Sunday, 8 September 2024

cara kekalkan hubungan yang sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Aku ada terbaca beberapa tips untuk kita kekalkan hubungan suami isteri dalam keadaan yg sihat dan positif dari sebuah artikel ni..

Cara untuk mengekalkan hubungan suami isteri secara sihat dan positif..

1. Jangan pernah bercakap tentang perpisahan atau penceraian dengan pasangan..

2. Jangan beritahu pasangan yang awak okay tapi sebenarnya awak tak okay.. pasangan tak tahu tentang emosi kita.. berkata jujur dalam menerangkan emosi kita.. kalau tak okay, beritahu saja 'tak okay' .. It's okay not to be okay..

3. Kalau mintak maaf tu.. mintak maaf betul-betul.. jangan lepas dah mintak maaf dan memaafkan pasangan tapi kemudian hari salahkan pasangan pulak.. jangan kita hanya mintak maaf bersebab je.. tu namanya tak ikhlas.. dan tak mustahil akan buat kesalahan yang sama lagi lepas tu..

4. 'Wajib' lupakan bab ego dan sifat bangga diri.. sebab apa.. sebab ni lah punca utama keretakan rumahtangga.. jangan bangga dgn status kita 'ketua keluarga' atau yang 'terpaling cari nafkah'.. sebab institusi kekeluargaan ni umpama 'teamwork'..isteri bantu suami jaga rumahtangga, suami bantu isteri cari rezeki.. maksudnya sama2 membantu bukan hanya seorang saja yang berkorban.. berapa ramai hari ni suri rumah yang bekerja demi membantu suami.. jadi turunkan lah ego tu supaya rumahtangga harmoni.. isteri pon kalau berpangkat besar lebih dari suami hendaklah sentiasa merendah diri bukannya bangga dengan diri sendiri..

5. Jangan kita bandingkan 'Ex' dengan suami atau isteri kita .. kadang-kadang suami atau isteri ni ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.. jadi terima lah baik buruk mereka yang sentiasa berasa disamping kita melainkanlah jika mereka curang dengan kita. Jadi tak perlu nak banding-banding.. kadang-kadang syaitan ni suka kacau bila belum kahwin.. sebab tu bila kita dah kahwin.. kita asyik dok ingat perangai ex atau bekas bf kita sebab kita belum nampak keburukan mereka . Masa sebelum kahwin biasanya banyak benda yang boleh disorok berbanding yang dipamerkan . Jangan salahkan pasangan kita yang sekarang ni.. boleh jadi mereka jauh lebih baik dari bekas kekasih kita. Terima mereka seadanya..

6. Berikan pasangan kita ruang dan masa untuk diri mereka sendiri.. kadang-kadang kita ni terlalu memaksa dalam menjadikan rumahtangga yang harmoni.. berlapang dada lah.. berikan pasangan kita ruang untuk dia cipta minat dia.. bagi mereka ruang untuk ceritakan segala masalah mereka..

7. Setiap pasangan ada masa senang dan masa susah.. jadi kalau kita bergaduh antara satu sama lain, ingat balik time waktu kita susah..sapa yang ada bersama dengan kita.. ingat balik siapa yang sanggup berkorban untuk kita.. pasti kita akan lupakan pergaduhan tu.. selesaikan pergaduhan dgn cara baik.. lupakan keburukan dan pikirkan kebaikan pasangan.

8. Jadikan pasangan kita adalah org 'penting' dalam hidup kita.. Ini memberi tanda kita menghargai pasangan kita dan kita nak pasangan sentiasa wujud disaat kita perlukan mereka.. 

9. Jangan bergaduh hanya kerana duit.. Duit ni kita boleh cari tapi pasangan yang serasi memang kita takkan dapat dah sampai bila-bila.. hargai pasangan.. ya, hidup kita perlukan duit.. tapi sebanyak mana kita cari dan kumpul walau sebanyak buih dilautan pon takkan menjamin kebahagiaan. Tak de duit, cari lah duit bersama-sama.. kita yang kena cipta bahagia untuk kita rasa bahagia..

10. Luangkan masa bersama-sama.. solat berjemaah / baca quran bersama-sama / makan bersama-sama / tengok movie bersama / luahkan pendapat bersama atau boleh jugak buat pillow talk sebelum tidur.. 

11. Kita sendiri kena ajar diri kita untuk jadi lebih positif.. supaya aura positif tu akan buat pasangan kita lebih tenang dan selesa bila ada dengan kita..

12. Saling hormat menghormati antara satu sama lain.. kalau pasangan kita tak suka akan sesuatu, jangan buat lagi benda yang sama.. kurangkan bangkitkan kemarahan pasangan.. sentiasa mendahului dan mendoakan pasangan dalam apa jua keadaan.

13. Dalam perkahwinan ni.. kita kena ada matlamat dalam hubungan kita.. kita nak hubungan kita sampai mana? Cuba tanya diri kita.. boleh tahan tak dalam hubungan perkahwinan sekarang? Kalau boleh tahan, pikirkan apa yang akan jadi masa depan..tetapkan matlamat dulu.

14. Percaya dan sokong pasangan dalam perkara tertentu..berlaku jujur dengan pasangan masing-masing.. ini kunci dalam rumahtangga..

15. Setia..kesetiaan ni adalah pengukur aras hubungan perkahwinan kita.. banyak jadi masa kini dengan adanya media sosial..kes-kes penceraian yang kita sendiri tak senang dengar.. alasannya hanya disebabkan berlakunya curang dan hadirnya orang ketiga.. asasnya.. kita jangan mulakan untuk berhubungan dengan berlainan jantina walau dengan apa jua alasan.. setia ini mahal.. tak ramai yang mampu lakukannya.. 

Aku titipkan tips ni untuk diri aku jugak supaya beringat yang pasangan kita tu Allah pinjamkan saja didunia ni.. bila2 Allah boleh ambil balik..
Jadi hargailah pasangan kita..

Tengoklah kat luar sana berapa ramai anak dara dan anak teruna yang masih lagi mencari jodoh atau calon suri rumahtangga..

Bersyukur lah Allah bagi kita jodoh awal.. dan ada rezeki anak.. orang lain ada jodoh utk berkahwin.. menanti anak pula..

Pendek kata, bersyukurlah dengan apa yang kita ada di dunia ni..

Dunia ni sementara..
Mati itu pasti..

Semoga Allah menjadikan setiap langkah kita ni sebagai jihad kita dan menjadikan kematian kita syahid.. aamiin ya rabbal ala min..

Aku bukanlah baik sangat tapi aku berkongsi tips ni untuk diri aku dan kita semua.. 

Yang baik tu dari Allah..
Yang buruk tu dari aku sendiri..

Terima kasih sudi blogwalking kat sini..

Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua di dunia dan diakhirat kelak..aamiin ya rabbal ala min..

Jumpa lagi di next entry ye . 

Papai..