Adab-adab dan perkara sunat | NIKAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. tengok tajuk pon dah tau kan.. jadi tak perlu lah saya bercerita panjang kan.. ampa baca je la ye...


1.       Apakah itu nikah?
Akad @ perjanjian antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan mengikut kaedah dan syarat tertentu dalam bentuk yang kekal.

2.       Adakah perlu bagi seseorang itu bernikah?
ya. Pada asasnya, Perlu selagi mana kamu memerlukannya.

3.       Mengapa perlunya pernikahan?
Untuk memelihara kehormatan diri, melaksanakan tuntutan agama, menyempurnakan iman, mewujudkan ikatan kasih saying antara suami isteri dan mendapatkan zuriat.

4.       Pemahaman mengenai nikah?
Sesuatu perkara yang tidak boleh dihadkan tempohnya dan merupakan ikatan perjanjian untuk memegang amanah dan menyempurnakan tanggungjawab besar masing-masing.

5.       Perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan pasangan.
# UNTUK LELAKI
- kerana Pegangan agama nya   (pilihan utama : akan mendapat keberkatan & kebahagiaan)
-  kerana rupa parasnya                 (pilihan utama : kecantikan akan pudar-bila tua-jemu)
- kerana kedudukan @ keturunannya    (pilihan utama : itu saja yang diperoleh)
- kerana hartanya            (pilihan utama : apabila harta habis- papa- kasih sayang kurang)

P/S : perempuan yang cantik tetapi jika berada di persekitaran yang buruk ibarat pohon merimbun di kawasan lumpur yang kotor kerana tiada didikan agama yang sempurna.

#UNTUK WANITA
- beragama
- berakhlak mulia
- amanah
- menjaga hak dan kehormatan wanita lain
- takut kepada Allah s.w.t ( beriman)

P/S :  jika ada pemuda yang agamanya diredhai, datang kepadamu, maka kahwinlah dengannya. Jadi, jika terdapat pemuda yang memiliki ciri-ciri di atas datang meminang,terimalah pinangan mereka. Jika pinangan mereka tidak diterima, akan berlaku fitnah dan kemusnahan yang besar di muka bumi ini.

6.       Perkara penting sebelum berkahwin
* merisik – proses pemilihan pasangan dan melihat bakal pasangan hidup dan keluarganya untuk tujuan berkenalan tanpa berdua-duaan serta melakukan persetujuan dalam pemilihan. Semasa ini, tarikh pertunangan akan ditetapkan.
(amalan ini untuk menambahkan kemesraan antara keluarga pasangan dan diri sendiri dan keinginan untuk bersama bertambah)

7.       Apakah perkara sunat semasa proses bertunang yang telah dilupakan ( amalan Nabi Muhammad s.a.w) ?
orang yang hendak berkahwin atau wakilnya pergi ke rumah wali tersebut – mengadakan majlis yang dihadiri oleh orang-orang islam yang dijemputnya – maka pengerusi majlis ( orang yang ingin berkahwin atau wakilnya ) hendaklah memulakan majlis dengan memuji-muji Allah s.w.t – berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w – dan memberi peringatan kepada hadirin untuk bertakwa kepada Allah s.w.t  serta menyebutkan hasratnya untuk berkahwin – seterusnya meminta keizinan dari bapa atau wali perempuan untuk melangsungkan pertunangan.

P/S : perkara yang sama juga perlu dilakukan oleh wali bakal pengantin perempuan seterusnya menerima lamaran daripada pihak lelaki jika wali tersebut mendapati bakal suami itu memiliki sifat yang diredhai Allah s.w.t. Wali perempuan hendaklah mendapatkan keizinan anak daranya dahulu sebelum bersetuju dengan lamaran tersebut. Jika lamaran itu diterima, maka si wali hendaklah memberitahu kepada wakil tersebut bahawa ianya diterima.

setelah keizinan telah diterima, maka hendaklah kedua-dua pihak memanjatkan doa kepada Allah s.w.t  - kemudian, tarikh pernikahan, mahar dan hantaran akan dibincangkan dan  ditetapkan – akhirnya, majlis pertunangan tersebut akan ditutup dengan bacaan Al- Fatihah dan hidangan jamuan ringkas.

