Posts

Showing posts from June, 2021

sekitar sambutan birthday aku dan birthday suamiku

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua.. untuk entry kali ni special sikit sebab nya nak cerita pasal birthday aku sebagai owner blog ni dan juga birthday suamiku...hehehe.. nasib la korang la kena baca.. hahahaha.... Tahun ni tahun kedua sambut masa penangan covid ni.. macam biasa sambut ala kadar.. nak sambut macam biasa tak boleh.. selalunya birthday aku, kami akan pergi jalan-jalan tak pon kalau jauh sikit pergi mana-mana hotel untuk release tension.. erm.. kali ni.. jangan harap la..  Birthday aku tahun ni dalam pkp dan dalam bulan puasa ramadan.. macam tahun lepas je.. tapi tahun ni.. awal-awal bulan 4 lagi suami aku dah bagitahu dia ada tempah hotel untuk kami menginap kat sana.. dia kata ada pakej buffet untuk sahur dan buka puasa.. aku pon excited gila.. masa ni yang dia tempah ni bukan pkp lagi.. jadi  tu yang pihak hotel buat promo macam tu.. dekat H Elite Hotel Kota Bharu.. then tup tup.. pkp pulak start.. sampai lah 29/4/2021. sedih yang teramat san...

Ilmu Penyusuan oleh Dr. Nurhaya Lactation Centre ( page FB)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua.. rasa seperti sudah lama tidak menulis tentang entry baru ni.. okey, hari ni aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat dari Dr. Nurhaya Lactation Centre melalui tajuk ' Kalau terpisah dengan bayi, apa perlu ibu buat?'  Aku tertarik sangat dengan tajuk ni sebab aku rasa lebih dekat dengan aku yang bakal melahirkan cahaya mata sulung aku ni. In shaa Allah aku bakal bersalin dalam bulan 8 ni  dalam kurang lebih 2 bulan lagi.. alhamdulillah cahaya mata yang ditunggu-tunggu sekian lama.. dari perkahwinan kami 2017 sehingga lah sekarang 2021.. Alhamdulillah.. mintak doa semua supaya perjalanan aku melahirkan bayi nanti berjalan dengan lancar, mudah dan selamat serta secara normal.. trima ksih ye. Berbalik kepada ilmu penyusuan yang aku dapat hari ni.. aku nak kongsikan sedikit dengan semua pembaca blog aku ni.. ( Dari perkongsian Dr. Nurhaya secara langsung ) Menurut Dr. Nurhaya, sejurus selepas melahirkan anak, biasanya kita akan...

Pengalaman terakhir dengan arwah mak

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua.. setiap orang ada kenangan masing-masing dengan arwah mak atau ayah kan.. termasuk la jugak aku... benda paling sedih nak cerita ni.. Teringat  kembali saat suka duka bersama arwah mak.. tak semua dapat rasa.. sebab aku dibesarkan dan dijaga oleh tok aku.. dari kecil sehingga darjah 6.. memang jarang la aku duduk dengan mak.. sebab mak dengan abah buka kedai.. jadi, banyak masa habis kat kedai. mak harapkan tok dan mak cik yang jagakan aku dan adik aku.. tapi benda yang aku tak lupa.. setiap kali mak hantar kat rumah tok mesti bagi sekali mainan.. hehehe..  Aku jugak membesar di sekolah berasrama dan menyebabkan masa aku dengan  mak abah sangat terhad.. mungkin cuti hujung minggu ja boleh tolong mak dengan abah di kedai.. masuk je universiti pon sama jugak.. aku lebih banyak masa di kampus kecuali waktu cuti sem tu pon kadang-kadang terbatas dengan aktiviti palapes.  Arwah abah meninggal pada tahun 2014... masa t...