Wednesday, 23 September 2015

Ibadah Korban dalam Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada malam ni, saya nak berkongsi sedikit tentang ilmu yang baru saya dapat dalam ceramah untuk aidiladha yang bakal disambut 2 hari lagi.

Hari Raya Aidiladha disambut dengan mengadakan ibadah korban sebagai tanda syukur.

Menurut pandangan2 Imam As-syafiee mengenai ibadah korban :

1) waktu pelaksanaan ibadah korban ini bermula daripada terbit matahari pada 10 zulhijjah pada hari khamis yang akan datang. maksudnya, boleh dilaksanakan sebelum solat aidiladha.
2) waktu yang afdal, apabila matahari naik setelah tujuh kaki dari ufuk timur di mana matahari itu terbit atau naik
3) sebaiknya diadakan selepas 2 khutbah hari raya , ini adalah Sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
4) ibadah korban boleh dilakukan pada 11, 12 sehingga 13 zulhijjah (hari-hari tasyrik ) yakni pada hari ahad ini selagi mana belum masuknya waktu maghrib pada hari tersebut. tetapi apabila dah masuk waktu maghrib, maka tidak lagi diterima sebagai ibadah korban tapi dianggap sebagai daging biasa. daging ini masih dikira halal untuk dimakan cuma tak kira sebagai binatang korban.

Ciri-ciri atau kriteria orang yang melakukan ibadah korban ini (menyembelih binatang) :

1) seelok2nya orang yang berniat untuk melakukan ibadah korban itu sendiri, dengan hukum sekiranya dia pandai menyembelih binatang. kena tau hokum penyembelihan dan syarat-syarat penyembelihan baru lah dia boleh menyembelih sendiri binatang tersebut.
sekiranya dia pandai menyembelih binatang, maka dia boleh menyembelih sendiri, yang ni kalau seekor lembu untuk dia seorang ja yang korban.
2) sekiranya dia tidak pandai menyembelih, hukumnya harus bagi mewakilkan orang lain untuk melakukan penyembelihan binatang korban bagi pihaknya dan mestilah orang itu orang islam dan mengetahui hokum - hakam tentang ibadah korban ini dan kalau orang itu hanya tahu hokum penyembelihan biasa, orang itu boleh juga melakukan penyembelihan ini kerana bentuk penyembelihannya adalah sama cuma niat dan hukumnya saja yang berbeza.
3) Apabila seseorang itu mewakilkan kepada orang lain untuk melakukan penyembelihan binatang itu, maka sunat muakkad baginya untuk hadir menyaksikan penyembelihan itu diadakan.

Ibadah korban ini dilakukan secara berperingkat :

1) bermula daripada membeli binatang
2) meniatkan @ lafaz akad korban (sekiranya diwakilkan)
3) barulah penyembelihan dilakukan
4) lafaz akad untuk bahagian pengagihan daging korban (sekiranya diwakilkan)

Lafaz akad dalam ibadah korban :

1) Lafaz akad korban untuk mewakilkan orang lain : " saya dengan ini bersetuju mewakilkan kepada _______(siapa)_________ untuk membeli, menyiatkan, menyembelihkan dan mengagihkan daging ini dan semua perkara yang berhubung kait dengan ibadah korban untuk saya atau tanggungan saya sebagai mana yang telah dinyatakan ( apa yang telah diisi dalam borang untuk ibadah korban ). Akad ini dinamakan akad wakalah @ lafaz perwakilan.


contoh boring untuk korban

2) Kemudian orang yang mengambil bahagian dalam ibadah korban mesti hadir pada hari tersebut, tiba masa giliran binatang si dia untuk disembelihkan, dan  sebelum penyembelihan dijalankan, dia perlu berjumpa dan memberitahu kepada wakil yang ingin menyembelih binatang tersebut, " tolong niatkan penyembelihan korban ini atas nama saya semasa nak sembelih nanti." . Jadi , selesai penyembelihan.
#  tetapi sekiranya kita sembelih sendiri, kita boleh niat sendiri ataupun semasa orang yang diwakilkan menyembelih binatang korban itu, maka pada ketika itu kita hendaklah niat bahawa ini adalah korban untuk aku.

3) sekiranya seseorang itu membeli binatang tanpa niat untuk dikorbankan maka tidak dikira sebagai ibadah korban.

4) sekiranya seseorang itu tidak dapat hadir pada hari penyembelihan , maka niatnya telah dikira sebagai ibadah korban

5) kalau seseorang itu nak buat korban nazar maka di bolehkan dan tak perlu untuk diniatkan semasa sedang menyembelih.



P/S : Makruh hukumnya jika menyuruh kanak-kanak melakukan penyembelihan tersebut tetapi jika kanak-kanak itu mumaiyiz dan tahu segala hokum hakam untuk melakukan penyembelihan tersebut maka haruslah diminta kanak-kanak itu berbanding orang dewasa. Orang buta boleh melakukan penyembelihan sekiranya tiada langsung orang yang celik @ masih sempurna matanya untuk melakukan penyembelihan, jika ada hukumnya haram,.


