Wednesday, 16 July 2014

My Secret is All About Me ( Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya masih ingat lagi setelah saya putus cinta dengan Mr. T, kehidupan saya banyak berubah dari segi pemakanan dan penjagaan kesihatan. Perubahan ini ketara pada bulan pertama setelah kami berpisah pada 27/12/2011.
Kenapa kami putus??  Biarlah rahsia ~~~lagu siti berkumandang~~~
Erm.. sebenarnya sukar untuk menerima kenyataan ini sebab kami dah bersama hampir 4 tahun sebelumnya lagi. Jadi, pendek kata dah macam kamcing dah. Banyak benda yang saya buat mengingatkan saya kepada mr. T.  Selepas kami putus, saya cuba untuk contact si dia kembali. (tak malu kan).. entah lah,.. saya beranikan diri.. tapi responnya negative..
selepas beberapa hari, si dia menghubungi saya kembali, tapi saya tidak dapat menerimanya kembali sebab saya rasa si dia tidak betul-betul bersedia untuk menerima saya kerana saya berpendapat kalau dia ingin menerima saya mengapa tidak dia member respon positive masa saya hubungi dia kembali.. walaupun di mulut saya cakap tidak mahu sambung balik tetapi hati saya sebenarnya menginginkan kami bersama lagi walaupun sekadar kawan rapat sebab saya dapat rasakan apabila kami putus cinta, kami seolah-olah putus kawan sekali. Dia seolah-olah menganggap saya orang asing. Saya tak nak la macam tu.
Selepas daripada kejadian saya tidak menerima ajakan si dia untuk menjalinkan hubungan percintaan, dia terus menyepikan diri tanpa khabar berita. Saya sangat sedih dengan keadaan ini. Saya menganggap bahawa sememangnya dia tidak serius sewaktu menginginkan kami bersama semula. Saya amat sedih waktu itu. Kesedihan saya berlanjutan sehingga 3 bulan lebih. Kemudian, saya mendapat keputusan stpm. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi. Sejak itu saya jarang bersedihan lagi, kak saya cakap tak guna sedih untuk orang yang tak tahu menghargai kita. Saya ambil kata-kata kak saya dan saya simpan dalam minda saya. Setiap kali saya bersedih, saya akan ingat kata-kata kak saya itu.
Pada bulan mac 2012, saya mengenali seorang lelaki (Mr. X) dari laman sosial. Saya bertanyakan pendapat kak saya mengenai hubungan melalui laman sosial . kak saya tidak menyetujui akan hubungan sebegitu, katanya hubungan sebegini hanya akan mengundang padah. Aku berkawan dengan lelaki itu dengan harapan aku dapat bina hidup baru. Tak nak lagi sedih2 macam dulu.  Selepas aku mengenali lelaki itu dalam beberapa hari, suatu hari mr. X memberitahu bahawa dia akan menghadapi peperiksaan pada sebelah petang, saya membacakan yasin untuknya sewaktu exam itu bermula. Apabila dia habis menjawab exam, dia memberitahu bahawa dia dapat menjawab soalan dengan baik dan saya terberitahu tentang surah yasin yang dibacakan itu kemudian dia berasa sangat terharu sehingga meminta saya menjadi pasangannya. Saya pada ketika itu belum dapat menerima mr. X kerana hati saya masih lagi ada pada mr. T. Susah saya nak tafsirkan.
Pada penghujung bulan mac itu, saya mendapat tawaran ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Seri Kandi. Saya tidak begitu kerap mesej mr. X kerana sangkaan saya, kami Cuma kawan biasa tak lebih dan tak kurang. Lagipon, kami hanya mesej menggunakan fb saja. Di rumah saya tiada kemudahan internet jadi agak sukar untuk berkomunikasi tetapi sebelum saya bertolak ke plkn sri kandi, saya membuka fb sekejap sebelum pergi ke sana. Kebetulan dia online, saya beritahu dia yang saya hendak pergi latihan plkn. Dia meminta nombor telefon saya , alasannya supaya dia dapat menghubungi saya lagi.
Bulan April - Apabila sampai di plkn, saya terpaksa menyerahkan handset kepada warden yang bertugas. Hujung minggu, bila saya bukak handset, saya dapat banyak mesej dan miscall. Saya tidak memberitahu dia dengan andaian dia Cuma kawan tak perlu tahu apa-apa pon. Dia bertanyakan tempat saya menjalani latihan dan sebagainya. Saya menjawabnya seperti kawan biasa yang ingin tahu mengenai diri saya. Lagipon masa tu saya sentiasa teringat kepada mr. T. Teddy bear yang mr. T berikan saya bawa bersama untuk mengubat rindu saya kepada tuan yang memberinya. Mungkin sebab itu juga saya tidak begitu mengambil serius dengan mr. X.
Minggu kedua saya berada di PLKN, saya terkejut dengan kehadiran mr. X ke tempat latihan saya. Dia datang pada hari sabtu dan sememangnya hari itu merupakan hari lawatan kepada ahli keluarga penghuni sepi ini. Saya sangat terkejut. Dia sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melihat keadaan saya di sana. Saya sangat terharu. Hari itu, dia menyatakan hasrat hatinya untuk lebih serius dengan saya tapi saya belum dapat menerimanya sebab saya masih mengingati mr. T. Dia memahami saya dan dia tidak memaksa saya membuat keputusan. Dia telah memberikan sim kad baru kepada saya supaya dia dapat menghubungi saya dengan mudah. Ketika itu, digi buat promosi 24 jam berbual.. tapi bukan 24 jam pon kami berbual sebab saya masih terikat dengan latihan dalam PLKN tu. Jadi kami hanya berkesempatan berbual hujung minggu sahaja.
