Posts

Showing posts from November, 2022

update!!!! Wah!! Banyaknya warna!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Jom shopping !!! Tudung Bawal Instant.. Tudung Sauk Arena :) 🍁TUDUNG SAUK ARENA🍁 😱😱 SAUK-SAUK TERUS MUDA 😱😱 ❤️ Pelbagai pilihan warna yang menarik ❤️ Kelebihan tudung bawal instant ni.. 1. Mudah dipakai.. hanya perlu sauk /sarungkan saja.. 2. Mudah dibentuk.. 3. Tudung yang sangat ON POINT.. 4. Mudah digosok.. (minimal iron / lebih kepada ironless).. 5. Material kain yang tidak panas dan selesa dipakai.. 6. Materialnya terasa ringan 🥰 7. Harga yang mampu milik dengan kualiti terbaik.. 🌹 Size M 🌹 Bidang : 45 🌹 Material : CHIFFON VOILE 🌹1 helai RM25 🌹 Size L 🌹 Bidang : 55 🌹 Material : CHIFFON VOILE 🌹1 helai RM30 🍁 4 helai free postage 💐 Boleh mix warna 💐😊 🎁Free gift disediakan 🤗 #tudungsaukarena #tudungarena #tudungbawalmurah #bawalonpoint #tudungarena #bawalinstant #saukarenabytina #saukarenakelantan #dropshipwanted #teamhanasuhana klik je kat sini.. website Facebook jemput singgah ye ... :)   ~ i'Ll LoVeD...

Nama-nama Rasul- rasul s.a.w

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni saja la nak refresh balik kan nama-nama Rasul Allah.  Nama-nama Rasul juga sesuai dijadikan nama anak-anak kita.. Antaranya;- Adam Idris Nuh Hud Salih Ibrahim Lut  Ismail Ishaq Ya'qub Yusuf Ayyub Zulkifli Syu'aib Yunus Musa Harun Ilyas Ilyasa Daud Sulaiman Zakaria Yahya Isa Muhammad Nama-nama Nabi ulul-azmi Nabi Nuh - diberikan mukjizat keselamatan dari Allah untuk berlindung didalam bahtera besar sebelum berlakunya banjir besar. Nabi Ibrahim - diberikan mukjizat keselamatan dimana Baginda terselamat dari panas api yang membakarnya. Nabi Musa - diberikan mukjizat berupa tongkat yang boleh bertukar menjadi ular dan Baginda boleh menggunakan tongkatnya untuk membelah laut. Nabi Isa - diberikan mukjizat dengan cara Baginda mampu menyembuhkan orang-orang yang buta dan menghidupkan orang-orang yang meninggal dunia. Nabi Muhammad s.a.w - diberikan mukjizat dengan cara Baginda mampu membelah bulan terbahagi dua dan Baginda juga dapa...

Nama-nama Allah s.w.t yang mulia

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Nama-nama Allah s.w.t ini disebut bagi menunjukkan sifat-sifat Allah s.w.t dan merupakan salah satu cara kita mengenal Allah s.w.t pencipta kita.. kita disuruh menyebut nama-nama Allah s.w.t terutamanya ketika kita berdoa. Nama-nama Allah ini bukan bermaksud Tuhan ada 99 tapi ianya menunjukkan sifat Allah yang Maha Menguasai segalanya apa yang ada di bumi dan seluruh alam semesta. Jom kita menyebut nama-nama Allah s.w.t yang mulia. tq google Ar- Rahman -  Yang Maha Pemurah Ar- Rahim -  Yang Maha Mengasihani Al- Malik -  Yang Maha Menguasai ( Maharaja Teragung) Al- Quddus -  Yang Maha Suci Al- Salam -  Yang Maha Selamat Sejahtera Al- Mu'min -  Yang Maha Melimpahkan Keamanan Al- Muhaimin -  Yang Maha Mengawal dan Mengawasi Al- Aziz -  Yang Maha Berkuasa Al- Jabbar - Yang Maha Kuat ( menundukkan segalanya ) Al- Mutakabbir -  Yang Melengkapi Segala KebesaranNya Al- Khaliq -  Yang Maha Pencipta Al- ...

