Matang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kalau semua nak tahu, dulu aku seorang yg susah nak terima bila sesuatu keadaan tu membuatkan aku xselesa atau perkara yang buat aku tak suka.. Tapi selepas ada anak ni.. aku dah boleh adapt dan cuba menerima apa saja kebarangkalian perkara dan situasi yang bakal berlaku.. makin tua ni, makin sedar aku ni tak boleh stick dgn apa yang aku suka saja.. Aku cuba untuk memahami org lain dan perbaiki diri.. bila aku buat aku semakin tenang.. mungkin atas faktor sakit migran yg aku ada..aku dah malas nak memikirkan banyak perkara.. aku cuma ambik langkah berdiam diri dan cuba memendam rasa.. Ya, mungkin itu lebih baik untuk diriku. Bila kita terlalu berharap org yg kita syg.. setia dan jujur dgn kita.. sebaliknya yg kita akan dapat. Bertahan itu kenyataan mudah. Aku bukan seorang penyabar. Tapi aku cuba ajar diri aku untuk jadi penyabar. Kedengaran seperti orang merajuk. Rajuk itu lah yang cuba pujuk hatiku. Bila kita dah makin tua ni, kematangan dir...