ini memiliki kelebaran dan ketebalan tertentu..


contoh sahaja

1) Pad Pakai Buang


  • Tuala wanita jenis pakai buang ini sememangnya mudah digunakan dan mudah juga dibuang.
  • tuala wanita ini terdapat dua jenis iaitu bermaterial kapas dan diperbuat daripada pulpa kertas.


  • Kebiasanya dibuat daripada pulpa kertas iaitu 20% pulpa kayu dan 80% kertas buangan. Kemudian Pulpa kertas ini ditambah dengan agen peluntur yang menjadikannya nampak seperti putih kapas. dan kemudian dihasilkan pad pakai buang. Proses pelunturan ini yang menghasilkan bahan sampingan dioksin yang akan kekal pada pad pakai buang.

    nampak tak, macam pulpa kertas sikit kan..

  • Dioksin ini merupakan bahan kimia yang sangat bertoksik  yang boleh mengakibatkan masalah kesuburan. dioksin ini akan menyerap ke dalam sistem pembiakan wanita melalui darah haid dan kelembapan dan dioksin akan berkumpul bertahun-tahun.
  • ada yang bersayap -Wing ( untuk perlindungan kebocoran di bahagian sisi) dan tidak bersayap - Non-Wing.. untuk wanita yang aktif bersukan eloklah menggunakan yang bersayap supaya memudahkan pergerakan
  • seeloknya pad ini perlu ditukar selepas 4 @ 6 jam sekali.. jadi membawa maksud sehari kemungkinan ditukar sekurang-kurangnya 3 kali sehari,.

Mengapakah pad pakai buang ini tidak digalakan untuk dipakai ( Kesan sampingan pad pakai buang) ?

- hal ini kerana Dioksin didalam pad ini boleh mengakibatkan masalah kesuburan, merosakkan sistem imunisasi, menganggu hormon dan menyebabkan kanser.

  • memakai pad pakai buang ini menyebabkan banyak berlaku pembaziran..
    sebagai contoh :
    sehari = 3 keping sekurang-kurangnya
    7 hari (normal period) = 21 keping (sebulan)
    setahun = 252 keping
    katakan satu pack ada 10 keping = RM15,
    JADI : setahun.. kita telah abiskan duit sebanyak RM378 untuk beli tuala wanita sahaja.
  • Akan timbul masalah seperti keputihan yang banyak, senggugut, ruam, kegatalan dan jangkitan pada vagina.

Kalau anda nak pakai jugak, pakai yang herba cth seperti Lexee, Avail femininin comfort , bio seleza atau airiz yang diyakini 100% kapas..


2) Pad Kain Kapas


Pad kapas ini merupakan pad kain yang diperbuat daripada cotton kapas.

 Masa saya mula-mula period dulu mak ajar pakai kain untuk letakkan kat seluar dalam. Mak ajar.. ambil kain napkin.. lipat bagi kecil tapak tangan ...(means akan jadi tebal) then letak kat atas seluar dalam.. agak susahlah nak bergerak.. mak cakap boleh jugak guna kain batik.. tapi kena potong dulu kain..

Tapi sekarang dah moden.. orang buat dalam bentuk modes jugak.. senang nak pakai..

Kelebihan :
  • senang dicuci
  • selamat dipakai
  • tidak mudah melecet @ jadi ruam
  • senggugut pon makin berkurang..
  • tak jadi gatal-gatal dah
  • keputihan pon makin berkurangan.
  • tidak membazir.. beli sekali boleh pakai sekurang-kurangnya 2 tahun.. function dia macam seluar dalam jugak la.. walaupun beli sekali mahal.. tapi boleh guna lama.. jimat duit..
cara cuci : mula-mula bilas macam pad pakai buang sehingga kesan hilang darah.. selawat..  cuci guna sabun nak bagi bersih... tak perlu berus... keringkan.. sidai macam biasa.. bila kering boleh guna semula.. :)

*kalau tak sempat cuci, just bilas, then rendam dalam air detergen tanpa klorok/ peluntur/softlan dan jangan rendam dalam air panas.. bila dah senggang/ free.. bolehlah basuh..

Period Panties


1
Reusable Panties

Period Panties ini merupakan seluar dalam yang direka khas untuk kegunaan ketika haid. Period Panties ini tidak begitu popular di Malaysia mungkin kerana pasarannya tidak dapat menembusi media massa kot..huhuhu.. tapi.. Seluar dalam sebegini adalah mudah dan selamat digunakan semasa period. Seluar dalam ini sudah ada kemudahan pad kapas ditengah-tengah yang mana lebih tebal sedikit yang memudahkan pad tampung darah haid.. Ianya mudah dipakai seperti pakai pad seluar dalam biasa..seorang wanita itu akan berasa selesa dan mudah bergerak seakan-akan tidak period.. Panties ini juga memiliki pad yang bersaiz tertentu mengikut aliran period.. sama ada heavy ke normal period..


thanks mr.google

ni bahagian dalam period panties.. 