Hukum keizinan untuk melakukan penyembelihan :

1) tidak boleh melakukan penyembelihan binatang sekiranya orang itu masih hidup dan tidak mengizikan untuk melakukan ibadah korban. maka tidak sah penyembelihan tersebut. maksudnya, orang yang melakukan korban ini mestilah bersetuju dan mengetahui akan bahagian penyembelihannya.

2) bagi orang yang telah mati sekiranya dia tidak berpesan atau berwasiat kepada orang yang masih hidup untuk dilakukan ibadah korban tetapi ibadah tersebut tetap hendak dilakukan maka hukumnya sah. tetapi si mati hanya mendapat pahala @ sedekah sahaja daripada ibadah untuk penyembelihan tersebut tetapi dia tak dapat pahala sebagaimana melakukan ibadah korban sepenuhnya kecuali sekiranya si mati berpesan atau berwasiat.

3) Sekiranya si mati berwasiat kepada anaknya tentang ibadah korban tersebut, maka wajib bahagian korbannya disedekahkan semuanya kepada fakir miskin tanpa ahli keluarga mengambilnya walaupun sedikit dan tak boleh diagihkan atau dihadiahkan kepada orang kaya dan juga tidak boleh diberikan kepada orang kafir walaupun sedikit.

4) Orang yang melakukan korban tersebut tidak boleh menjual daging tersebut bagi mendapatkan keuntungan , maka ibadah korbannya tidak dikira maksudnya tak sah.

5) Bagi orang yang menyembelih binatang korban ini tidak boleh menerima atau meminta apa-apa juga upah atas penyembelihan tersebut sama ada dalam bentuk wang atau daging korban tersebut. tetapi sekiranya duit tersebut diberikan oleh orang yang melakukan ibadah korban tersebut sebagai tanda sedekah atau hadiah terima kasih , maka hukumnya dibolehkan baginya untuk mengambil duit itu. maksudnya orang yang menyembelih tersebut mestilah dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan atau upah.

2 Jenis korban :

1) Korban Wajib : kalau kita niat korban wajib, maka keseluruhan daging tersebut harus disedekahkan kesemuanya. termasuk bulu, tanduk dan kulitnya sekali. haram hukumnya bagi orang itu memakan daging tersebut tetapi kalau dia makan, maka dia perlu mengantikan bahagian daging yang dimakannya tapi tak wajib sembelih semula. (tak boleh tukar dengan duit).

2) Korban Sunat : kalau kita niat korban sunat, boleh ambil sedikit bahagian yang dikorbankan dan disedekahkan selebihnya kepada fakir miskin dalam keadaan daging itu mentah dan basah.

# P/S : Orang yang menerima daging korban itu telah menjadi haknya ke atas daging itu dan dia boleh melakukan apa saja ke atas daging tersebut misalnya jika dia nak menjualnya kembali atau nak bagi pada orang lain jugak dibolehkan kerana itu telah menjadi haknya.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi menjayakan ibadah korban :

1) ikatlah binatang korban itu.
2) jangan mencacatkan binatang tersebut (cthnya : menconteng badan binatang tersebut)
3) tanda binatang korban tersebut
4) tidak boleh mengambil susu binatang korban tersebut sehari sebelum melakukan ibadah korban
5) bawa binatang korban tersebut ke tempat penyembelihan dengan baik
6) sunnat bagi orang yang akan melakukan penyembelihan untuk tidak memotong kuku dan rambutnya kecuali kalau terlalu kotor dan panjang terutama masuk pada 10 zulhijjah sehingga dia selesai melakukan penyembelihan ibadah korban itu.



Mengenai Hari Arafah


1) waktu wukuf di Arafah bermula pada hari esok ( 9 zulhijjah 1436h ), hari wukuf di Arafah sama dengan Malaysia pada tahun ini, cuma waktu berbeza...
Di Arafah, waktu wukuf bermula pada waktu zohor sampai maghrib (23hb sept. 2015 )
Di Malaysia , waktu wukuf bermula pada waktu 5.30ptg hingga pukul 12 tengah malam.

# waktu ini sesuai untuk berdoa kerana dikatakan waktu mustajab doa.

2) kita boleh berpuasa sunat pada hari arafah ini dan apabila kita berpuasa pada hari arafah ini, Nabi Muhammad s.a.w janji akan menghapuskan dosa kita pada setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. (hadis riwayat muslim).

lafaz niat :

1) nawaitu saumaqodin in yaummin arafah sunnatan lillahi taala.


atau

2) nawaitu sauyau arafah sunnatan lillahi taala.
( sahaja aku berpuasa sunat pada hari arafah kerana Allah taala)

atau

3) sahaja aku berpuasa pada hari arafah 9 zulhijjah tahun ini kerana Allah taala.


# P/S : orang yang berada di padang arafah tidak digalakkan untuk berpuasa kerana mereka memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk mengerjakan dan menyempurnakan ibadah haji. manakala bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah di arafah, digalakkan berpuasa.

semoga para muslimin dan muslimat yang sedang mengerjakan haji di mekah dan Madinah dapat melakukan ibadah dengan jayanya terutamanya dapat menyelesaikan wukuf di arafah kerana tidak sah atau tidak diterima haji seseorang itu sekiranya dia tidak melakukan wukuf di Arafah kecuali atas sebab-sebab tertentu. aamiin...


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: