Ibadah Korban dalam Bulan Zulhijjah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada malam ni, saya nak berkongsi sedikit tentang ilmu yang baru saya dapat dalam ceramah untuk aidiladha yang bakal disambut 2 hari lagi. Hari Raya Aidiladha disambut dengan mengadakan ibadah korban sebagai tanda syukur. Menurut pandangan2 Imam As-syafiee mengenai ibadah korban : 1) waktu pelaksanaan ibadah korban ini bermula daripada terbit matahari pada 10 zulhijjah pada hari khamis yang akan datang. maksudnya, boleh dilaksanakan sebelum solat aidiladha. 2) waktu yang afdal, apabila matahari naik setelah tujuh kaki dari ufuk timur di mana matahari itu terbit atau naik 3) sebaiknya diadakan selepas 2 khutbah hari raya , ini adalah Sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w 4) ibadah korban boleh dilakukan pada 11, 12 sehingga 13 zulhijjah (hari-hari tasyrik ) yakni pada hari ahad ini selagi mana belum masuknya waktu maghrib pada hari tersebut. tetapi apabila dah masuk waktu maghrib, maka tidak lagi diterima sebagai...