Period panties ini ada 3 layer.. 1st layer : outer (ordinary pants) , 2nd layer : kain kapas yang melepasi bahagian punggung dan bahagian ari-ari.. 3rd layer : pad kapas yang diletakkan ditengah-tengah (sudah berjahit je..xperlu susah2 nak tampal.)

nak tengok lebih jelas??

macam yang sebelah kanan tu la..
ni pulak penerangan dia.. boleh baca sendiri.. huhuhu..

* harap-harap ada jual kat malaysia.. senang sikit bila masuk kem.. sarung je tak perlu susah-susah.. boleh cuci terus macam ordinary pants pulak tu selamat pon selamat.. tak senang berlaku kegatalan.. kalaulah ada jual kat malaysia.. saya orang pertama beli,..huhuhu..


Tampon



Tampon adalah sejenis pembalut yang berbentuk silinder kecil seperti rokok. bahan yang digunakan sama dengan pembalut kapas, cuma dimampatkan saja bentuknya. sejenis alat yang digunakan oleh kaum wanita semasa haid sama ada wanita yang telah berkahwin atau belum berkahwin. alat ini dipakaikan di dalam lubang vagina untuk menyerap darah haid. Mereka yang menggunakan tampon dinasihatkan berhati-hati kepada sindrom kejutan toksik. Pemakaian hanya bertahan 4 - 6 jam sahaja.. lepas tu dah boleh tukar yang baru ye..

SINDROM KEJUTAN TOKSIK
Sindrom kejutan toksik (TSS) telah dikesan pertama kalinya di kalangan kanak-kanak pada tahun 1978. Di kalangan dewasa, TSS telah didapati berlaku kepada wanita yang kedatangan haid yang menggunakan tampon jenis penyerapan tinggi. Tampon jenis ini mengandungi buih polyester dan rayon polyacrylate yang menyerap magnesium dari darah haid. Pengurangan paras magnesium dalam badan menyebabkan kuman staphylococcus menghasilkan banyak toksin (racun) dan mengakibatkan TSS. Kejadian TSS paling tinggi pada hari ke 4 haid apabila darah haid menjadi semakin berkurangan. Sebilangan wanita mempunyai kecenderungan alahan kepada toksin ini.

untuk maklumat lanjut, boleh klik kat sini. dan juga sini.

sebenarnya, pada permulaan penciptaan tampon ini mengandungi ubat antiseptik yang digunakan untuk menghentikan pendarahan pada tempat yang berlubang akibat luka tembakan.. tetapi ianya diinovasikan menjadi pengganti pad sewaktu haid.. malah digunakan sehingga sekarang..

kat Malaysia ni, wanita kat sini jarang yang pakai benda ni.. sebab ramai yang cakap pakai benda ni boleh hilang dara..tak tahu la sama ada depa tak nak pakai sebab tu ke sebab tak tau...huhuhu.. tau kan apa maksud akak???

faham-faham sendiri la ye dik..  tapi doktor pakar puan kata tak kan rosakkan dara selagi tahu cara pakai dengan betul..

Untuk yang 1st time nak cuba tu, mesti rasa takut-takut kan nak pakai.. memang pon.,. saya tengok cara pakai pon dah mengerikan.. macam mana nak pakai.. hahahaha...


ni la tampon tu..ni yg ada outer lg..

yang ni lepas bukak outer dia..

Jenis-jenis Tampon :

JENIS 1 : nampak tak.. dia macam kapas ja.. (XBOLEH REUSED TAU!)

NI SAIZ2 DIA

Cara guna :

yang ni dengan cara berdiri

  1. Buka bungkusan tampon itu
  2. basuh tangan dengan sebersih-bersihnya.
  3. keluarkan tampon tadi - perhatikan dia ada yang bentuk seperti rokok dan hujungnya ada tali..
  4. kedudukan mestilah betul
    * duduk = posisi lutut mestilah dilebarkan



    * Berdiri : letakkan sebelah kaki lagi di tempat yang tinggi macam terkangkang tu.. (gambar seperti diatas)
  5. Kenali bahagian Vagina dimana vagina ada 3 lubang iaitu atas : lubang uretra (tempat air kencing) , tengah : lubang vagina (tempat untuk masukkan tampon) dan bawah : lubang anus (tempat air besar).

    Vaginal area

  6. Perhatikan tempat keluar darah haid tersebut. cuci dahulu tempat tersebut.
  7. semasa masukkan tampon, gunakan jari telunjuk pada hujung tampon applicator tersebut.. sambil sebelah tangan lagi menolak bibir luar vagina.. masukkan tampon sehingga setengah applicator (rujuk gambar) ke dalam vagina. tolak tampon sampai jari yang memegang applicator terasa menyentuh bahagian isi vagina dan berhenti.
    # perlu diingat lakukan dengan berhati-hati.. Jangan masukkan sekali dengan tali tau..
  8. tarik keluar bahagian tampon applicator tu dengan perlahan-lahan..
  9. Biarkan tali tadi berjurai kat luar tu.

    Apa fungsi tali ni???
    Tali ni berfungsi ketika ingin mengeluarkan tampon dari vagina.
  10. Setelah selesai, pastikan anda basuh tangan!

    #peringatan!!!

