Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai...
cinta |
Semua insan yang dilahirkan dibumi bertuah ini telah memiliki rasa cinta, kasih dan sayang..
Entry mengenai cinta ni rasanya dah terlalu banyak dalam blog saya.. (nampak sangat tuan tanah ni sedang dilamun cinta).. hahahhaa..
Apa beza perasaan Suka, Sayang, Cinta dan Minat???
1) Perasaan Suka ni makna dia, kita rasa selesa dan selamat bila berada dengan seseorang tu sehingga kita meletakkan diri kita pada tahap perlu untuk lihat, memerhati, menjaga dan bercakap dengan seseorang itu. Perasaan suka ni boleh terjadi antara lelaki dengan lelaki @ perempuan dengan perempuan dalam erti kata 'berkawan' ataupun antara lelaki dengan perempuan. Perasaan ini ditunjukkan melalui sikap seseorang terhadap seseorang terhadap seseorang.. misalnya, sikap yang menunjukkan enggan berenggang @ enggan berjauhan dengan seseorang yang disukainya. Perasaan suka ini terlahir apabila seseorang itu berkongsi minat terhadap sesuatu perkara atau dalam erti kata lain, mereka memiliki hobi dan kesukaan yang sama, jadi perasaan suka ini mudah dirasai oleh seseorang.
2) Perasaan Sayang ini juga berbentuk universal.. boleh diungkapkan kepada laki atau perempuan atau kedua-duanya sekali.. perasaan ini mewakili rasa kasih terhadap seseorang.. perasaan ini terjadi atas dasar tanggungjawab @ sudah mengenali seseorang dalam tempoh masa yang panjang @ pernah tinggal sebumbung.. perlu diingat, perasaan sayang ini tidak terjadi dalam suatu pertemuan yang singkat ( 1 jam ka 2 jam ka sehari ka) kerana nak pupuk rasa sayang ini memakan masa sebab kita perlu kenal dahulu sifat orang tersebut. jadi, adik-adik jangan mudah percaya jika ada lelaki yang senang mengungkapkan rasa sayang yang baru dikenali hanya sehari atau seminggu.. ingat ye.. jangan mudah terpedaya dengan lelaki..
3) Minat ini juga berbentuk universal kerana boleh diungkapkan kepada sesiapa saja yang diyakini boleh dijadikan idol atau pelindung bagi seseorang. minat ini terjadi apabila seseorang itu menyukai akan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang dirasakan memiliki persamaan dengan aspek kegemarannya. biasanya minat ini diungkapkan kepada selebriti atau seseorang yang disukai. minat ini boleh diubah dan dibuang kemudian dibentuk semula. seseorang yang meminati seseorang akan mengikuti setiap perkembangan orang yang diminati dan cuba untuk menyukai apa yang disukai oleh orang yang diminatinya.
4) Cinta... perasaan ini berkait rapat dengan rindu, minat, suka dan sayang. semua perasaan ini bercampur baur mewujudkan rasa cinta.. cinta ini bersifat lebih spesifik.. perasaan ini biasanya diungkapkan kepada ahli keluarga atau orang yang disukai. Biasanya orang melalui saat kesukaran bagi mengungkapkan rasa cinta ini dan mereka hanya mengekspresikan rasa cinta mereka melalui kasih sayang.. perasaan cinta inilah yang menjadikan sesuatu hubungan itu bertahan lebih lama... percaya atau tidak,perasaan cinta ini bersifat sangat unik kerana dia dilahirkan daripada adanya perasaan rindu..
5) perasaan rindu ini dibuktikan berdasarkan sikap seseorang yang sering memerhati orang yang dicintainya atau meletakkan sebarang jenis maklumat peribadi orang yang diminati didalam handphone @ wallet @ meja study @ di dinding rumah misalnya gambar atau biodata. terdapat juga segelintirnya yang akan menghubungi orang yang disukainya tanpa mengira waktu dan mudah berasa risau dengan orang yang dicintainya.
Pada usia remaja kini, memang kita mudah menyintai seseorang yang bukan mahram dengan kita kerana adanya perubahan hormon setelah seseorang itu baligh... Perasaan cinta ini normal tetapi bagaimanakah cara untuk menyalurkan rasa cinta itu dengan sebaik mungkin?
