Posts

Showing posts from May, 2018

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 4)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sambungan Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg.3) Cara dialysis ketiga : Apd ( Automated Peritoneal Dialysis ) - proses dialisis adalah sama cuma berbeza daripada capd kerana apd menggunakan mesin automatik untuk mengawal aliran keluar masuk air dan pembuangan toksik dalam badan. Apd perlu dilakukan dalam tempoh 10jam... Waktu terbaik yang sesuai untuk proses apd ini adalah semasa pesakit sedang tido. Air dialisis sebanyak 4 kantung itu akan digantung dan dipasangkan secara terus di mesin apd. Mesin apd Mesin apd perlu disetkan mengikut arahan yang ditetapkan dan dibiarkan berfungsi secara automatik. Pesakit boleh tidur atau melakukan apa saja aktiviti ringan semasa proses apd. Misalnya membaca novel , bermain game dan sebagainya. Setelah selesai..pada waktu pagi, pesakit perlu menutup mesin dan meletakkan kntung yang telah digunakan di tempat yang bersesuaian. Waktu siang, pesakit boleh melakukan pelbagai akti...

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 3)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sambungan Rawatan pesakit buah pinggang (bhg. 2) Peritoneal dialisis ada 2 jenis - a) continuous ambulatory peritoneal dialysis (capd).. b) Automated peritoneal dialysis (apd) Biasanya kalau ada masalah jantung.. Doktor akan suggestkan capd atau apd.. Tetapi kebiasaannya nurse dan doctor akan menyarankan capd kerana apd memerlukan pesakit membeli atau menyewa mesin dialysis tersebut.. Bagi capd atau manual dialysis - Pesakit akan diberikan latihan untuk melakukan capd selama 14 hari.. Risiko untuk hepititis dan jangkitan kuman rendah kerana tidak berkongsi peralatan bersama pesakit lain. Pembedahan untuk melakukan catheter seperti dalam gambar. * Mula2 pesakit akan melalui pembedahan untuk memasukkan tiub ke dalam perut (ruangan peritoneum) pesakit.. Sekali sahaja pembedahan sekiranya tidak mengalami jangkitan kuman dan sebagainya. Pembedahan ini akan dialami sama ada pesakit yang memilih capd atau apd. ...

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 2)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sambungan dari Rawatan pesakit buah pinggang (bhg. 1) Tak salah kan kongsi ilmu.. b) Haemodialysis (cuci darah) - mengeluarkan bahan toksin2 melalui tabung cuci darah.. -mengeluarkan air berlebihan dalam badan - mengekalkan komposisi garam2 dalam darah yang diperlukan oleh badan - dilakukan 3 kali dalam seminggu setiap sesi 4 jam..12 jam sahaja.. - perlukan tempat yang sesuai untuk cuci darah.. Proses Tabung cuci darah - ada dua bahagian : a)bahagian atas.. Ada rerambut putih.. Darah yang kotor akan masuk ke dalam tabung cuci darah. Darah masuk dari atas ke bawah. Tabung cuci darah b) bahagian tepi.. Air akan masuk ke bahagian tepi tabung cuci darah.. Air tu akan serap bahan2 toksik dan menarik keluar semula cecair yang berlebihan dalam badan. Kemudian air dalam mesin dialisis akan masuk ke dalam tabung cuci darah . Air ini akan keluar masuk berterusan.. 500ml per minit masuk dan 500ml per minit keluar.. Nonst...

Derma darah (bhg. 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Wah.. Rasanya dah lama tak menulis blog ni.. Alhamdulillah, hari ni berpeluang juga menulis blog.. Sebenarnya dah banyak kali cuba login blog ni tapi tak leh.. Mujur la last sekali ingat password.. Okeylah.. Hari ni nak cerita pasal aku pi Hospital Sultan Abdul Halim.. Actually, dah 2 kali aku pi tak berjaya jugak nak derma darah.. 1st, aku pi masa tahun 2017 .. Sebulan before aku get married... Mungkin salah aku jugak.. Yela.. Tido tak cukup.. Makan tak banyak.. Lepas isi borang tu, nurse ambil darah aku letak dalam gelas berisi air.. Well... Darah aku masa tu terapung.. Nurse cuba ambik sekali lagi darah kat jari aku, but the same thing happened.. So.. Nurse cakap ha.. Ni tak boleh la ni.. Kena mai lain .. Kita try hari lain pulak.. Disebabkan aku busy yang teramat sangat uruskan hal kahwin.. So terbabas lah nak pergi derma darah.. Then.. 2nd, tahun ni.. Baru ja lagi.. Seingat aku bulan 4.. Sebelum birthday aku.. Konon nak buat s...

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 1)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Saja nak share sikit ilmu yang dah dapat ari tu.. Kalau ada yang salah bleh tegur..  Saya bukan ahli perubatan.. Tapi ni hasil ilmu taklimat haemodialysis dan capd.. Apa yang saya tulis ni 90% daripada taklimat tu.. Cuma ada la benda yg ingat tak ingat sikit.. *Gambar semua guna Mr.Google.Tq* Tak salah kan kongsi ilmu.. 1) Fungsi utama Buah pinggang - membuang bahan kumuh (toksin) dari badan -mengekalkan nutrien penting dalam badan. -mampu mempertingkatkan sel darah merah -menyeimbangkan kalsium dalam badan untuk elakkan pereputan tulang badan. 2) kesan toksin berlebihan dalam badan -tidak tidur lena -tidak lalu makan -loya -penat -gatal-gatal -kulit kering -mengantuk Cara bezakan buah pinggang normal dengan buah pinggang yang rosak. 3)sekiranya buah pinggang rosak, ada 3 kaedah utama : a) pemindahan buah pinggang * dari saudara mara terdekat (living related transplan) - biasanya yang tua ...

Pakaian ke pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pemakaian ke pejabat atau tempat pekerjaan yang formal.. Memerlukan kita bergaya bersederhana tanpa berlebihan.. Antara tips yang boleh diberikan bagi yang baru memulakan hari dalam alam pekerjaan :- 1. Maksimum rona warna adalah 3 warna yang lembut atau sedikit gelap..dan bukannya warna yang menonjol. 2. Pilihan warna yang sesuai  adalah seperti rona hitam, coklat, kelabu, biru tua ataupun krim. Warna-warna pastel juga merupakan warna yang sesuai.. Misalnya merah jambu atau biru muda.. Yang pastinya, hindari warna putih polos. 3. Tidak memilih  pakaian yang mengikut bentuk badan.. Boleh juga mengenakan baju dengan skirt labuh atau memakai pakaian tradisional seperti baju kurung sekiranya tidak mahu memakai pakaian seperti kemeja bersama blazer dan seluar slek. 4. Mengelakkan dari memilih pakaian yang bermotif atau bercorak keterlaluan. 5. Pilihlah pakaian yang polos bersama rona tegas bagi menampakkan diri seseor...