    JIKA PEMAKAIAN INI MENYAKITKAN VAGINA ANDA KETIKA DUDUK ATAU BERJALAN, MAKSUDNYA ANDA TERSALAH MASUKKAN TAMPON. ANDA PERLU ULANG KEMBALI FIRST STEP!!

Cara untuk membuang tampon :
  1. Duduk seperti yang kita pakai tampon tadi
  2. Tarik tali tadi perlahan-lahan sampai tampon keluar sepenuhnya.
    # jangan kemut.. tali tu nipis ni..takut t terlepas plak tampon kat dalam..huhuhu..

    lepas guna, dia akan jadi macam nilah lebih kurang
     walaupun yang ni cuma animasi saja.
  3. Jadi, jangan terus buang.. basuh sehingga bersih dan selawat..baru buang.

JENIS 2 : SEA SPONGE  (XBOLEH REUSED!)



Sea Sponge ialah sponge yang berfungsi untuk menyerap haid. sponge ini berbentuk bulat, bujur atau memanjang. sponge ini boleh digunakan semula. pemakaiannya sangat mudah tetapi terdedah kepada jangkitan kuman.



Cara pemakaian bagi Sea Sponge :
  1. Pilih saiz sea sponge yang sesuai dengan aliran haid anda.
  2. buka bungkusan sea sponge
  3. bersihkan tangan
  4. keluarkan sea sponge.. picit sea sponge itu ..jadikan ia muncung dibahagian depan..
  5. masukkan bahagian muncung tersebut ke dalam vagina sambil sebelah tangan lagi menolak bibir vagina..
  6. masukkan sehingga jari anda menyentuh daging vagina dan berhenti menolak. siap!
  7. bersihkan tangan anda..

Cara keluarkan sea sponge :
  1. bersihkan tangan..
  2. tarik sea sponge keluar dari bibir vagina..
  3. basuh sea sponge dengan bersih sambil berselawat
  4. boleh buang @ simpan.
    * perlu diingat, sea sponge hanya digunakan selama 4 -6 jam sahaja..
    * sponge ni mampu bertahan sehingga 3 bulan sekiranya anda membasuhnya dengan bersih.
    * jika sponge telah bertukar warna, tukarlah yang baru bagi mengelakkan jangkitan kuman.

JENIS 3 : LADY CUP (BOLEH REUSED)



Lady Cup / Menstrual Cup merupakan salah satu jenis tampon yang bertindak untuk menahan darah haid.. diingatkan cup ini bukan untuk menyerap darah haid tetapi menahan darah haid.. bila darah dah penuh, kena tukar cup yang baru.. agak menyusahkan sikit.. dan mengerikan.. huhuhu.. cup ini juga mampu menyebabkan pembiakan bakteria..cup ini ada banyak jenis.. rubber cup or plastic cup.. dan ada different saiz..huhuhu.. jadi pilih yang terbaik ye..
ni saiz nye


Cara pakai :
  1. pilih  saiz cup yang sesuai dengan aliran haid anda..
  2. bersihkan tangan anda..
  3. ambil cup tadi
  4. tekan/ picit bagi leper... dan lipat dua cup tersebut.. sehingga cup tu jadi bentuk C .. macam bawah ni..



  5. Selepas tu, bolehlah terus masukkan ke dalam lubang vagina.. sampai jari menyentuh ke daging vagina. berhenti dan lepaskan ia berada di dalam vagina.



Cara untuk keluarkan dan basuhkan menstrual cup :



  1. bersihkan tangan anda
  2. tarikh pemegang cup dari luar vagina secara perlahan-lahan.
  3. gantikan cup yang baru ke dalam vagina (sekiranya masih period)
  4. buang darah dari cup tersebut.
  5. bersihkan cup tersebut
  6. masukkan cup dalam bekas yang berisi air mendidih.. selama 5 minit..

Baiklah selesai sudah menerangkan panjang lebar mengenai penggunaan 'sesuatu' semasa haid untuk wanita bagi mengelak kebocoran.. alhamdulillah.. harap info ni berguna untuk semua wanita..

sekiranya ditanya kepada saya,.. diantara semua ni.. saya memilih untuk memakai cloth pad / pad kain  dan Period panties (kalau ada kat malaysia)..

Malah untuk pengetahuan semua, saya dah menggunakan cloth pad dah hampir 2 bulan.. dan alhamdulillah ketika saya menggunakan pad kain tidak berlaku kegatalan atau ruam.. berbanding saya menggunakan pad biasa.. kulit di kawasan sulit saya sering kegatalan dan sakit ruam.. Ini bukan rekaan ye.. ini adalah dari saya sendiri.. saya amat syorkan semua wanita pakai pad kain.. lebih selamat dan menjimatkan.. buatlah pemilihan yang bijak.. anda mampu mengubahnya!


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

3 comments:

Anonymous said...

Mana nak beli pad kain tu?

Aypa said...

Entry yg bagus👍 Terima kasih atas perkongsian ilmu... Boleh saya bertanya? Dimanakah saya boleh dapatkan pad kain itu?

Anonymous said...

Kalau pakai pad kain. Boleh ke tak tukar selama sehari ?