~~ i really really really really like u ~~
Mengikut Ustazah Fatima Syarha, beliau menyatakan perasaan cinta ini perlu disalurkan melalui step by step dan dikawal oleh orang yang lebih berpengalaman atau orang yang kita percayai.
1) proses bertaaruf (berkenalan @ dikenalkan dengan seseorang dengan bantuan orang tengah) amat penting bagi menjaga maruah diri dan keluarga serta mengelakkan berlakunya fitnah dan seterusnya berlakunya maksiat..
bertaaruf atau proses suai kenai ini biasanya dilakukan sekali atau dua kali bagi memastikan pasangan tersebut bersedia untuk ke jinjang khitbah (pertunangan). Bertaaruf ini berbeza dengan couple kerana couple tiada orang tengah yang memantau perkembangan dalam hubungan itu dan pemilihan calon bakal suami @ isteri tidak dilakukan dengan sempurna dan hanya memilih secara rawak. hal ini membolehkan maksiat dilakukan tanpa segan silu kerana tiadanya pengetahuan wali atau orang yang mengenali dan memantau hubungan tersebut.
kelebihan bertaaruf
* calon dipilih oleh orang yang memahami kita
* pemilihan calon lebih ke arah agama dan akhlak yang baik
* sesi taaruf dilakukan bersama oleh yang lebih dewasa dan berpengalaman @ wali kedua-dua pihak itu sendiri
* tidak mudah berlaku fitnah
* maksiat dapat dielakkan
* matlamat untuk perkahwinan lebih jelas
* tidak membuang masa dan wang untuk bercinta
* pilihan yang dibuat lebih tepat.
Prinsip untuk bertaaruf
* kedua-duanya mampu untuk bernikah dan ingin menikah dalam masa terdekat sahaja kerana jarak antara taaruf dengan pernikahan hanya satu tahun sahaja
* perkenalan untuk tempoh yang singkat
* lebih melihat kepada kriteria agama dan akhlak
* proses bertaaruf hendaklah dirahsiakan
* adanya penglibatan orang ketiga dalam perjumpaan ini
* dibolehkan melihat wanita itu sekiranya wanita itu berpurdah atau memakai niqab
sebelum bertaaruf, beberapa perkara yang perlu dilakukan iaitu
* mendapatkan gambar atau biodata bakal pasangan hidup
* melakukan istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya
* menentukan jadual pertemuan atau meminta seorang murabbi mengaturkan pertemuan itu yang melibatkan ahli keluarganya.
* bertanya lanjut kepada murabbi yang memperkenalkan wanita tersebut tentang sifat, penyakit, kesukaan dan sebagainya mengenai wanita tersebut
* memastikan memakai pakaian yang sopan
* membaiki akhlak diri
* mencari tempat pertemuan yang sesuai
* mempelajari ilmu agama yang mendalam sebagai persediaan untuk mendirikan rumah tangga
* berdoa dan bertawakal agar segalanya dipermudahkan
semasa bertaaruf
* melihat antara satu sama lain untuk tujuan pernikahan
* mendapatkan persetujuan untuk perkahwinan
* jangan terburu-buru menyatakan rasa cinta itu
*jika setuju, menetapkan tarikh untuk khitbah ( pertunangan) dan seterusnya tarikh perkahwinan
* boleh berhubung melalui email @ facebook @ whatsapp @ mesej dan sebagainya tetapi dihendaklah dipantau oleh murabbi yang memperkenalkan tersebut supaya isi perbincangan tidak digunakan untuk tujuan penzinaan.
medium penzinaan adalah anggota badan
* mata berzina dengan memandang
* telinga berzina dengan mendengar
* mulut berzina dengan berbicara
* tangan berzina dengan memegang
* kaki berzina dengan melangkah
* hati berzina dengan keinginan
* kemaluan yang membuktikan
sama ada ia membenarkan atau mendustainya.
2) Proses Khitbah ( Pertunangan @ Peminangan )
3) Proses Perkahwinan
# lagi dua ni.. sambung entry lain pulak... penat nak mengarang.. hahaha
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~