Pada detik 12 malam, semasa hari lahir saya, dia telah menghubungi saya dan menyatakan keinginan hatinya untuk menjadikan saya tunangnya.  Saya bergurau dengannya sambil memintanya agar menelefon ibu saya dan beritahu keinginannya itu. Keesokkan harinya selepas solat jumaat, dia menelefon saya semula dan memberitahu bahawa dia telah menghubungi ibu saya. Saya menelefon ibu saya bagi memastikannya kerana saya ingatkan dia hanya main-main saja. Ibu saya memberitahu bahawa dia telah menghubungi ibu saya. Dia memberitahu saya bahawa ibu saya memintanya menjaga saya dengan baik dan menjaga batas pergaulan kami. Dia memberitahu bahawa dia serius dengan saya. Memandangkan ibu saya telah memberi restu kepadanya untuk bertunang dengan saya. Saya menjadi serba salah sama ada saya patut terima atau tidak. Saya bimbang kalau-kalau dia ingat saya Cuma nak permainkan dia sedangkan saya tidak berniat begitu. Cuma malam tu saya hanya ingin menguji ketulusan hatinya untuk mengambil saya menjadi tunangnya. Sebab saya tak nak jadi macam saya dengan mr.T dulu. Saya serik sangat sbb saya dapat rasakan mcm mr.T hanya nak mempermainkan saya kerana bila saya Tanya dia, dia buat mcm endah tak endah ja. Sbb tu la saya mintak putus dengan mr.T sbb perhubungan kami seperti tiada matlamat kea rah perkahwinan sehingga membuatkan saya benar-benar kecewa.
Saya minta masa 7 hari untuk memikirkan hal tersebut, sepanjang seminggu tu kmi langsung tidak berhubung. Kerana saya perlukan masa dan ketenangan untuk berfikir tentang perkara ini. Rasa sangat serba salah. Pada hari ke 7 saya menelefon mak saya, mak memberitahu agar saya menerima dia kerana mak saya khuatiri selepas ini tidak akan ada orang lain datang meminang saya lagi. Jadi mak saya menyuruh saya menerima dia. Saya dengan rasa serba salah memberitahunya melalui mesej yang saya menerimanya. Saya tidak dapat meluahkan dengan kata-kata kerana saya tak sanggup sedangkan masa tu hati saya masih ada pada mr.T lagi. Saya mendakap erat botet sambil menangis. Saya berkata pada hati saya usah dikenang kepada orang yang tak sudi.. kalau betul mr.T sukakan aku, sudah tentu dia takkan pernah putus asa mencari aku kembali. Ini tidak.. sudah 5 bulan berlalu, dan mr.T pon berlalu bersama masa yang beredar.
Saya ambil al-quran tafsir dan membaca yasin memohon agar Allah memberikan petunjuk. Saya Cuma mengenang kembali jasa mr.X terhadap saya. Dia sangat baik. Setiap malam sebelum tidur dia akan menelefon saya dan membacakan doa untuk kebahagiaan kami. Selepas dia membaca doa, dia akan menerangkan tentang sepotong hadis kepada saya. Memang saya akui dia sangat baik sampai saya tak sanggup nak buat dia macam ni. Tapi Allah itu maha kaya.. 
Dia telah menelefon saya pada hujung minggu itu dan memberitahu rasa kesyukurannya kepada saya. Saya hanya mengiyakan dan mendiamkan diri. Tak nak bercakap banyak. Sejak hari itu kami banyak berkongsi suka dan duka tentang kehidupan kami sehinggalah saya masuk ke universiti. Dia datang ke USM dan menemui saya bagi melihatkan keadaan saya di sana. Dia menyatakan rasa seriusnya untuk menyunting saya menjadi isterinya, dia telah memperkenalkan saya dengan ibunya dan membelikan saya sebentuk cincin untuk dijadikan cincin tunang. Dia minta saya menyimpankannya sehingga ibunya menetapkan tarikh untuk kami bertunang. Saya memegang cincin tersebut dan serba salah dengan perasaan saya. Sebenarnya macam mana perasaan saya ni? Saya sukakan dia dengan kebaikan yang dia dah buat kepada saya tetapi pada masa yang sama, saya masih mencintai mr.T. saya menerimanya hanya kerana ibu saya sahaja.
pada hujung tahun, dia telah menghidapi jangkitan kuman dalam darah. Saya tidak sampai hati untuk meluahkan kepadanya yang saya masih mencintai mr.T. Selama sebulan mr.X sakit, saya hanya membantunya melalui doa dan yaasin sahaja. Saya tak mampu menjenguknya kerana kekangan masa dan wang. Selepas seminggu mr.X sembuh dari sakitnya, saya telah mintak dilepaskan kerana saya tak sampai hati untuk terus bersamanya sedangkan hati saya ada pada insan lain.
Kepada Mr. X,

Saya minta maaf atas segala kesilapan saya ke atasmu. Saya amat menghargai segala yang telah dilakukan kepada saya. Saya minta dihalalkan segala yang telah saya makan dan minum dari yang telah dibelanjakan kepada saya. Saya amat bersyukur kerana pernah mengenali insan sebaikmu. Saya mendoakan agar Allah mengurniakan isteri yang solehah kepadamu. Untuk cincin tu, nanti saya akan pulangkan kembali. Cincin ini bukan hak saya. Ia merupakan hak bakal isterimu. Maafkan saya ye. Saya Cuma ingin melakukan yang terbaik untuk mu.. maafkan saya ye..


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~