8.       Apakah perkara penting yang perlu diketahui semasa bertunang?
- tidak menghalalkan sebarang perhubungan seperti keluar berdating
- tidak boleh berdua-duaan
- setiap pertemuan hendaklah ditemani dengan mahram si perempuan ( seelok-eloknya pertemuan di rumah perempuan itu)
- sebarang perbincangan hendaklah dielakkan dari unsur nafsu dan syahwat.
- menjaga aurat dan tingkah laku masing-masing
-  bagi perempuan : jangan bercakap terlalu manja dan menggoda
- bagi lelaki : jangan anggap wanita itu telah menjadi hak milik dan boleh melakukan apa saja
- meminta izin daripada kedua ibubapa si perempuan, jika ada keperluan untuk berjumpa dan berbincang.

9.       Bagaimanakah mahar ditentukan?
Mahar ditentukan dengan cara melihat harga mahar semasa bagi setiap negeri @ mengikut kehendak bakal suami. Bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi juga mashaf Al-Quran.

10.   Kenapa mahar tidak boleh diletakkan begitu mahal?
- akan menyebabkan masalah yang besar kepada pihak perempuan dan pihak lelaki
- pihak lelaki akan terbeban dengan hutang
- hubungan masa hadapan mungkin tidak begitu baik

11.   Mengapa Mahar perlu diberi?
Mahar = pemberian wajib oleh pihak suami kepada bakal isterinya bagi menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada si perempuan itu dan bagi membolehkan seorang lelaki menguasai seluruh anggota badannya ( mengikut pendapat imam syafie). Selain itu juga, mahar sbg suatu tanda kehormatan bagi seorang wanita.

12.   Apa perkara sunat dalam majlis akad nikah?
* wali @ wakil bagi wali perempuan akan memulakan majlis akad nikah dengan bacaan khutbah nikah.
* diteruskan dengan upacara akad nikah
* bacaan taklik daripada pihak lelaki

13.   Antara Perkara Sunat Yang Jarang dilakukan Selepas Akad Nikah ;

#  Solat Sunat 2 Rakaat ( boleh dilakukan Selepas Akad Nikah atau pada malam pertama atau kedua-duanya sekali).
Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’atainilillahi Ta’ala”Allahu Akbar”Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.Rakaat pertama: Membaca surah Al-Faatihahdan surah Al-Kafiruun Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas Membaca doa selepas salam


# Sujud Syukur.

# Suami menyerahkan mas kahwin kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau barangan.

#  Suami Memegang Atau Meletakkan Tapak Tangan Diatas Ubun-ubun Atau Kepala Isteri & Berdoa."Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri)sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘ Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. YaAllah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya’"(Riwayat Abu Daud) 

#  Isteri Salam Tangan Dengan Suami Sambil Cium Tangan Dan Mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.



14.   Amalan sunnah dalam perkahwinan – Walimah
·         Mestilah dihadiri dengan orang-orang baik dan soleh.
·         Menjemput sanak saudara dan jiran tetangga
·         Menjaga perkara-perkara kemungkaran dan kelalaian daripada berlakunya dalam majlis perkahwinan tersebut
·         Tiada percampuran antara kaum lelaki dan wanita
·         Tidak berhias dengan perkara yang tidak diredhai Allah s.w.t
·         Tidak berlakunya pembaziran
·         Penggunaan kompang dan alat muzik yang tidak melalaikan adalah sunnah nabi
·         Para wanita diharuskan menari sesame mereka melalui tarian yang tidak menghilangkan adab mereka dan para lelaki diharuskan menari sesame lelaki dengan tarian yang bersesuaian dengan kelakian mereka. (berasingan)
·         Perlu ada selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
·          kedua ibu bapa dan sanak saudara mempelai dituntut memberikan nasihat yang berguna untuk panduan mereka kelak.

15.   Adab dan perkara sunat pada malam pertama
# menjumpai si isteri dengan didahulukan dengan ucapan salam
# si suami menatap mata isteri dan memegang ubun-ubun kepala si isteri dan berdoa.. “ Ya Allah, jadikanlah ubun-ubunnya kebaikan dan keberkatan.”
# tunaikanlah solat sunat 2 rakaat dan sujud syukur bersama isteri.
# mendatangi kepada si isteri dan meminta keizinan si isteri sambil menyerahkan mahar @ air susu
# berdoa..
“ Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami.”
# mengauli si isteri dengan lemah lembut

Sumber :



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Comments

Popular posts from this blog

Tuala wanita , Period Panties dan Tampon

Review SimplySiti Dermagic

Mataku coklat??