Panduan memilih nama anak

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hari ni aku nak kongsi sikit beberapa ilmu yang aku dapat hasil bacaan daripada beberapa buah buku islamik mengenai cara kita menamakan anak kita yang betul. Seperti semua orang sedia maklum perkahwinan ni bertujuan untuk melahirkan zuriat dan mengembangkan keturunan kita. Jadi anak-anak ni umpama cahaya dalam sesebuah keluarga.  Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Harta dan anak-anak merupakan perhiasan hidup dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." namun, bukan semua orang bertuah dikurniakan anak.. ada orang yang dah bertahun-tahun kahwin tetapi masih menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka. kamilah antara golongan yang kurang bertuah itu.. memang seronok jika kehadiran anak pada awal perkahwinan atau orang panggil bunting pelamin.. kononnya itu menunjukkan 'kejantanan' dan 'kesuburan' tak kira lelaki atau wanita.. sehin...

Pengenalan projek baru aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, sihat ke tu? okey, aku nak berkongsi sikit tentang blog ni. Blog ni merupakan blog bisnes aku.  terima kasih kepada semua followers yang sudi shopping dengan aku...  sokongan korang semua amat aku perlukan. Aku sebenarnya ada dua bisnes yang aku join sekarang iaitu  Tudung Sauk Arena dan Inai Daun Asli. Nak tau lebih lagi? boleh tengok dekat website baru aku tau..  lepas ni, aku akan masukkan satu per satu.. kalau ada yang berkenan boleh la hubungi aku... whatsapp je .. okey.. :  :) kali ni aku memang sungguh-sungguh dah nak berbisnes ni.. mintak sangat korang sokong aku depan , belakang, kiri dan kanan.. hehehe.. semoga niat baik aku nak bantu ekonomi rumahtangga kami ni dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. aamiiin.. orang kata rezeki ni takkan salah alamat kan.. aku harap bisnes aku kali ni berjaya berjalan dengan lancar.. ye aku faham.. bukan senang nak senang kan.. tapi aku akan terus mencuba untuk menjadi...

Panduan Menyambut Cahaya Mata Kesayangan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Setelah kita melalui fasa mengandung yang lama selama 9 bulan (kebanyakannya) maka tibalah hari yang dinanti-nanti untuk setiap ibubapa. perasaan cemas, gemuruh, dan gembira atas rasa syukur dengan kelahiran zuriat tercinta.  Jadi setiap antara kita para ibu bapa perlu tahu apa yang perlu dilakukan setelah memiliki anak dan apa perkara penting yang di sarankan dalam islam untuk dilakukan selepas kelahiran cahaya mata. Beberapa perkara yang disunatkan untuk dilakukan ketika menyambut kelahiran cahaya mata adalah:- 1. Azan dan Iqamah Disunatkan Azan di telinga kanan dan Iqamah di telinga kiri. Dalam hadis riwayat Al-Baihaqi daripada hadis Hassan Ibn Ali, baginda bersabda : " sesiapa yang memperolehi kelahiran cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan ditelinga kanan dan diiqamah ditelinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan." Sunat juga dibacakan doa pada telinga kanan bayi tersebut dengan doa :- " Bahawasanya, ak...

Derma Darah (Bhg. 5)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Derma Darah (Bhg. 1) Derma Darah (Bhg. 2) Derma Darah (Bhg. 3) Derma Darah (Bhg. 4) Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku derma darah.. pencapaian setakat hari ni aku masih berpuas hati lagi tapi belum sampai target aku lagi.. target aku berapa??? erm.. kalau boleh aku nak capai 50 kali derma darah atau lebih.. harap-harap impian aku ni diizinkan oleh Allah s.w.t..  kita kan hanya mampu merancang.. selebihnya Allah jua lah yang menentukan segalanya.. sejak kali terakhir aku cuba untuk derma darah selepas aku berkahwin.. masa tu aku tak dibenarkan menderma darah atas faktor aku ni baru je setahun pertama berkahwin.. yela, seperti yang kita faham la kan.. kalau baru kahwin mestilah nak anak awal kan kalau boleh semua orang nak bunting pelamin kan.. jadi semestinyalah tak dak istilah merancang keluarga kan.. atas sebab itu jugak lah kita kalau baru berkahwin tidak dibenarkan untuk menderma darah.. risau kiranya kita ter mengandung tapi kita ...