Mutiara Hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Emas permata tidak akan mencantikkan kita tanpa akhlak sebagai harta kekayaan .. Esok akan merekah bunga yang harum aromanya yang mampu menghilangkan segala kesedihan dihati lantas menjadi penghibur hati.. Yang berlalu biarlah berlalu.. Cinta dan cita adalah harapan yang belum pasti bagiku.. Hanya menghadapi jalan yang sedang dilalui kini.. Janganlah hati, engkau berputus asa.. Jika jalan keluar tidak kau temui.. Tiada kegembiraan yang kekal bagimu.. Tiada kesedihan yang dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang.. Semua orang , baik yang memiliki istana mahupun rumah yang kecil.. Pasti akan menempuh kehidupan yang berliku.. Tempat yang paling dibanggakan di dunia.. Akan hilang seiring berlalunya waktu.. Ambil hikmah dan penerangan.. Kerana teman terbaik adalah buku.. Sabar itu baik dan indah.. Ungkapan yang biasa ku dengar.. Namun, sukar untuk aku rungkai.. Bagi si miskin, cukuplah hanya sepotong r...